Friday, December 2, 2011

MALAYSIA SERUPA ZIMBABWE (NAJIB SERUPA ROBERT MUGABE?)





Pemimpin yang hidup mewah merupakan antara tanda-tanda akhir zaman. Pemimpin hidup mewah sedangkan rakyat jelata merana papa kedana akibat kesempitan hidup. Pemimpin tidak memperdulikan keperitan hidupan rakyat yang ditekan dari berbagai sudut, manakala pemimpin sibuk menyelongkar khazanah Negara untuk kepentingan peribadi dan kroni. Membiarkan rakyat hanyut bersendirian.

Sepertimana kita ketahui, negara Afrika Zimbabwe merupakan antara negara yang mengalami kadar kemiskinan yang tinggi, taraf kehidupan yang amat rendah, kesihatan dan keselamatan kurang terjamin, peperangan saudara yang sering berlaku dan kepincangan pentadbiran kerajaan yang korup. Namun di sebalik semua itu, kepimpinan pemerintah diktator yang kononnya demokrasi iaitu dibawah Presiden ke-2 Zimbabwe, Robet Mugabe masih sempat lagi mengaut keuntungan demi kemewahan diri sendiri.




Robert Mugabe memerintah Zimbabwe dari tahun 1987 sehingga sekarang dengan usianya kini mencecah 87 tahun. Segala kekayaan negara hanya beredar di sekeliling sesetengah kelompok sahaja. Lihatlah gambar-gambar di bawah menunjukkan betapa teruknya kadar inflasi yang melanda Zimbabwe pada ketika ini. Zimbabwe merupakan antara negara Afrika paling mengalami inflasi paling teruk malah amat teruk berbanding inflasi yang berlaku di Tanah Melayu sewaktu penjajahan kuasa imperialis Jepun dahulu.





Gambar atas menunjukkan seorang pembeli membeli sepapan telur ayam dengan seberkas wang kertas. Gambar bawah pula menunjukkan sebotol bir dibeli dengan beberapa berkas wang kertas.

Di tengah derita rakyat Zimbabwe yang berperang dengan kehidupan mereka yang perit, foto-foto berikut menunjukkan istana agam presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang sungguh mewah yang amat berbeza dengan keadaan rumah rakyat jelata Zimbabwe. Rumah yang mirip istana eropah di tengah penderitaan rakyat Zimbabwe ini dibangun dengan harga yang sangat mahal iaitu sekitar $3.5 juta pound sterling. Rakyat yang sudah hidup di bawah garis kemiskinan, penyebaran HIV/AIDS di Zimbabwe yang sukar dibendung, ekonomi negara yang terus merudum dengan inflasinya, Robert Mugabe menjadi seorang “raja” yang sama sekali tidak peka dengan rakyatnya. Inilah foto-foto istana presiden Zimbabwe Robert Mugabe.




ISTANA ROBERT MUGAME-
RAKYAT HIDUP MELARAT







Di Malaysia ramai pemimpinnya yang korup dan gila kuasa terus berusaha apa cara sekali pun untuk terus memegang tampuk pemerintaha. Maka jadilah jabatan/agensi kerajaan seperti ‘PELACUR’ menadah setiap waktu untuk memastikan UMNO selamat. Oleh itu keadaan kehidupan sosial rakyat Zimbabwe adalah sama curak kehidupan social rakyat Malaysia.

Pemimpinnya hidup penuh dengan kemewahan dan tidak pernah mengenal kesusahan (berbeza dengan pemimpin ini) seperti rakyat rasai, masih ramai penduduk Malaysia yang miskin dan hidup kesempitan kerana harta kekayaan negara hanya beredar di sesetengah golongan sahaja kerana mereka hidup dalam golongan bangsawan yang sudah tidak relevan buat masa kini. Golongan ini wajib dihapuskan supaya mereka tidak lagi berkuasa membelenggu kehidupan rakyat lagi.

Marilah kita bermuhasabah, kitalah yang sebenarnya menentukan siapa pemimpin kita, jika orang berakhlak buruk dipilih, maka buruklah negara, jika orang berakhlak mulia dipilih menjadi pemimpin, maka negara akan bertambah baik, Pastikan regim UMNO ditumbangkan dalam PRU ke-13 nanti bahaarulah rakyat boleh hidup dengan aman dan sejahtera..

No comments:

Post a Comment