Saturday, March 3, 2012

KERAJAAN UMNO-BN IKTIRAF ISRAEL JIKA PALESTIN MERDEKA?

Komentar Roketkini

3 MAC – Setelah gagal dalam konspirasi politik liwat dan video seks untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, para pemimpin UMNO dan pecacai mereka, termasuk Utusan Malaysia, mencipta fitnah baru kononnya Ketua Umum PKR itu menyokong Israel.

Sebenarnya Anwar tidak menyokong Israel. Apa yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini hanyalah kenyataan Anwar yang mengulangi pendirian Malaysia yang mahukan keamanan di Timur Tengah.

Cadangan penyelesaian dua negara – wujudnya Palestin dan Israel sebagai negara jiran -diterima oleh Malaysia sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bererti kerajaan UMNO-BN menerima bahawa jika mahu Palestin merdeka, Malaysia menerima kewujudan Israel.

Jadi mengapa kepimpinan UMNO bohong?

Fitnah para pemimpin UMNO dan pecacai mereka hanyalah mempunyai tujuan politik sempit, iaitu menuduh Anwar menyokong Israel supaya rakyat, khususnya orang Melayu dan Islam membenci Anwar, dan seterusnya menolak Pakatan Rakyat.

Itu permainan politik kepimpinan UMNO sejak zaman-berzaman. Kini, akibat pelbagai skandal dan penipuan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO-BN serta kroni-kroni mereka, fitnah telah menjadi budaya mereka.

Sebagai bukti bahawa Anwar Ibrahim hanya menyatakan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, surat-surat Dr Mahathir yang sebelum ini sulit dan rahsia tetapi kini telah didedahkan kepada umum menjadi bahan untuk tatapan ramai.

Bukti surat-surat Mahathir kepada pemimpin Israel

1. Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin pada 21 Disember 1993, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu antara lain telah menulis:

“Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.”

Di bahagian akhir suratnya itu, beliau menulis dengan tangan/pen: “Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel”.

2. Pada 14 Mac 1997, Dr Mahathir menulis surat kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu:

“Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.”

3. Pada 8 Jun 1999 (selepas memecat Anwar Ibrahim daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya memenjarakan Anwar), Dr Mahathir menulis surat rahsia kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak:

“Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.”

Rakyat Malaysia tidak sedar pun bahawa Dr Mahathir telah menghantar surat-srat ini kepada para Perdana Menteri Israel. Yang diketahui hanya “kenencian” Mahathir terhadap Israel yang dipaparkan oleh media massa kawalan UMNO-BN.

Malah, mungkin ada lagi surat-surat rahsia di antara Mahathir dan pemimpin Israel yang tidak didedahkan kepada umum.

Bukti kenyataan-kenyataan Najib sanggup menerima Israel

1. Petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di forum “The Coalition of the Moderates and Intercivilisational Understanding” di Oxford Islamic Centre, UK pada 17 Mei 2011:

Every peace-loving nation which seeks a better world must work towards an everlasting resolution based on the principles of a viable two state solution and equitable justice for all involved.”

(Setiap negara yang cintakan keamanan yang mahu kepada dunia yang lebih baik mesti berusaha ke arah penyelesaian mutlak berasaskan prinsip-prinsip penyelesaian dua negara yang sesuai dan keadilan saksama bagi semua yang terlibat [dalam krisis Timur Tengah])

2. Petikan ucapan Najib di majlis makan malam anjuran United Nations Association Malaysia (UNAM) di Kuala Lumpur pada 1 November 20100

We are supportive of a two-state solution, however, for this to happen, there must be a more balanced approach and the moderate centre on both the Israeli and Palestinian sides must be empowered.”

(Kami menyokong penyelesaian dua negara, bagaimana pun, untuk ini berlaku, mesti ada pendekatan yang lebih seimbang, dan pusat yang sederhana di kedua-dua pihak Israel dan Palestin mesti diperkasakan.”

Bukti-bukti Wisma Putra memperjuangkan penyelesaian dua negara Israel dan Palestin

1. Petikan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Sesi ke-66 Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 27 September 2011:

Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties.”

(Malaysia menyokong penuh hak yang sah rakyat Palestin untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka, berasaskan kepada penyelesaian dua negara, dengan mengambil kira perkara-perkara keselamatan bagi kedua-dua pihak)

2. Petikan kenyataan Anifah di Mesyuarat Sambutan Ulangtahun ke-50 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Serbia pada 5 September 2011:

NAM must assist Palestine in ending this illegal occupation and realise the two-State solution.”

(NAM mesti membantu Palestin menamatkan pendudukan secara haram (oleh Israel) dan merealisaikan penyelesaian dua negara.”

Siapa fitnah, siapa bohong?

Jelas sekali pendirian kerajaan Malaysia dalam isu Palestin dan Israel. Ia juga pegangan UMNO-BN.

Jika mudah melatah dan menelan bulat-bulat fitnah, maka yang benar akan ditolak, yang jijik dan busuk akan menjadi pegangan.

Dalam keadaan UMNO-BN yang dilanda pelbagai skandal dan penyalahgunaan kuasa yang menindas rakyat, semua pihak perlu berhati-hati serta berfikir habis-habisan sebelum menerima sebarang “berita” atau tohmahan daripada pimpinan kerajaan UMNO-BN.

Siapa yang memfitnah, siapa yang berbohong?

Sumber– Roketkini.com

No comments:

Post a Comment