Tuesday, April 24, 2012

PENGHINAAN TERHADAP ANWAR TIDAK MEMBERI BEKAS



 WAJAH PM MALAYSIA KE-7

Beberapa hari lalu telah dilancar secara rasmi sebuah Ngo yang bertujuan khusus untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Perlancaran itu dilakukan oleh presiden Perkasa(m), [Ibrahim Ali NGO: TIBAI].. lupa nama. Ngo ini entah yang ke berapa dalam urutan Ngo di Malaysia yang seracunnya dan juga disertai oleh muka-muka masam dan 'komoh' yang sama. Di Malaysia ini jangan pelik kalau seseorang individu itu menyertai lebih dari 10 buah Ngo yang berlainan jenama atau pun yang anggotanya suami isteri saja.





 KEHEBATAN ANWAR ANWAR LEBIH DARIPADA NAJIB-JADI NAJIB TERPAKSA UPAH NGO-NGO TERTENTU TENTANG ANWAR
Ia tidak pernah menukar wajah atau mengenakan topeng setiap kali menyertai Ngo. Itulah menyebabkan orang mudah mengenali mereka. Mereka juga tidak pernah mengikis atau memotong lidah mereka menyebabkan orang gampang kena mereka menerusi suara percakapan mereka. Suara mereka sumbang dan telor bila membaca Hadith.

Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang orang lain buat. Persis perniaga gerai, seorang bukan gerai pisang goreng semua buka gerai pisang goreng akhirnya menyebabkan semua terpaksa tutup kerana bersaing harga.

Mereka yang menubuhkan Ngo dan menggunakan sebagai wadah untuk bersuara adalah mereka yang tidak ada kekuatan diri sendiri atau pun diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri mereka laku dan berwibawa cukup mereka bercakap atas kapasiti diri sendiri. Tidak perlu melekatkan apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk mengukuhkan idea dan juga pandangan kita.

Saya tidak larat untuk menghitung sudah berapa banyak Ngo yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjadi rancak dalam tempoh dua tiga tahun ke belakangan ini. Banyak sangat sampai mat rempit dan pelacur pun ada Ngo. Semua aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media penjilat buntut, atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan kenyataan-kenyataan dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka yang tak bernilai itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.

Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain. Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua Ngo itu. Pentas mereka berbagai-bagai. Apakah orang-orang seperti ini boleh diharap untuk menjadi pemimpin?

Kalaulah idea dan pandangan mereka diterima pakai nescaya negara akan rosak dan hancur berkecai. Alhamdulilah rakyat negara ini rata-rata arif dan bijak dalam menilai individu-individu ini. Mereka tidak mudah menelan hujah orang-orang sakit ini. Mereka hanya datang bertepok dan bersorak bukan kerana terpesona dengan hujan, tetapi menyorak gelagat mereka yang merupakan sebahagian perserta Raja Lawak yang tidak lulus tapisan ke separuh akhir.

Apabila penubuhan Ngo itu atas nawaitu dan tujuan yang begitu, maka kita tidak perlu merasa hairan kepada mereka. Apa yang dilaksnakan bukan kebenaran melainkan ia adalah agenda peribadi untuk memenuhi kehendak orang lain. Mereka mencari peluang atas modal yang satu, Anwar. Mereka menjadikan Anwar sebagai batu loncatan untuk mencari makan.

Kedudukan ini menyebabkan Anwar perlu merasa bertuah kerana dirinya boleh membantu individu berkenaan yang sebelum ini juga merupakan kawan-kawannya dapat mencari makan. Mungkin di sini benarnya, Anwar sengaja dianugerahkan Allah begitu untuk dijadikan alat penyambung nyawa segelintir manusia parasit lain. Lihat berapa banyak orang memngambil kesempatan ke atas Anwar untuk hidup.

Saya yakin kalau Anwar tidak ada dan dirinya tidak menjadi isu dan aset, individu-individu berkenaan sudah lama mati kebuluran kerana kekurangan zat makanan. Mereka ini jenis tidak boleh berburu sendiri melainkan menumpang bangkai seperti dubuk. Tetapi dengan adanya Anwar mereka mendapat upah atau bekalan makanan apabila bekerja sebagai penyerang Anwar membuat fitnah dan serba serbinya. Bukan saja yang anti kepadanya, di pihak yang simpati dan menyokong juga turut sama mendapat limpahan rezeki dan pahala iman kerana sabar melayan kerenah peneyerang Anwar dan menjadi sukarelawan penangkis fitnah.

Justeru Anwar tifdak perlu merasa sedih ataas apa yang berlaku. Sebalik beliau perlu merasa gembira dan syukur kerana dirinya masih dijadikan modal dan dapat berbakti kepada banyak orang. Batang tubuh dan kisah dirinya bolerh dijadikan sumber rezeki untuk individu tertentu. Mereka tidak akan menyerang dan melanyak Anwar kalau tiak diupah sesenduk nasi. Mereka semua adalah serigala yang dipecut dan diberikan setongkol daging yang tidak dibasuh.

Bohong kalau mereka menubuhkan Ngo untuk memperjuangkan bangsa, negara apa lagi agama. Kalau itulah matlamat mereka cukup sertai Umno atau perkukuhkan saja Umno. Dalam hal ini Anwar tidak perlu memberi apa-apa komen kepada mereka itu yang dulu semuanya berkhemah dan berkampung di rumah Anwar di Bukit Damansara. Wajah-wajah yang menjadi kepala Ngo dan ekor Ngo itu dulu semuanya makan dan minum di rumah Anwar. Tahi yang mereka buang dalam tanda rumah Anwar juga masih ada kerana ayam pun tidak lalu untuk mematuknya.

