Wednesday, November 2, 2011

UMNO KEARAH KEPUPUSAN

Written by Kenny Gan, Malaysia Chronicle

Dalam tahun 1961, kerajaan komunis Jerman Timur telah membina tembok yang membahagikan Berlin kepada Barat dan Timur bagi menghentikan penghijrahan rakyat dari Kawasan Komunis ke Barat. Tembok sepanjang 103 batu dilengkapi peralatan senjata bahaya adalah satu pembinaan besar lambang kemampuan kejuruteraan Kesatuan Soviet. Tetapi ia juga adalah lambang kegagalan Komunisme.

Sebenarnya, “syurga pekerja” hanya boleh dibina di dalam penjara pekerja. Jika adapun, tembok Berlin adalah petanda jelas runtuhnya Komunisme. Tumbangnya Kesatuan soviet pada tahun 1990, adalah seperti satu ketentuan yang akhirnya berlaku. Ideologi Komunisme mulai diketepikan di serata dunia kecuali di beberapa negara dengan China sebagai Komunis hanya dalam perihal mengadakan pilihanraya.

Tidak berjauhan dari negara sendiri, kita boleh melihat dengan jelas tanda-tanda UMNO sedang nazak dalam persekitaran politik yang telah banyak berubah semenjak mula Merdeka lalu. Bila sahaja parti itu mula menggunakan skandal seks sebagai senjata melawan pembangkang, apatah lagi menggunakan anak yang masih bersekolah sebagai sasaran, ialah jawapan masa telah tiba sebelum parti itu dijirus ke longkang moralnya sendiri oleh pengundi yang sudah sedar.

UMNO bernafas di dalam bebola masanya, memperlaku pelbagai cara dan tujuan yang sebenarnya sudah luput tarikh dan tidak berfungsi lagi. Sementara itu, penduduk negara ini telah menjadi semakin berpendidikan, lebih matang, lebih terbuka kerana media sosial dan terdedah kepada masyarakat dunia lain. Terdapat tuntutan sekarang yang mahukan kerajaan insani, tidak bertolak-ansur dengan penyeksaan dan kekerasan, menghumban kerajaan pengampu yang cuba menonjolkan diri sendiri sebagai terbaik.

Terkandas di dalam zaman dahulu

Ada banyak contoh yang menunjukkan kedangkalan mentaliti orang-orang UMNO, tapi hanya sedikit barangkali sudah mencukupi. Yang paling menonjol ialah apabila bangsa dan agama dipermainkan guna untuk terus membahagi dan memerintah. Tidak ada satu isu pun yang tidak akan dipermainkan oleh UMNO menggunakan bangsa atau agama dapat percubaannya mengadu-domba masyarakat pelbagai kaum menentang satu sama lain. Terbaru iaitu Himpun adalah satu acara yang sengaja diadakan untuk melaga-lagakan orang Islam dengan penganut Kristian dan seterusnya tekanan antara kaum-kaum lain.

Dengan menggunakan isu hukum hudud dan Peristiwa 13 Mei yang menjadi acuan UMNO dan BN selama ini; tetap tidak berubah disebalik perubahan sosio-ekonomi dan persekitaran politik masa kini. Komen ‘lontar batu sembunyi tangan’ seperti “Kami tidak mahu 13 Mei terjadi lagi” adalah ugutan halus disukai pemimpin UMNO seperti Mahathir.

Maklumat salah, penokok-tambahan dan propaganda jahat menggunakan media arus perdana yang dikuasainya adalah satu lagi cara lapuk UMNO. Ini disebalik fakta di mana negara tidak lagi menguasai aliran masuk maklumat dan dunia internet yang menembusi masuk, mengakibatkan UMNO tidak lagi boleh memanipulasi kebenaran. Akhar Utusan Malaysia milik UMNO terus mengada-adakan cerita berbau perkauman, menaikkan rasa tercabar orang Melayu dan memalsukan berita untuk penonton yang sudah tiada ada.

Sudah tentu, penggunaan politik keji berbanding satu pertandingan yang demokratik dan adil adalah tanda utama UMNO. Menciptakan satu skandal seks adalah senajata pilihan rejim korup dan mereka memperlakukan dari ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hingga pegawai kastam Ahmad Sarbaini yang ditemui mati ketika di dalam tahanan SPRM. Kini bila anak lelaki Lim Guan Eng diskandalkan dengan kes perlecehan seksual yang direka-reka, sekali lagi politik keji UMNO turun ke paras paling rendah.

Saat-saat rejim bertemu ajalnya

Mentaliti beku rejim dan cara yang telah ketinggalan zaman boleh dilihat ketika bertindak memperbudakkan rata-rata masyarakat. Tunjuk perasaan secara aman untuk pilihan raya telus dan adil telah diisytiharkan haram, manakala perhimpunan kontroversi anti-murtad yang kononnya ada orang Melayu bertukar agama boleh pula dibiarkan berlangsung. Sekumpulan sosialis telah ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan atas dakwaan kononnya sedang mempromosikan Komunisme dan melancarkan perang terhadap Raja. Seorang profesor hal ehwal Perlembagaan Persekutuan telah didatangi oleh pihak berkuasa dan digantung kerana memberikan jawapan yang tidak disenangi rejim. Jangan kita lupa tentang satu penghinaan besar kepada minda waras kita, Kes Liwat II seperti sarkas Kes Liwat I.

Masyarakat umum sangat marah dan kesal apabila diperlakukan seperti orang yang bodoh. Lakonan para pemimpin BN dengan rasuah yang tidak pernah selesai, memperkudakan perkhidmatan awam, kekerasan pihak polis dan penggunaan isu bangsa dan agama untuk terus memerintah telah mengakibatkan rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap institusi-institusi awam dan keyakinan kepada pemimpinnya. Masyarakat di sebuah negara yang matang tidak sabar mahukan satu sistem kerajaan insani tetapi malangnya jurang antara kerajaan BN dan masyarakat semakin menebal.

UMNO masih lagi terperangkap di dalam cara lapuknya, berakar dari budaya lama membontoti feudalisme., tidak berjaya untuk berubah atau menjadi satu yang baru. Punca kekuatan UMNO ialah ketidaksama-rataan diantara kaum dan masih kalau bercakap untuk masa sekarang, rakyat Malaysia yang mahukan satu masyarakat yang teguh dan harmoni, melangkah kehadapan bukannya menyedut keluar segala jenis tekanan antara kaum dan agama. Malah, sistem politik kaum yang memangnya bagian dari diri UMNO sudah tidak boleh digunapakai lagi di Malaysia.

UMNO kini sudah menjadi bahan pemenuan sejarah, seekor dinosaur dari zaman nasionalisme Melayu. Ia seperti seekor haiwan yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan akan pupus. Di dalam dunia teknologi di mana manusia intim berkomunikasi tidak kira sesiapapun termasuk tukang sapu-sampah, parti terkutuk ini tidak boleh dibiarkan hidup lagi, demi melahirkan satu kumpulan masyarakat yang lebih berwibawa.

Sumber:- Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment