Monday, June 27, 2011

SAKAN RM17J DIBELANJA UNTUK LAWATAN – DUIT RAKYAT BUAT MACAM DUIT MAK-BAPAK DIA-PEMIMPIN CELAKA-SEBAB ITU V BERSIH

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.

Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010. Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010. Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.

Sumber : MK

No comments:

Post a Comment