Saturday, September 3, 2011

NAJIB SINGKATKAN CUTI DI PERTH BAGI SAMBUT JENAZAH


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini di Perth, Australia akan memendekkan lawatannya itu dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang esok.

Tindakan itu bagi menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu.

Bercakap kepada Bernama, Najib berkata Noramfaizul adalah seorang wira Malaysia sebenar yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan".

"Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi.

"Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia," kata perdana menteri sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku.

Noramfaizul (kanan), 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain.

Mereka berada di Mogadishu bagi mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.


Allahyarham telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.

"Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan," kata Najib.

Beliau berkata malahan jurukamera BernamaTV itu bersedia untuk pergi ke Somalia selepas beliau menyedari ia mungkin merupakan misi berbahaya.

"Sudah tentu beliau mahu berada di tempat itu bagi merekodkan satu misi kemanusiaan. Anda boleh kata bahawa kematiannya akibat kebinasaan lingkungan.

"Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan," katanya dipetik Bernama dari Perth.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Dasar pemimpin BARUA. Rakyat susah dalam menghadapi kenaikan tariff elektri yang tinggi dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan (kos hidup meningkat kerana kenaikan inflasi) ada sebahagian rakyat terpaksa mengikat perut, dajal laknatullah ini senang-senang bersama keluarga berrcuti ke luar Negara (Australia) secara senyap-senyap . Kos percutian itu (terpaksa penggunaan jet) siapa yang tanggung?

Adalah diharapkan para pemimpin Pakatan Rakyat tolong tanya perkara ini di parlimen pada persidangan parlimen bulan Oktober nanti.

Lebih biadap lagi, Najib celaka ini hendak tunjuk ‘rakyat didahulukan’ kononnya yang beliau prihatin dan ambil berat terhadap kebajikan rakyat, maka buat kenyataan yang ia akan memendikkan percutiannya kerana untuk menyambut mayat jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi di Somalia pada hari Jumaat lalu.

Begitulah Najib celaka ini menunjukan muka sedihnya. Selepas ini, babi-babi dan anjing-anjing peliharaannya terutama media-media akan membuat liputan yang penuh menunjukkan betapa prihatinnya si Celaka ini kepada rakyat.

Hal seumpama ini pernah berlaku ketika tanah runtuh di rumah anak yatim Batu 14 Jalan Hulu Langat, Selangor Mei 2011 lalu yang mengorbankan beberapa orang anak yatim yang menghuni di rumah tersebut, ketika itu Celaka ini sedang mengadakan lawatan rasmi (bercuti juga ke?) ke Amerika Syarikat, disamping meraikan anak perempuannya menerima ijazah (juga niat tidak betul sebagai pemimpin kerana sambil menyelam minum air). Sebaik saja menghadiri majils konvokesyen anaknya (kos lawatan ini ditanggung oleh rakyat) serta merta membuat kenyatan yang ia memendikkan lawatan (sepetutnya ia meneruskan lawatan ke Jepun selepas lawatan ke Amerika Syarikat) untuk menziarahi keluarga mangsa-mangsa tanah runtuh tersebut untuk melakonkan muka sedihnya itu.

Adakah rakyat Malaysia masih bodoh dan banggang lagi untuk terus menerus menonton lakonan seumpama itu lagi?

Adakah rakyat Malaysia sanggup ditipu oleh media pencacai dan barua kepada Najib lagi?

Sudahlah 54 tahun kita merdeka. Hentikanlah. Ubahlah demi rakyat dan Negara ini.

No comments:

Post a Comment