Oleh : Aspan
Alias
Dua hari
yang lepas beberapa orang penggiat UMNO dari dua bahagian di NS datang menemui
saya untuk berborak-borak kerana sudah begitu lama tidak bersua. Mereka adalah
AJK kepada UMNO bahagian-bahagian tersebut dan mereka datang dengan hajat untuk
belanja saya minum petang. Saya menerima mereka dengan senang hati walaupun
saya sudah meninggalkan UMNO buat selama-lamanya.
Hampir dua
puluh tahun tidak berjumpa mereka kerana sebelum saya menyertai DAP saya sudah
tidak lagi bergiat dan mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam UMNO
itu. Walaupun saya tidak mengambil tahu, berita dan cerita sebenarnya yang
berlaku di dalam UMNO itu tidak putus-putus sampai kepada saya melalui
mereka-mereka yang datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya, kariah tempat
saya tinggal sejak tiga puluh tahun yang lalu.
Sampai
sahaja mereka di restoran yang dijanjikan itu mereka terus menerpa dan berjabat
tangan dengan saya dan cara mereka berjabat tangan itu membayangkan yang kami
pernah berhubung begitu rapat suatu ketika dahulu. “Mano abang poie selamo
ni..tak donga coghito langsung sampailah sayo terbaco dalam sughat khaba yang
abang masuk DAP,” tanya salah seorang yang berumur dalam lingkungan 50 tahun
itu.
Saya
menjawab, “ado kek ghumah, jago cucu-cucu. Kau sumo oghang bosa-bosa, tak ingat
kawan lamo laie. Den duduklah ghumah. Den donga kau sumo eh glamour-glamor
dengan bush jacket dan mewah-mewah. Laie pun den donga NS sekarang hebat. Mat
Hasan den donga MB yang paling hebat dalam sojarah NS”.
“Janganlah
monyindir bang, Mat Hasan tu kok ada duo bahagian yang nyokong pun untung. Mat
Hasan tu sombong bang. Pilihanrayo kali ni sayo donga dio laie yang lead bang!
Kito donga jo jorit eh nanti,” jawab sindiran saya tadi.
“Kalu tidak
Mat Hasan siapa lagi yang nak lead PRU untuk NS ni jang?” tanya saya. “Baik
koh, bughuk koh Mat Hasanlah yang patut lead,” tambah saya.
“Lantak dio
oghang lah bang, sayo ni dah putus harapan dah dongan UMNO ni. Ontah apo-apo
beghak eh! Mengontam sesamo sondighi. Mat Hasan kaki eh tak tococah ko tanah.
Dio oghang kayo, tak buleh ditogor bang. Tah apo pesen eh pun sayo tak tahu.
Dio sokaghang asyik ngondem abang jo kojo eh!!” sambungnya.
“Tak apolah
dio kondem den jang, dio tu overestimate dighi dio. Dio bolom pun kona mano
tangan kanan untuk makan dan mano tangan kighi untuk cebok pun. Kalu dah lotih
mulut eh ngondemkan den, biar buntut dio lak yang becakap. It does not have any
consequence on me. It doesn’t hurt me. It only hurts himself,” kata saya.
“Then what
do you want me to do bang, tell me. UMNO, especially in Negri is real sick and
it’s terminal bang.” Tanya kepada saya.
“Just keep
perpetual contact with me, and I shall tell you what to do bro when the time
comes,” jawab saya. “Now let’s just eat and drink as I have not been in this
kind of restaurant for ages. It is so comforting to be here, in good and super
class restaurant like this,” kata saya.
Walau
bagaimana pun kami tetap bercakap tentang politik NS dan bermacam-macam yang
saya dengar dalam dua jam bersama rakan-rakan lama saya ini. Yang nyata
pemilihan calon merupakan isu besar di NS.
Kata sahabat
lama saya itu, “pemilihan pemimpin di NS adalah pemilihan di antara kumpulan
yang buta. Yang hendak diganti pun buta dan yang hendak mengganti pun buta.
They have lost the total plot on how to manage politics in this trying time. I
think BN is going to lose altogether bang. No one is saying well about UMNO any
longer except Utusan and TV3 as well RTM bang.”
Saya melayan
sahaja sahabat-sahabat lama yang merengek tu dengan baik dan hormat kerana saya
memahami perasaan mereka. Saya mengalami apa yang mereka alami berdekad-dekad
lamanya. Tetapi saya telah terlepas daripada tekanan itu kerana saya telah
menjauhkan diri dari parti yang amat berat untuk jaga itu.
Saya telah
menyedari keadaan itu begitu lama dan saya faham tidak mungkin kita dapat
menolak arus perubahan dalam pemikiran rakyat negara ini. Saya akui ini adalah
fenomena yang biasa mana-mana negara hadapi. Setelah sesebuah parti itu
memerintah selama 5 dekad, selalunya parti itu dengan cara ‘natural’ akan jatuh
bergelimpangan di hadapan mata rakyat jelata.
Jika UMNO
mengambil giliran untuk jatuh, apa anehnya? Lagi pun jatuhnya UMNO itu bukannya
kerana kesalahan sesiapa. Ia akan jatuh kerana kesalahan pimpinan dan
penyokong-penyokongnya sendiri yang telah buta mata-mata hati itu. Macam mana
tak gitu. Yang benar disalahkan dan yang salah dihalalkan.
Kemenangan
bukan hak UMNO semata-mata. Ia adalah hak kepada pihak yang kaya dengan daya
perjuangan dan kemampuan untuk menjaga serta mengurus negara dengan baik dan
memberikan keuntungan kepada rakyat, empunya negara ini.
Negara ini
bukan kepunyaan Najib dan Rosmah sahaja atau kepunyaan Mahathir Mohammad
seperti yang cuba diintroktrinasikan oleh UMNO. Kito yang punyo nogoghi ni.
No comments:
Post a Comment