Mereka mengerumi Bukti Damansara kerana mengira di situ ada makanan. Di situ ada gula dan ada harapan menggunung tinggi serta ada kuntum-kuntuman bunga yang mereka boleh menghidunya dari luar pagar. Mereka awal-awal lagi mengunjungi Anwar bukan atas niat perjuangan, tetapi kerana perut dan nafsu. Jadi apabila setelah 10 tahun Anwar gagal memenuhi tembolok mereka, maka mereka berarak berpindah menjadi nomad yang perlu mencari kawasan dan lembah kehidupan baru . Mereka mahu hidup dan perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Kalau mereka berpindah demi perut tidak mengapa tetapi jangan sambil berlalu menghina musuh. Ini celaka.

Kalau tidak percaya cuba perhatikan apa yang akan berlaku selepas ini. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang dan Anwar diberi angkat jadi PM mereka ini semua akan kembali semula ke lembah Anwar. Mereka akan datang berlari, merangkak dan berpimpinan ke Bukit Segambut. Atau mungkin ada yang terlajak ke Bukit Damansara kerana mengira Anwar masih di sana.

Sebaik terhidu sahaja aroma makanan atau kelihatan fotomorgana di rumah Anwar mereka akan berduyun-duyun ke rumah Anwar. Mungkin talian telefon Anwar dan Wan Azizah juga akan sendak kerana terlalu banyak panggilan masuk. Peti surat dan sms juga akan penuh hingga pecah.

Rumput dan semak sambu yang melihar di jalan ke rumah Anwar di Bukit Segamut akan lumat dan hancur lebur dipijak mereka. Mereka akan berasakan macam ayam keluar reban untuk menuju ke jamban tahi. Mereka tidak akan peduli apa yang mereka lakukan hari ini, naluri perut akan menghalal dan melupakan segala-gala apa yang mereka lakukan.

Saya sudah lihat dan tengok dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini. Orang yang memaki hamun Anwar, menempuk meja marahkan Anwar, menuduh Anwar liwat, berzina dan sebagainya... akhirnya datang melutut denagn lingan air mata kepada Anwar. Meminta saya menemani dan membawanya masuk ke rumah Anwar. Meminta saya memberitahu yang indah-indah mengenai kepada Anwar. Mengungkitkan nostalgia yang dia pernah meringkuk bersama Anwar di Kemunting.

Jadi apa yang dilakukan oleh individu-individu berkenaan, tidak perlu dikisahkan. Tindakan mereka tidak memberi sedikit kesan pun. Malahan apa yang mereka lakukan memberi liabiliti kepada Umno yang mereka sokong kembali hari ini. Bukan saja rakyat di luar menyampah dan geram, tetapi ahli Umno yang setia dan tidak tahu mengkhianati parti juga meluat melihat mereka ini.

Rakyat tidak kisah penghinaan kepada Anwar, apa yang mereka mahu Anwar jadi PM.
Saya juga memerhati sendiri bagaimana seorang dari mereka terkayan-kayan bersendirian di PWTC sewaktu persidangan Umno. Dia jenguk ke situ dengan harapan kawan-kawan lamanya dalam Umno memuji dan mengucap tahniah atas tindakannya meninggal Anwar dan PKR. Sebaliknya dia jadi kera (ekor pendek muka bulat) yang sumbang, terpaksa mengending di meja makan untuk dapatkan sepiring nasi. Nasib baik saya ada, saya menyalematlkan air mukanya yang sudah jatuh ke tanah.

Biarlah mereka tubuh sebanyak mana Ngo untuk menyerang Anwar ia tidak akan merubah keadaan yang ada. Serangan-serangan tidak bermoral dan beretia ini tidak berbekas, pukulan mereka tidak memberi kesan. Apa mereka dapat hanya letih sendiri kerana menghanyun senjata kerana mereka memukul angin sebenarnya.
Kita juga tidak perlu menghormati kepada orang-orang ini kerana mereka adalah 'calo-calo' yang mengambil upah untuk survival mereka dan anak beranak. Kaum seperti ini bukan baru hari ini tetapi ia ada sejak zaman Nabi Adam lagi, cuma mereka menjelama dalam keadaan identitas yang berbeza. Apa perlu dikisah.

Mengenai Anwar, lakulah semahunya dan fitnahlah apa saja kepadanya ia tidak akan merubah keadaan. Anwar sendiri sudah lali, kalau ia plastik ia sudah hancur dan insyaAllah akan keluar menurut acuan baru sebagai PM. Manakala rakyat tidak peduli apa. Nekad dan azam rakyat sudah kemas dan kejap. Rakyat tidak hirau kepada peribadi Anwar yang diburukhuduhkan; apakah Anwar peliwat, pengkhianat, atau apa-apa 'per..' mereka tidak kisah. Yang kejap tertanam di nubari rakyat ialah mereka mahukan perubahan inginkan peralihan. Mereka mahu melihat kerajaan bertukar tangan. Mereka mahu ajar UBN, bagaimana menjadi pembangkang, dan mereka mahu menjulang Anwar menjadi Perdana Menteri. Itu saja hakikat hari ini.

No comments:

Post a Comment