Sunday, June 5, 2011

SATU KESALAHAN SERIUS OLEH UMNO: NAJIB SEKARANG MENGHADAPI ‘PAS BARU’ PADA PRU-13

Pemilihan Parti PAS mungkin telah berakhir tetapi aksi baru sahaja bermula!

Keputusannya telah membuatkan UMNO, musuh ketatnya terkejut. Perwakilan PAS telah memilih apa yang disebut pemerhati politik sebagai "barisan gerak-gempur” bagi PRU-13.

Di antara wajah baru menonjol adalah Mat Sabu, Husam Musa dan Mazlan Aliman.

Mat Sabu yang begitu popular dipilih sebagai Timbalan Presiden, menggantikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (ahli parlimen Bachok).

Seorang yang begitu disegani dan lembut tuturkata, Husam Musa dipilih untuk jawatan Naib Presiden.

Dua bekas penyandang kerusi Naib Presiden Salahudin Ayub (Kubang Kerian MP) dan Mahfuz Omar (ahli parlimen Pokok Sena yang juga masyhur dengan Saman ekor) mempertahankan kerusi masing_masing. Salahudin mengumpul jumlah undian tertinggi iaitu 753. Husam memperolehi 660, sementara Mahfuz mendapat 616 undi.

Memandang rendah sensitiviti Melayu

Samada mereka memilih untuk mengakuinya atau tidak, para pemimpin UMNO yang mengikuti pemilihan PAS seharusnya merasa gundah-gulana pada kali ini.

Mereka telah tersalah menafsir jiwa orang Melayu. Mereka cuba untuk mendorong PAS kembali ke kongkongan lama fundamentalisma agama tetapi PAS enggan untuk dimomokkan meskipun dengan asakan keras oleh unit UMNO, seperti Perkasa dan Pembela.

Secara tiba-tiba, ia berganjak - memilih jalan tersendiri. PAS telah memilih arah baru untuk dirinya sendiri. Ianya merupakan jalan yang, jika dipacu dengan penuh komitmen, akhirnya akan memulihkan kembali Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak tidak punya seseorang untuk dipersalahkan melainkan dirinya sendiri. Para penasihatnya yang dibayar mahal walaupun tiada kepakaran membiarkan beliau kecundang dan pastinya akan terukir dalam sejarah sebagai pasukan yang hampir membawa Malaysia ke jurang kegagalan dengan drama yang tidak-sensasi dan muslihat jahat seperti Sodomi II dan video sex Datuk T.

Walau apa pun, pemilihan PAS menunjukkan bahawa tidak mustahil kisah dongeng mejadi penamat cerita. Pada akhirnya, kebaikan bakal menjelma mengatasi kejahatan dan keinsanan sebenarnya akan mewarisi alam.

Wajah baru harapan bagi masyarakat Melayu

Pada hari Sabtu, memimpin perubahan PAS dan dalam masyarakat Melayu, aktivis berpengalaman Mat Sabu terpilih menjadi Timbalan Presiden. Ia mewakili sinar harapan terkini bagi orang Melayu, yang kebanyakan daripada mereka berputus-asa pernah dalam melepaskan diri dari belenggu-jiwa dan politik yang penuh rasuah oleh golongan elit UMNO.

Mat Sabu adalah seorang tokoh besar dalam ceramah atau litar syarahan dimana beliau dikenali dengan pidatonya yang keras dan menyemarakkan semangat . Tetapi itu bukan setakat itu sahaja kekuatannya.

Beliau mempunyai hubungan baik dengan NGO dan telah meniupkan semboyan kepada ahli PAS untuk turun memberikan sokongan penuh kepada Perarakan Bersih yang akan diadakan pada tarikh 9 Julai.

Beliau seiring Ketua Menteri P.Pinang, ahli DAP Lim Guan Eng ketika Guan Eng dipenjarakan di bawah ISA akibat membela gadis bawah umur yang didakwa diperkosa oleh pemimpin UMNO, bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik yang yang juga salah seorang daripada trio video sex Datuk T yang masyhur.

