Friday, September 23, 2011

SATU PERSATU KERJA-KERJA JAHAT ANJING KEPADA BABI NEGARA (BN) TERDEDAH

Rashid daftarkan pengundi diragui, kata Malek

Abd Malek Hussin (kasihan dia hilang RM2.5), orang yang disebut dalam kabel Kedutaan Amerika Syarikat sebagai berkata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah menjelaskan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengeluarkan dokumen-dokumen palsu.

Sebaliknya, Malek, bekas ketua NGO Raya Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) berkata Abdul Rashid sebenarnya mengakui terlibat dengan kontroversi operasi 'Projek IC' pada tahun 1990-an, tetapi peranannya setakat mendaftarkan individu dengan kad pengenalan yang diragui itu sebagai pengundi.

"Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya,” kata Malek ketika dihubungi Malaysiakini.

Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

The New Straits Times hari ini melaporkan penafianRashid berhubung apa yang didedahkan oleh Wikileaks dan berkata beliau “tidak kena-mengena” dengan pengeluaran kad pengenalan itu.

Dalam artikel itu, Rashid juga menafikan memberitahu perkara-perkara yang didedahkan oleh Malek sambil menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

"Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Rashid dipetik oleh akhbar New Straits Times.

Malek bersetuju bahawa tidak mungkin bagi Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah jelas bahawa mereka bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.

Walau bagaimanapun, bekas ketua Mafrel itu berkata bahawa kabel jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi di Sabah adalah 80,000 orang, iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan oleh kabel berkenaan.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan

Kerja keras yang ditunjukkan oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat dan teamnya menunjukkan banyak kemajuan yang dicapai setakat ini. Kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh anjing-anjing Babi Negara (BN)(SPR, JPN dan golongan yang seangkatan dengannya) untuk menang mudah dalam pilihan raya melalui kaedah penipuan, pemalsuan dan memanipulasikan data pemilihan menemui jalan agak sukar sedikit berbanding dengan masa-masa lalu kerana pada masa ini kerja-kerja jahat mereka itu 24 jam dipantau oleh Suhaizan dan teman-temannya.

Hasilnya anjing-anjing (SPR dan JPN) peliharaan Babi Negara (BN) terpaksa akur dengan pertemuan Jawatankuasa ini dan akhirnya sejumlah 220 lagi warga asing dikeluarkan daripada rang daftar pemilih di negeri Selangor. Mereka semua adalah warga asing yang memegang kod 71 berstatus penduduk tetap (PR) memegang kad pengenalan berwarna merah, mereka bukanlah warga negara yang tidak melayak mengundi. Kebanyakan mereka berasal dari Kemboja dan Indonesia. Yang menghairankan siapa yang menjadi barua mendaftar mereka sebagai pengundi, sedangkan mereka tidak pernah memohon.

Sementara itu, di Parlimen Shah Alam, 52 nama digugurkan dari daftar pemilih hasil bantahan yang dibuat oleh Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen kawasan itu. Mereka juga adalah warga Negara asing (Indonesia) yang mengaku yang mereka tidak pernah mengisi apa-apa boring untuk didaftar sebagai pemilih.

Rosak-rosak system pilihan raya di Negara ini gara-gara golongan Babi Negara (BN) untuk terus kekal kuasa.

No comments:

Post a Comment