KUALA LUMPUR, 4 Mac: PAS akan mengadakan sidang media khas jam 11 pagi esok di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, bagi menjelaskan formula penyelesaian isu Kedah yang dicapai pada mesyuarat khas yang berakhir jam 3 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) kepada Harakahdaily tengah hari ini.
"PAS akan membuat sidang media khas isu Kedah jam 11 pagi esok, Isnin di pejabat agung PAS Jln Raja Laut. Semua wakil media dijemput," katanya melalui kiriman SMS.
Malam tadi, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.
Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.
Dalam laporan Harakahdaily awal pagi tadi, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, perbicangan tersebut telah mencapai keputusan sebulat suara dan telah mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.
Namun katanya, keputusan tersebut hanya akan diumum secara rasmi dalam satu sidang media khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.
"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.
"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat," katanya.
Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.
No comments:
Post a Comment