Tuesday, August 2, 2011

NAJIB DAN UMNO PENGKIANAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA INI


Amat malang bagi rakyat dan Negara ini memiliki pemimpin seperti Najib dan parti UMNO
yang memerintah Negara ini sudah menjangkau usia 54 tahun. Memiliki pemimpin seperti Najib

yang tidak mempunyai pandangan jauh ke depan untuk menjaga survival nasib rakyat, bangsa dan Negara. Beliau sanggup memperjudikan nasib rakyat dan Negara demi mengekalkan kuasa memerintah. Beliau rela memberi taraf kewarnegaraan kepada pendatang asing dengan mudah bagi memenangi PRU ke-13 yang mana rakyat sudah menolak beliau dan UMNO.

Menurut Malaysiakini.com Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sebaliknya dua agensi ini berpakat mendaftar warga negara asing sebagai warga Negara ini bagi membolehkan mereka mengundi.

Sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan seorang pemegang status penduduk te

tap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.


Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

Sementara itu, Pemuda PAS mendakwa keadaan sekarang cukup merbahaya apabila seorang penduduk tetap (PR) yang didaftarkan sebagai pengundi baru dengan "sekelip mata" boleh bertukar menjadi warganegara. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya sudah menjangka perubahan itu atau pelayan (server) Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) akan ditutup.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 (petang) maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara.

"Inilah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.

Katanya, tindakan itu memberi maksud bahawa "Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja".Sebelum ini, kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan PR yang memegang kad MyPR merah didaftarkan sebagai pengundi baru, rekod dalam taliannya bertukar kepada warganegara dan memiliki MyKad biru.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Dalam kenyataan petang ini, Suhaizan mendakwa, Pemuda PAS juga telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

"Mereka didaftarkan hampir di setiap negeri. Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali," katanya.Sehubungan itu, dewan itu mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu suruhanjaya diraja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," katanya.

Oleh itu, seluruh rakyat perlu digerakkan, disedarkan dan difahamkan bagi bangkit menentang dan menghalang perbuatan kianat Najib dan UMNO ini dari terus berluasa di seluruh Negara.

Masa depan rakyat dan Negara kini dalam keadaan terancam. Survival rakyat, bangsa dan Negara sedang diperjudikan.

No comments:

Post a Comment