Sunday, June 24, 2012

PAS, PKR BANTAH BINA SAR


Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

IPOH - Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini.

Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu.
 

Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar tengah ) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.(Cerita yang diputarbelitkan dan dikelentong oleh Utusan Porno)


Sebenarnya isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya.

UMNO telah mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk kegunaan piliharaya.  Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di Surau Taman Desa Aman.  Pelajar-pelajar terpaksa belajar di bawah khemah selama dua minggu.


Hakikatnya, UMNO sanggup menghalaukan pelajar SAR keluar dan tidak membekalkan tempat alternatif kepada pelajar.  Pelajar-pelajar terpaksa dihalaukan ke sini sana, tetapi hanya untuk memberikan ruang awam tersebut kepada kegunaan UMNO BN.  Siapa yang menzalimi rakyat?

Kini, Dato Hamidah pula mengarahkan pembinaan SAR baru di Tapak Padang Taman Pegoh Aman tanpa mendapatkan kelulusan pejabat tanah / DBI dan tidak mendapatkan persetujuan daripada penduduk tempatan.  Tanah tersebut masih tidak digazetkan sebagai kegunaan tapak sekolah.  Akibatnya, pembinaan tersebut dibantahkan oleh penduduk tempatan dan ini mencerminkan UMNO memang JUARA dalam isu merampas hak rakyat.
Bantahan rakyat:
  • UMNO sanggup merampaskan harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri, dan merampaskan tapak padang demi mengautkan publisiti murahan.
  • Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
  • YB Dato Hamidah Osman sebagai exco kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
  • Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.
Sebenarnya, bantahan penduduk Taman Pegoh Aman adalah membantah pembinaan bangunan yang tiada kelulusan.

.... Hebat Betina ni..hebat UMNO....

No comments:

Post a Comment