BERSIH 3.0 52 NEGARA 70 LOKASI
(PECAH REKOD DUNIA)
Perhimpunan
Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam
sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.
Beliau
berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum
ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara
serentak, setakat ini.“Saya jangka ia perhimpunan
terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema
di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan
raya di Malaysia,” katanya.
“Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi
kira-kira 30 lokasi sahaja. Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang
di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia,” katanya
lagi.
Di Malaysia,
katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota
Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau
Pinang.
Di luar
negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya
Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia
(Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).
Selain itu,
Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New
York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus,
Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand
(Auckland,Wellington, Motueka).
Ia turut
diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh,
Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva),
Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai,
Beijing).
Selain itu,
Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki),
Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka),
Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town).
JADI, APAKAH ANDA MASIH
MAHU BERFIKIR DULU?, APAKAH ANDA TIDAK MAHU JADI SEBAHAGIAN DARI SEJARAH. JIKA
BN TUMBANG SELEPAS INI, TIDAK ADA LAGI HIMPUNAN BERSIH, INI ADALAH BUAT AKHIR
KALINYA.
BN Sepatutnya Sudah Kalah pada 2008
Sepatutnya
pada PRU ke 12 yang lalu, bukan lagi BN yang berkuasa, kemenangan BN pada 2008
adalah kerana tindakan jahat oeleh orang umno sendiri, semua sudah tahu bahawa
Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR adalah Ahli umno, jadi siapa yang boleh
kerat jari kata sistem pilihanraya di negara ini terutama beberapa tahun lepas
sebagai bersih?
Sebab Umno
tahu mereka perlu kekal berkuasa, jadi pengerusi SPR dilantik dari kalangan
mereka, jika anda faham bagaimana sistem lantikan pengarah dan ahli SPR
dijalankan sudah tentu anda tahu ada campur tangan politik.
Walaupun SPR
dicanang dibawah suruhanraya diraja, tetapi penjawat jawatan tertinggi SPR
di"nasihatkan" lantikannya oleh Pm kepada agong sebelum dipersetujui.
jadi bila "dinasihatkan" sudah pasti individu itu dipilih dan ada
perancangan umno sendiri untuk letak siapa mereka mahu.
Kenapa
mereka letak siapa mereka mahu?, kerana mereka mahu bermain taktik jahat yg
selalu kaki games guna bila sudah terdesak, dalam istilah komputer games ia
dipanggil "cheat" dalam istilah demokrasi ini dipanggil "
pembelot"
Oleh sebab
itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama ada mereka ahli
Umno atau isytihar keluar parti.
Satu
tindakan paling hina bila "orang umno" mengawal SPR, kerana keputusan
dan taktik jahat boleh dibuat atau diubah untuk memenangkan umno dan sekutu . tindakan
itu tidak lain tidak bukan mengkhianati suara rakyat.
Apabila
seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia
menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non partisan' supaya
mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.
Di dalam
perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang di-Pertuan
Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR yang mendapat
kepercayaan awam'
"Apabila seseorang ahli SPR menganggotai parti politik pada
masa sama tunjuk sikap prejudis sekali gus tidak mungkin dapat lahir
kepercayaan awam. Mereka perlu bertindak dan memperlihatkan tidak memihak
mana-mana parti politik," kata Ahli Parlimen Kota Bharu
Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Terdahulu, Setiausaha
Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa pengerusi SPR Abdul Aziz
Mohd Yusof serta timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.
Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.
" Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.
Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu.
" Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin.
Kalau bukan
sebab 2 ahli umno ini, sudah pasti BN sudah kecundang pada 2008, atau lebih
awal dari itu lagi. pasti malaysia akan lebih sejahtera dari sekarang bila BN
dikuburkan.
No comments:
Post a Comment