Friday, August 5, 2011

PENAFIAN JPN DAN SPR MENCALAR PRU KE-13

BERSIH: Penjelasan JPN tak boleh diterima

Penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara berhubung status kewarganegaraan seorang bakal pengundi yang dilaporkan sebelum ini tidak menyentuh mengenai kebimbangan orang ramai, kata pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Oleh sebab itu, beliau menyokong seruan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang tergempar parlimen pada bulan ini bagi mendapatkan penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan berhubung skandal berkenaan.

"Kita belum lagi mendapat jawapan bermakna... Perlu ada kebertanggungjawaban dalam isu ini," kata Ambiga dalam satu wawancara dengan Malaysiakinisemalam.

Katanya lagi, jawapan yang diberikan kepada BERSIH 2.0 setakat ini sangat tidak boleh diterima.

Ketua pengarah JPN, Jariah Mohd Said dalam penjelasannya sebelum ini berkata, nama Mismah yang ditemui dalam draf daftar pemilih terbaru itu diberikan taraf penduduk tetap pada 17 Julai, 1982 dan kemudiannya diberikan taraf kerakyatan pada 31 Januari 2011.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dapat menjelaskan bagaimana sistem pengesahan JPN mengkategorikan Mismah sebagai penduduk tetap pada pagi Selasa, tetapi status tersebut ditukar kepada taraf kerakyatan hanya empat jam selepaslaporan Malaysiakinidisiarkan.

Jariah juga tidak menjelaskan dakwaan yang dikemukakan oleh PAS bahawa terdapat sebanyak 1,587 kes seperti itu yang dikesan di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ambiga berkata BERSIH 2.0 turut menerima aduan sama tetapi ia tidak dibuktikan sebelum Malaysiakinimembuat pendedahan berkenaan.

Sumber : Malaysiakini.com

Ulasan :

Penafian JPN bahawa Mismah, individu yang dilaporan oleh Malaysiakini sebagai penduduk tetap pada pagi Selasa, tetapi status tersebut ditukar kepada taraf kerakyatan hanya empat jam selepas dilaporkan dan ia didaftarkan sebagai seorang yang layak mengundi, walaupun selepas itu SPR juga turut menafikannya , tetapi ia tidak berupaya memadamkan keresahan orang ramai berhubung intergreti kedua-dua institusi ini. Malah ia menyerlahkan lagi satu komplot yang disusun dengan rapi dan penuh strategic dan ia juga membayangkan strategi ini didalangi oleh regim Najib untuk mengekalkan kuasa UMNO memerintah.

Amat malang bagi regim Najib, segala tipu-helah beliau rancangkan dengan mudah dicium oleh pakar-pakar IT (individu, golongan, kelompok, NGO-NGO dan parti-parti politik) yang mahu melihat pilihan raya dalam Negara ini dijalankan secara adil dan saksama amat berkesan, memaksa kedua-dua institusi ini berhempas pulas menegakkan benang basahnya.

Adalah tepat apa yang dituntut oleh BERSIH 2.0. Tuntutan 8 perkara oleh BERSIH 2.0 adalah bertujuan mereformasikan system pilihan raya yang sudah lapok dan ketinggalan zaman. Ianya adalah relevan dengan apa yang terjadi kini dan lampau.

Bersihkan Senarai undi

Mereformasikan undi pos

Penggunaan Dakwat Kekal

Masa kempen minima 21 hari

Akses media yang bebas dan adil

Kukuhkan Institusi awam

Hentikan rasuah

Hentikan politik kotor


Biarkan rakyat sendiri menentukannya.

No comments:

Post a Comment