Friday, June 22, 2012

PRU13: HIJRAH ARTIS KE KANCAH POLITIK, MANTAPKAN SOKONGAN PARTI ATAU SEKADAR MENGEJAR POPULARITI!


Nampaknya trend artis sertai politik semakin menjadi-jadi sekarang ini. Masing-masing seolah-olah menjadikan artis sebagai senjata baru untuk menarik generasi muda menyokong parti masing-masing. Kemasukkan artis ke dalam politik dikatakan satu penghijrahan, iaitu dari dunia glamour yang penuh maksiat kepada satu dunia baru yang cukup berbeza. Persoalannya, mana satukah yang dikatakan penghijrahan apabila seseorang artis itu terlibat dengan dunia politik?. Apakah penghijrahan golongan artis ke dalam politik mutakhir ini dapat memantapkan sokongan parti atau sekadar hanya mengejar populariti semata-mata. Bagi kerajaan UMNO BN, sudah pastilah menyertai UMNO dianggap penghijrahan kepada artis. Malah, memang sudah lama mereka menggunakan artis untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Paling mengejutkan, artis juga diangkat sebagai Senator untuk mewakili golongan terbabit di Dewan Negara. Lantaran itu Datuk Jins Shamsuddin, seorang artis veteran kini menjadi harapan mereka untuk mengajak rakyat menyokong UMNO. Namun, artis terbabit dilihat lebih banyak bercakap di dewan dan tidak di pentas terbuka bersama rakyat. Sebab itulah UMNO gunakan juga Datuk Siti Nurhaliza, AC Mizal serta ramai lagi artis untuk turun berkempen bagi pihak mereka. Terbaru, Amy Search, Jamal Abdillah, Mus May dan Ibnor Reeza pula bertindak menyertai UMNO. Sebelum itu, Pengarah Filem terkenal Mamat Khalid bertindak demikian.

         
Jamal bersama Amy Search, Mus May dan juga Ibnor Reeza masuk UMNO


Apa yang menarik, pelakon Mamat Khalid sendiri dalam filem Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Man Kadir rupa-rupanya telah awal-awal lagi bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, Man Kadir atau popular dengan nama "Pak Jabit" itu kemungkinan menjadi calon PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Beliau kini merupakan Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh. Beliau aktif naik ke pentas ceramah Pakatan Rakyat untuk menyuarakan apa yang diperjuangkan. Soalnya, kenapa dia tidak bersama UMNO bersama Mamat Khalid?. Semuanya ini mungkin kerana beliau lebih tahu apakah yang diperjuangkan selama ini untuk kepentingan peribadi atau pun hanya untuk rakyat marhean sebenarnya.


           Pak Jabit bergambar di depan warungnya dalam filem Hantu Kak Limah

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penyertaan bekas komposer, penulis lirik, pelawak, pengacara dan pengkritik tetap rancangan "Raja Lawak Astro", Bob Lokman ke dalam PAS. Kemasukan beliau itu sudah dijangka, terutamanya selepas dia menarik diri dari menjadi pengritik selepas pemergian sahabat karibnya Din Beramboi sebelum itu. Penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS mendapat sambutan hangat di kalangan penyokong parti berkenaan. Tambahan pula Bob adalah keturunan (cucu) ulamak tersohor "Tok Kenali" dari bumi Kelantan. Kehebatan Bob yang begitu popular sebagai penulis lirik lagu "Isabella" nyanyian kumpulan Search sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau kini sebaris dengan penceramah popular PAS yang sudah lama berada dalam arus perjuangan. Sejak penyertaan Bob Lokman, semakin ramai anak muda kini mula mendekatkan diri dengan PAS sekarang. Mungkin mereka terkejut atau kagum dengan kehebatan beliau dalam jalan dakwah agaknya.

     Bob Lokman, Man Kadir dan Dayang Ku Intan makin popular di hati rakyat

Walau pun dikecam hebat dan dikenakan berbagai tindakan ketika dia menyampaikan dakwahnya, namun Bob terus konsisten dan kini menjadi salah seorang penceramah popular PAS ke seluruh negara. Selepas penghijrahan Bob Lokman, kita dikejutkan pula dengan penyertaan penyanyi sensasi yang pernah menjadi juara "Anugerah Juara Lagu TV3" Aishah "Janji Manismu". Aishah dilihat satu anugerah baru kepada PAS dalam mengajak lebih ramai anak muda terutamanya wanita menyokong parti itu. Selepas Aishah seorang lagi artis sensasi iaitu Dayang Ku Intan pula mengisytiharkan dirinya menyertai Pakatan Rakyat, tapi dia memilih PKR dan tidak PAS, Dayang kini banyak berceramah dan sering diundang dalam banyak program di seluruh negara. Terkini, Abby Abadi iaitu bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon yang membawa watak "Inspektor Haliza" dalam drama TV "Gerak Khas" pula dilihat berjinak-jinak dengan PAS. Walau pun dia menafikan kononnya dia sertai PAS, namun dari raut wajahnya ia memungkinkan dia akan menuju ke arah itu. Begitu juga dengan Catriona Ross serta lain-lain artis.

          Catriona Ross, Abby Abadi dan Aishah kini semakin popular di pentas PAS

Soalnya sekarang, apakah penghijrahan artis ke dalam UMNO boleh disamakan dengan ke dalam PAS atau PKR seperti yang diwar-warkan. Ada yang berkata, berhijrah itu adalah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Jika dulu golongan artis ini sering bersosial dan banyak terlibat dengan aktiviti hiburan yang penuh dengan maksiat, maka selepas penghijrahan mereka mula cederung ke arah agama dan ke jalan kebenaran. Ini bermakna, mereka yang sertai UMNO apakah apakah cederung ke arah agama agaknya?.Sedangkan UMNO itu kini dilihat sebuah parti yang gemar menyuburkan aktiviti hiburan berunsur maksiat yang bertujuan untuk merosakkan para remaja agar menolak perjuangan Islam. Makanya, tiada makna jika artis terbabit mengatakan mereka berhijrah jika mereka sertai UMNO. Itu jelas mereka hanya mengejar populariti dan bukannya mahu memantapkan sokongan rakyat terhadap parti yang disertai. Ini terbukti dalam program dan ceramah yang disertai oleh artis terbabit, hanya segelintir sahaja rakyat yang hadir mendengar. Ia berbeza dengan artis yang bersama Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Ribuan peminat dan rakyat yang mahu berubah berbondong-bondong hadir ke mana-mana program artis berkenaan. Inilah namanya penghijrahan yang hakiki. Justeru, mana-mana artis yang mahu berhijrah selepas ini anda perlulah berhati-hati dan jangan tersilap langkah kerana kelak ia akan memakan diri sendiri. Maka, pilihlah jalan kebenaran demi masa hadapan.

No comments:

Post a Comment