Saturday, August 6, 2011

DR.DZULKEFLY AHMAD : PAKATAN MULAKAN BELANJAWAN ALTERNATIVE


Jawatankuasa kerja Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya bagi membincangkan belanjawan alternatif, sekali gus mendepani pengumuman Belanjawan 2012 pada Oktober.

Anggota jawatankuasanya Dzulkefly Ahmad berkata hasil perbincangannya akan dikeluarkan sebelum kerajaan pusat mengumumkan belanjawannya.

Bagaimanapun, anggota parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia bukan belanjawan bayangan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.

Bercakap dalam sidang media di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini, Dzulkefly berkata, gabungan itu akan menagmbil pendekatan strategik, di mana semua parameter sektor akan diambil kira.

Ulasan :

Pihak Pakatan Rakyat harus berhati-hati dalam merangka dan pembentangan bajet 2012 pada kali ini. UMNO akan menggunakan NGO-NGO dibawah naugannya akan membuat laporan polis bagi menghalang rakyat dari mengetahui arah tuju bajet alternative demi kepentingan rakyat. Pihak polis sudah tentu akan bertindak menghalang perbincangan budget ini selanjutnya menerusi ceramah-ceramah umum, seminar, bengkel dan seumpamanya kerana ia memberi manafaat kepada rakyat bagi membuat perbandingan di antara budget Pakatan dengan bajet, yang mana lebih baik yang menguntungkan sebahagian besar rakyat. Ia akan memberi kesan terhadap bajet yang akan dibentangkan oleh Najib terutam PRU ke-13 semakin dekat.

Perkara ini telah berlaku pada pembentangan bajet alternative pada tahun 2003 dan 2008 yang mana UMNO telah membuat laporan polis dan pihak polis telah bertindak menyiasat bajet ini. Disebabkan masalah tersebut, bajet alternative ini tidak didapat diperbincangkan dan dipanjangkan ke tengah-tengah masyarakat.

No comments:

Post a Comment