Sunday, January 1, 2012

KASIHAN BUDAK-BUDAK MUDA DIBELASAH OLEH ANJING-ANJING UMNO TANPA BELAS KASIHAN

Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan

PAS mengutuk keras kekasarann polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar terhadap pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.

"Apa yang dilakukan ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.

"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.

Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.

"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.

Pemuda PAS akan berhimpun di IPD Tanjung Malim

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan seluruh ahlinya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Perak untuk turun berhimpun di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut pembebasan sekurang-kurangnya 17 mahasiswa yang ditahan polis sejak malam tadi.

Arahan tersebut dikeluarkan ketuanya, Nasruddin Hassan melalui khidmat pesanan ringkas SMS kepada Harakahdaily pagi ini.

"Semua pemuda dikerahkan berkumpul secara aman dalam tempoh sekarang ke jam 2 petang di hadapan IPD Tanjung Malim Perak untuk menuntut pembebasan segera 17 mahasiswa yang ditahan sejak semalam," katanya.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 17 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Dalam pada itu, Nasruddin turut menyelar sikap 'double standard' pihak berkuasa yang bertindak secara kasar terhadap mahasiswa tetapi pada masa sama membenarkan himpunan serupa oleh pihak lain termasuk oleh Umno dan Perkasa di UPSI baru-baru ini.

"DPPM menyelar sikap double standard PDRM. Umno dan perkasa demo depan UPSI tidak diambil sebarang tindakan tetapi mahasiswa diperlakukan separuh mati," katanya.

Sementara itu, difahamkan hampir seratus 200 mahasiswa, NGO dan pemimpin politik sedang berkumpul di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut kesemua yang ditahan dibebaskan dengan segera.

PAS sedia khidmat guaman

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi jaminan Pakatan Rakyat khususnya PAS akan menyediakan khidmat guaman kepada mahasiswa sekiranya didakwa atas sebarang kesalahan.

"PAS, Pakatan Rakyat akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mahasiswa-mahasiswa ini jika berdepan tindakan mahkamah," katanya yang dalam perjalanan dari IPD Tanjung Malim ke Hospital Slim River untuk melawat Safwan.

Beliau berkata, Lajnah Guaman dan Undang–Undang PAS Pusat dan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberikan khidmat mereka kerana isu ini melibatkan kebebasan mahasiswa.

Insiden UPSI: Kesemua mahasiswa dibebaskan

Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.

17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Sumber : DI SINI , SINI dan DI SINI

Gambar-gambar mahasiswa UPSI yang dibelasah oleh anjing-anjing peliharaan UMNO laknatullah :







No comments:

Post a Comment