Sebilangan besar anggota PAS amat percaya bahawa Mat Sabu, warga P.Pinang, akan ditugaskan untuk membantu Guan Eng mempertahankan P.Pinang.

Manakala Husam Musa, beliau merupakan ADUN Salor di Kelantan dan juga pembantu peribadi kepada Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat. Beliau dikenali kerana kemahirannya dalam bidang ekonomi dan berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan isu royalti minyak Kelantan.

Royalti minyak Kelantan telah dinafikan sejak PAS mengambil alih pemerintahan pada tahun 1990 dan jumlahnya kini mencecah ke mega-bilion.

Wajah baru yang mengumpulkan jumlah undi tertinggi (804) untuk satu jawatan AJK Pusat ialah Mazlan Aliman. Beliau sinonim dengan ANAK, sebuah organisasi yang menjuarai nasib penduduk FELDA dan berjuang ke atas hak-hak mereka. Kerja-keras dan usaha Mazlan kini diberikan penghargaan sewajarnya.

Dengan memilih Mazlan Aliman, adalah jelas ahli PAS berharap untuk memenangi hati dan pemikiran para penduduk FELDA yang menyumbangkan undi besar kepada BN.

Seorang lagi muka baru ialah Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Dikenali kerana berpandangan sederhana dan berkemahiran menyelesaikan masalah, beliau akan memainkan peranan besar untuk PAS di Selangor dimana UMNO sedang mengintai Selangor dan telah bersumpah untuk merampas semula Selangor pada sebarang kos.

Bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin yang tewas dalam perebutan untuk jawatan Naib Presiden, memaklumkan Malaysia Chronicle bahawa fokus seterusnya adalah PRU-13.

"Jelas, perwakilan inginkan perubahan yang sebenar-benarnya dalam PAS. Mereka ingin kita bekerja bergandingan tangan dengan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya. Ini merupakan sepenuhnya 'Tidak-Tidak' untuk UMNO," kata Nizar, yang memberikan ucapan tahniah kepada para pemenang.

Sebagai seorang calon Naib Presiden buat kali pertama, prospek Nizar adalah pada masa hadapan adalah cerah, walaupun ia mungkin telah kehilangan pusingan ini kepada Husam. Husam, yang telah membuat percubaan untuk ke jawatan timbalan presiden dalam pilihan raya 2009, dipandang sebagai lebih berpengalaman di dalam hal berkaitan politik PAS.

Kedangkalan percaturan Najib

Pada hari Jumaat, Presiden PAS Hadi berikrar untuk bersama Pakatan.Keputusannya ternyata berketepatan dan perlantikan barisan muka baru menunjukkan bahawa parti itu kini bergerak kehadapan bersama imej baru. Ramuan ini, begitu penting untuk perubahan, dilihat untuk pertama kalinya dalam bentuk barisan kepimpinan parti yang baru.

Keputusan pemilihan parti PAS ini merupakan kemenangan bagi Pakatan dan pukulan besar untuk UMNO.

Najib dan golongan elit UMNO kini harus menyedari bahawa mereka harus meninggalkan semua harapan untuk melihat PAS bergabung dengan BN. Pemimpin UMNO hanya dapat menyalahkan diri mereka sendiri kerana malas. Disebalik melakukan reformasi yang menyakitkan, mereka berusaha berpura-bertindak dan bilamana ianya tidak berjaya, mereka mencuba jalan pintas seterusnya - bergabung dengan PAS. Sekali lagi, mereka ditolak.

Bilamana Najib menggerakkan UMNO ke kanan (right), Hadi menggerakkan PAS ke pusat (centre).

Fokus PAS sekarang ialah Negara Kebajikan, daripada Negara Islam. Bukan bererti PAS telah meninggalkan ‘raison d'etre’ tetapi ini adalah cara yang lebih efektif untuk menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia. Dan keperluan untuk menjangkau sememangnya mendesak selepas kegagalan BN untuk mengambil peduli rakyat. Kemuflisan Nasional semakin mengundang, kenaikan inflasi nampaknya tidak dapat dielakkan dan sejumlah besar dilihat akan menderita kesakitan ekonomi yang terburuk.

