Tuesday, January 3, 2012

KRITIKAN RPK ASAM GARAM POLITIK ANWAR

Kenyataan penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai isu moral, dipinggirkan Ketua Umum PKR itu.

Anwar menyatakan kritikan seumpama itu sudah menjadi asam garam dunia politiknya, lantas mempersoalkan mengapa dakwaan tersebut dikeluarkan ketika negara menghampiri pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Baharu-baharu ini, RPK menerusi wawancara dengan Mingguan Malaysia menyifatkan Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, malah tidak seharusnya diangkat sebagai pemimpin untuk mentadbir negara.

"Saya selalu bertindak untuk tidak memberi komen terhadap serangan seumpama ini, apatah lagi ianya dikeluarkan disaat negara menghampiri pilihantaya umum.

"Ia mirip serangan terhadap saya pada PRU 2008 dan terbaharu pada pilihan raya Sarawak sebelum ini, yang mana ianya dibuat dalam media Umno, ingin saya jelaskan ini bukan caranya,"katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media khas bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Anwar berkata, walaupun sudah mengenali RPK selama sepuluh tahun, penulis blog itu didakwa tidak pernah tampil bersemuka untuk membincangkan isu yang dibangkitkan baru-baru ini.

Mengulas lanjut kritikan terhadapnya selaku penasihat ekonomi negeri Selangor itu, Anwar berkata beliau menyandang jawatan itu untuk memberi sokongan dan pandangan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya bukannya ada peranan eksekutif di Selangor, saya hanya penasihat untuk memberi nasihat berdasarkan pengalaman saya semasa menyandang menteri kewangan pada satu ketika dahulu,"jelas Anwar.

Oleh Naeem Raffi

No comments:

Post a Comment