Wednesday, November 30, 2011

BIL PERHIMPUNAN AMAN AKHIRNYA BERJAYA DILULUSKAN

UMNO PORNO TAKUT HILANG KUASA JADI TERPAKSA BUAT HIMPUNAN ANTI DEMOKRASI




Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk S
eri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu.

Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.

Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.

Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Jumaah lalu, Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Apakah yang rakyat dapat harapkan daripada rang-rang undang-undang ini yang diluluskan itu. Rakyat tidak dapat apa-apa daripada system yang semakin mematikan amalan demokrasi. UMNO terlalu takut dengan kejatuhan kuasa seperti yang dilalui oleh regim-regim di Timur Tengah yang jatuh satu demi satu. RUU ini memang bertujuan menghalang kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di Negara-negara yang rakyatnya bangkit menentang regim pemerintahan yang zalim dan akhirnya regim-regim jatuh.

Rakyat Malaysia juga turut bangkit untuk menghancurkan regim yang zalim yang memerintah sudah 54 tahun. Rakyat sudah muak dan benci dengan pemerintahan regim ini.

Kita amat percaya tentu ada hikmahnya disebalik pindaan ini yang diluluskan dengan serta merta. Kita sangat tahu dan faham ke mana RUU ini akan digunakan. Ia akan berkuasa dan dilaksanakan sepenuhnya sebelum dan selepas PRU ke-13, iaitu apa cara sekali (UMNO akan memperalatkan pasukan polis) pun ia menghalang protes di jalan raya dan dalam masa yang sama memberi kuasa yang lebih kepada pasukan polis dengan menggunakan pendekatan meremehkan, menyusahkan dan merumitkan kelulusan mengadakan perhimpunan di tempat-tempat yang dibenarkan (sudah tentu diambil kira pandangan dan persetujuan para pemimpin UMNO tertentu sepertti yang berlaku di Johor) baharulah perhimpunan boleh diadakan. Rakyat sudah tahu sekilas ikan di air, rakyat sudah tahu jantan-betinanya.

Rakyat tahu UMNO dalam menghadapi PRU ke-13 kali ini dalam keadaan yang amat tertekan, iaitu untuk mengembalikan kekuasan melebihi 2/3. Oleh itu, ia mesti menang dengan apa cara sekali pun. Strategi mudah bagi UMNO adalah dengan melakukan penipuan demi penipuan dengan memperalatan agensi kerajaan seperti SPR, JPN dan pasukan polis (peringkat pertama).

Peringkat kedua (selepas PRU ke-13) menghalang kebangkitan rakyat yang mana rakyat sudah lama disedarkan dengan penipuan, penyelewengan, amalan rasuah secara terang-terangan dan memperalatkan jabatan/agensi/jentera-jentera kerajaan untuk berkempen (sebabkan itu tuntutan 8 perkara oleh BERSIH 2.0 tidak dilayan. Proses mahkamah akan digunakan dan hakim-hakim yang boleh dijual-beli seperti yang berlaku dalam krisis di Perak akan berulang selepas PRU ini, sekiranya UMNO menang tipis atau tewas (tidak mahu mengaku kekalahan).

Rakyat juga sedar bahawa itu adalah rancangan dan strategi UMNO bagi menentang kebangkitan rakyat, tetapi rakyat juga sedar bahawa perancangan UMNO tidak boleh dibandingkan dengan perancangan daripada Allah swt, ianya maha hebat. Tentera-tentera Allah swt tidak sesiapa yang boleh menduga. Rakyat mengharapkan Allah swt memberi jalan keluar bagi menentang UMNO yang memerintah secara zalim dan menidakkan system keadilan yang dituntut oleh rakyat.

No comments:

Post a Comment