Monday, December 26, 2011

KHIR DIPENJARA SETAHUN UNTUK SALAHGUNA KUASA TETAPI PKR RAMAL BELIAU BEBAS SELEPAS PRU 13

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo telah didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menggunakan pengaruh beliau untuk membeli sebuah rumah mewah dan tanah dengan diskaun berjumlah RM 3 juta. Beliau telah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan penangguhan hukuman telah diberi untuk beliau membuat rayuan dalam masa 14 hari.

Walaubagaimanapun, pemimpim pembangkan tidak berpuas hati kerana bagi mereka, politik dalaman yang kompleks dalam UMNO akan memberikan kemudahan kepada Khir untuk memenangi rayuannya selepas piliharaya umum yang dijangka berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

“Ini cuma syarat sahaja. Saya tidak rasa beliau akan melaksanakan hukuman penjara itu.Beliau akan terlepas daripada hukuman kerana rayuan. Selapas pilihanraya umum, Khir Toyo pasti akan bebas. Ini drama sahaja,” jelas timbalan presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohtarudin Bakihere telah memutuskan RM3.5 juta yang dibayar oleh Khir untuk tanah tersebut adalah “tidak mencukupi”.

Pihak pembela juga telah gagal mengemukakan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa,” kata hakim itu pada hari Khamis. Beliau juga mengarahkan agar harta tersebut disita.

Khir telah dituduh mendapatkan dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 dan 10 Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Shamsuddin Hayroni secara haram.

Harta tersebut telah dibeli dengan harga RM 3.5 juta walaupun Ditamas telah membelinya dengan harga RM 6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Khir yang merupakan bekas doktor gigi merupakan ahli DUN untuk Sungai Panjang. Beliau telah dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalam Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dalam ketetapan beliau, hakim Mohtarudin telah bersetuju dengan timbalam pendakwaraya Masri Daud yang membahaskan bahawa dibawah Seksyen 165 kanun keseksaan juga menjurus kepada Seksyen 36, Akta Pencegeahan Rasuah yang memberi mandat kepada mahkamah untuk menyita segala harta yang disabitkan dengan kesalahan rasuah itu.

Oleh : Maria Begum, Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment