Wednesday, November 23, 2011

PROJEK LEMBU FIDLOT: PKR AKAN BUAT LAPORAN POLIS


Wanita PKR merancang membuat laporan polis serentak di 13 lokasi seluruh negara berhubung dakwaan penyelewengan dana awam dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) melibatkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua pergerakan itu, Zuraida Kamaruddin berkata, anggota wanita PKR akan digerakkan ke 13 ibu pejabat polis daerah untuk membuat laporan polis, antaranya ke atas Shahrizat dan juga suami menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Bercakap pada sidang media di bangunan parlimen hari ini, Zuraida berkata laporan polis juga akan dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan menteri pertanian sebelum ini.

Selain itu, anggota pergerakan berkenaan juga akan membuat laporan serentak, esok ke atas pengganti Muhyiddin di portfolio berkenaan, Datuk Seri Noh Omar, selain perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media sama, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata tindakan untuk melaporkan kepada polis itu bukanlah satu serangan politik kepada Shahrizat sebagai ketua wanita Umno tetapi lebih kepada soal kebertanggungjawaban.

"Ini bukan soal politik tapi tentang undang-undang, tentang wang pembayar cukai. Ini melampaui daripada soal prestasi (NFC)," katanya.

Tambahnya, Shahrizat perlu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dalam kes ini.

"Tapi kita mahu tindakan (siasatan) dijalankan," katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

Tindakan yang diambil oleh Wanita PKR memang bijak dan tepat bagi menguji sejauh mana pihak polis menjalankan tanggungjawabnya. Adakah pasukan polis menjalan tugasnya mengikut perlembagaan atau adakah perananannya menjadi HAMBA kepada UMNO.

Hari ini juga, Rabu 23.11.2011, Wanita Pakatan akan membuat laporan polis berhubung isu ini di seluruh Negara. Hari ini juga, Wanita PKR turut membuat laporan yang sama.

Jadi, kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya kes ini.

No comments:

Post a Comment