Najib, yang menghabiskan beratus-ratus juta untuk slogan 1 Malaysia hanya untuk meninggalkan ianya begitu sahaja, seharusnya merasa bodoh sepertimana ‘Three Stooges’. Tetapi samada itu adalah kerana beliau, isterinya Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad atau para penasihatnya, tanggungan adalah ke atas beliau. Ianya merupakan sifat semulajadi tanggung jawab.

Walaupun PAS - sepertimana DAP dan PKR – yang akan bekerjasama dengan BN pada hal-hal yang akan menguntungkan rakyat, PAS telah menyatakan secara jelas bahawa tidak akan bergabung dengan BN.

Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen PAS Parit Buntar yang mana ayahnya adalah salah seorang pengasas awal parti, berpendapat bahawa ini adalah barisan kepimpinan terbaik ke pilihanraya umum.

"Di era Baru Politik, pertama kita harus fokus pada mengurus kebajikan rakyat lebih daripada yang lain yang mana perjuangan ini didasarkan pada Islam," kata ahli parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad kepada Malaysia Chronicle.

Pengiktirafan ke atas Pakatan dan Anwar

Dengan media utama kawalan BN- terus-menerus mengingatkan orang Melayu bahawa hanya UMNO boleh menjaga kepentingan mereka, PAS akan memerlukan seorang jurucakap yang meyakinkan yang boleh meraih keyakinan orang Melayu dan bagi melawan media UMNO.

Dan Mat Sabu memenuhi kelayakan yang sempurna dan mungkin yang merupakan alasan lain mengapa ia terpilih sebagai orang No 2 - untuk meyakinkan orang Melayu bahawa kepentingan mereka akan dijaga sekiranya Pakatan menguasai Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, Mat Sabu terkenal di kalangan golongan tua orang-orang Cina dan India. Ini adalah wajah orang Melayu yang PAS ingin tonjolkan kepada bukan Melayu. Jelas sekali daya tarikan Mat Sabu yang merentasi sempadan perkauman dan agama akan menjadi bonus untuk PAS dan ancaman bagi UMNO.

Untuk PKR dan Pemimpin Pembangkang, pemilihan Mat Sabu adalah juga merupakan satu pengiktirafan besar. Bertentangan dengan laungan tanpa henti oleh media utama dan Najib sendiri, Akar umbi Melayu masih menyokong Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim lebih daripada Najib. Untuk mengelakkan Mat Sabu daripada menang, musuh-musuhnya telah melabelkan beliau sebagai anjing pangkuan Anwar. Namun begitu, Mat Sabu tetap menang.

Melayu ingin perubahan yang sebenar-benarnya

Kedua-dua orang yang ditandingi beliau juga merupakan antara yang terbaik di PAS - Tuan Ibrahim yang sangat popular dan Nasharudin Mat Isa yang energetik. Tetapi ahli mahukan perubahan. Ianya benar-benar mudah.

Dan ini merupakan pelajaran bagi Najib. Hentikan sebarang tipudaya muslihat. Semakin banyak kelentong, semakin ramai orang membenci. Hanya berikhlas dan cuba melakukan kebaikan. Sekiranya itu tidak mencukupi, terimalah ketentuan anda dan berdirilah di sisi bagi orang lain yang dipilih Tuhan untuk menyelesaikan tugas. Tetapi untuk memilih kejahatan sebagaimana ia telah melakukannya, maka tidak hanya rakyat Malaysia tidak mengampuni, Yang Mahakuasa juga ingin penjelasan!

Untuk pertama kalinya dalam sejarah PAS, jawatan utama disamping Presiden itu diisi dengan non-ulama (ulama Islam). Pemilihan bersejarah ini sebagai petanda era baru untuk PAS dan penentu arah baru bagi masyarakat Melayu.

Sememangnya, pendapat pakar mungkin benar - kelihatan masanya telah tiba bagi PAS untuk menggantikan UMNO.

Sumber : Tranungkite.net

No comments:

Post a Comment