Tuesday, May 29, 2012

BALA DARI ALLAH SWT MASIH LAGI MENGINTAI-INTAI UNTUK MENGAJAR UMNO ERTI SEBUAH KERAJAAN YANG BERAMANAH


Selepas perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28.4.2011 lalu, UMNO juga turut mengadakan dua perhimpunan bagi menunjukkan keangkohan, keegoan dan kesombangan serta mendabik dada yang ia masih disokong oleh majoriti rakyat di negara ini.

Pertama pada 11.5.2012 sempena sambutan hari UMNO ke-66 dan baru-baru ini diadakan pula Hari Himpunan Sejuta Belia. Kedua-dua diadakan di Stadium Bukit Jalil yang dihiasi dengan hiburan yang menyeronokkan bagi menarik minat muda-mudi datang beramai-ramai bagi menunjukkan yang UMNO itu masih mendapat tempat di hati anak-anak muda dalam negara ini.

Yang menariknya, kedua-dua acara anjuran UMNO itu diakhiri dengan Allah SWT mendatangkan balanya : Menandakan bahawa UMNO sudah menghampiri akhir hayatnya. Yang pertama, selepas berhimpun bagi menyambut hari jadi UMNO, terjadi suatu kemalangan yang dashat yang meragut seorang warga tua berusia 79 tahun (tentunya penyokong UMNO totok-darah biru pekat-. Ikut bidalan lebih baik duduk dirumah jaga cucu atau beristiqamah di masjid dari melaungkan ‘hidup UMNO, hidup Melayu’ di stadium) dan 84 orang cedera dan ada yang parah. Kedua, himpunan sejuta belia juga diakhiri dengan kemalangan juga yang mengakibatkan 17 orang cedera ada yang parah. Ini kira sudah berbaloi dengan mengambil kira kecederaan yang dialami oleh perserta demo BERSIH 3.0.

Bagi saya ini adalah satu pembalasan yang amat adil dari Allah SWT yang maha berkuasa. UMNO telah menyalahgunaan kuasa mengarahkan pasukan polis untuk menyamar sebagai perserta demo bagi menimbulkan kekacauan dan haru-hara di perhimpunan BERSIH 3.0. Tujuan UMNO bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa BERSIH 3.0 adalah ganas dan akan menyebabkan negara ini haru-hara. UMNO bermotifkan politik untuk menarik sokongan rakyat dengan mengadakan adu-domba dan menakut-nakutkan rakyat melalui media miliknya dan individu-individu tertentu yang sanggup menjadi pencacainya dengan menyembunyikan tujuan BERSIH 3.0 diadakan.

Maka, pihak pasukan polis seperti lembu dicucuk hidung mengikut arahan tersebut dan terus bertindak ganas tanpa peri kemanusian telah bertindak memukul,menendang, menumbuk, menyeksa dan sebagainya terhadap para peserta demo dijadikan sebagai ‘binatang’ untuk dibaham semau-maunya. 

Sedangkan perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menuntut membersihkan sistem pilihan raya yang kotor yang penuh dengan penipuan yang dilakukan oleh UMNO bagi terus mengekalkan kuasa dari dulu sampai kini. Sekarang ini penipuannya lebih kurang ajar lagi. Tidak cukup setakat itu saja, UMNO mempergunakan NGO-NGO tertentu bagi mengoyang punggung dan menganggu ‘privicy’ kehidupan individu yang berjuang untuk kepentingan rakyat dan negara ini dari terus ditipu oleh para pemimpin UMNO yang korup.

Ingatlah sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Baginda juga dibaling batu, dilempar telor busuk, dimaki-hamun, sumpah seranah, dikepung, diletakkan duri dalam perjalanannya, hendak dihempap dengan batu nnbesar, hendak dibunuh dan bermacam-macam lagi oleh pencacai Abu Jahal dan juak-juaknya lakukan terhadap Baginda. Akhirnya dengan bantuan dari Allah SWT, Baginda berjaya menegakkan Islam, kebenaran dan keadilan di bumi ini untuk diikuti oleh umat manusia.

Kita masih lagi menanti, menunggu, dan tidak henti-henti berdoa, sembahyang hajat dan bermunajat kepada Allah SWT, selepas ini apa lagi....

Kepada mangsa-mangsa yang terlibat diucapkan takziah. Jauhilah UMNO.

INI BUAH TANGAN NAJIB UNTUK MUDA-MUDI-BAPA BOREK,ANAK RENTIK


Baca juga artikel di bawah untuk menginsafi bahawasanya ianya datang dari Allah SWT bagi menghukum UMNO :

BALA ALLAH SUDAH SAMPAI KE ATAS UMNO KERANA IANYA KEJAM DAN
ZALIM SERTA RAKUS DENGAN KUASA

Hari Belia Negara - Tahniah Untuk Najib?
Hari Belia, Gambar Najib Dengan Artis Seksi
Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara drag
Kerajaan Mesti Bertanggungjawab, Bayar Pampasan – Ibu Mangsa rempuhan

No comments:

Post a Comment