Saturday, June 23, 2012

ADA UBI ADA BATAS : TIDAK MATI BOLEH BALAS!


Banner Himpunan Hijau disimbah cat biru! 

NAMPAKNYA taktik sabotaj dengan cara menyimbah cat sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Mungkin si pelaku bangga jika diketahui umum bahawa merekalah yang berani membuat sabotaj.

Terbaru banner Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth yang akan berlangsung esok disabotaj oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Jelas kelihatan di dalam gambar, kesan simbahan cat biru pada banner yang dimaksudkan. Kenapalah jahat sangat, perangai macam syaitan!

Esok akan berlangsung Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth..

Seperti biasa bagi tujuan hebahan banner-banner digantung di beberapa tempat yang difikirkan sebagai strategik oleh petugas-petugas program..

Malangnya seperti biasa juga.. pencacai-pencacai UMNO akan melakukan kerja-kerja khianat mereka terhadap banner-banner itu, samada disimbah dengan cat atau diturunkan dari tempat ianya digantung.

Banner yang telah digantung dihadapan Masjid Jamek Bagan Jermal, Butterworth ini telah menjadi mangsa tindakan tidak bertamaddun mereka itu.


Apa pun tindakan begini hanyalah menunjukkan sikap busuk hati mereka, dan membuatkan rakyat semakin muak dengan politik ala samseng begini.

Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth Ahad ini akan bermula seawal jam 4 petang.


Antara pimpinan utama yang akan menghadiri dan menyampaikan amanat pada program itu nanti adalah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah atucara penuh program:

4 Petang

Ketibaan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi
Pertunjukan Tarian Singa & Gendang Cina
Pertunjukan Silambam & Gendang India
Solat Asar Berjamaah
Pertunjukan Seni Silat (Gayung Pusaka)
Pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (P.Pinang)
Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Persembahan Zuar XPDC
Persembahan UNIC
Live bersama Tn Guru Nik Aziz

7.30 Malam

Solat Maghrib Berjamaah
Munajat bersama ulama
Solat Isya Berjamaah

9.15 Malam

Aluan Pengacara Majlis
Ucapan Ust Mohd Yusni Md Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang
Ucapan YB Dato' Ust Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS P.Pinang
Ucapan Sdr Hu Pang Chow, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat
Ucapan Ust Syed Abdul Qader Al-Jufree, EXCO Dwn Pemuda PAS Malaysia
Ucapan Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat
Ucapan Ust Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Setiausaha Dwn Ulama PAS Pusat
Ucapan Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia
Live bersama Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Acara Selingan

Persembahan Boria P.Pinang
Nyanyian Lagu Rasmi PAS, Negaraku & lagu Negeri P.Pinang
Gimik Pelancaran Dana Kompleks PAS P.Pinang
Gimik Pelancaran Buku
Pelancaran Derma

Sumber : DI SINI

No comments:

Post a Comment