KUALA LUMPUR
19 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan surat akuan bersumpah
oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.
Surat akuan
bertarikh 10 November 2009 yang dimuat naik dalam laman blog beliau semalam
memaparkan bukti bahawa siasatan terhadapnya berhubung pertuduhan menyorok RM3
bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat telah
pun ditutup kerana tiada sebarang kes.
“Siasatan
telah dijalankan oleh satu Cawangan di bawah penyeliaan saya di Ibu Pejabat BPR
Malaysia.
“Siasatan
dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara
seperti Singapura dan United Kingdom.
“Siasatan
itu menghasilkan tiada sebarang kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau
sesiapa berhubung dengan Akuan Bersumpah tersebut dan saya mengarahkan siasatan
itu ditutup,” kata Abdul Razak dalam akuan tersebut.
Menurut
akuan itu lagi, selaku Pengarah Siasatan BPR pada tahun 1999, Abdul Razak telah
mengarahkan siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 ke atas
akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad
Khalid yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar tempatan.
Bekas
Pegawai Kanan BPR itu memberi keterangan akuan bersumpah itu dalam kes saman
fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press
(M) Bhd (NSTP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.
Anwar
memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003.
Artikel yang
didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.
Abdul Razak
membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak
berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.
Murad
menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan
selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada
awal September tahun berkenaan.
Abdul Razak
kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya
kepada mahkamah.
Dalam
perkembangan sama, Abdul Murad semalam dilapor menegaskan sudah memberi keterangan
kepada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan
off white t shirt
ReplyDeletefear of god clothing
kyrie irving
golden goose sneakers
kyrie 9
off white jordan 1
supreme
off white
nike sb
palm angels outlet