Friday, June 24, 2011

KENAPA DATUK T MENGAKU BERSALAH

Hari ini tiga ekur setan yang mengaku bertanggungjawab dalam tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu mengaku bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah pagi tadi.

Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Rahim Thamby Chik (perogol bersiri dan sudah bankrap politik) ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah (sudah bankrap dalam perniagaan-cari pula Najib dan bapa ayam) serta bekas bendahari PERKASA Shuaib Lazim (muka tidak ubah seperti syaitan). Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34. Bacaan seterusnya di sini
Malaysiakini.com.

Kenyataan
peguam kepada bekas perogol gadis bawah umur, Noryati Binti Mohamad Yusop, lelaki dalam video seks itu adalah “99.99 peratus” adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Tidak menjadi persoalan siapa dalam video tersebut, walaupun 100% adalah Anwar. Yang menjadi persoalan sekarang ialah ke tiga-tiga ekur setan ini telah melanggar undang-undang Negara. Kalau mereka boleh, kenapa orang lain tidak dibenarkan menayang video kucah di khalayak umum. Manakala video lucah tulin Dr. Chua Soi Lek cepat-cepat pihak polis menyerbu,merampas dan menangkap sesiapa yang memiliki salinan video terbabit, malah tidak ada langsung upacara atau majlis penayangan percuma video seks Chua.

Sampai berbulan-bulan barulah setan-setan laknatullah berwajahkan manusia ini didakwa di mahkamah. Peguam Negara berdolak-dalik (dua-tiga kali hantar balik kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan) untuk mendakwa setan-setan ini. Tetapi,apakan daya tidak ada ruang untuk manipulasi mengelaknya mendakwa dan akhirnya setan-setan ini terpaksa juga didakwa di mahkamah.

Video ini mulai ditayang pada umum pada 21 Mac 2011 dan disebarkan secara meluas ke seluruh Negara (pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghalangnya, mungkin menerima arahan daripada kuncu-kuncu Najib), 3 bulan 4 hari baharulah Abdul Ghani Pataail, Peguam Negara mengambil tindakan mendakwa mereka ini di mahkamah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Soalnya kenapa lambat bertindak mendakwa setan-setan 3 ekur ini?

Jawapannya : Pendedahan dan penyebaran video ini adalah salah satu strategi Najib atas nasihat APCO yang khidmatnya dibayar dengan menggunakan duit rakyat untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim. Sekiranya Anwar jatuh melalui penyebaran video seks ini (dan kes liwat II), maka Najib dan regimnya dapat mengekalkan kuasa kerana tiada lagi pencabar utama yang boleh mengerhanakan masa depan politiknya.

Sekiranya strategi ini berjaya, Najib dan regimnya dapat meneruskan pemerintahan tanpa halangan dan ia boleh melakukan apa sahaja kezaliman demi kezaliman ke atas rakyat. Regim Najib akan membelasah rakyat secukup-cukupnya melalui system pemerintahannya yang tidak mementingan kebajikan rakyat. Regim Najib-Rosmah akan menjadikan Malaysia sebagai harta pesaka mak-bapaknya dan rakyat akan terus dijadikan hamba abdi selama-lamanya. Oleh sebab itulah, Najib memerlukan tempoh yang lebih panjang (3 bulan 4 hari) untuk mengubah persepsi pemikiran rakyat terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim melalui pengunaan sepenuhnya kempen media massa di bawah kawalannya supaya Anwar berundur kerana moralnya (moral Najib bagaiamana?).

Sepanjang tempuh 3 bulan 4 hari itu, setan-setan ini dilayan penuh mesra dan istemewa. Kempen-kempen yang dijalankan secara agresif untuk memaksa Anwar berundur tidak tercapai seperti apa yang dihajatkan, malah sokongan terhadap Anwar semakin meningkat terutama dari golongan kaum Cina seperti yang ditunjukkan dalam PRN Serawak ke 10 lalu (kebetulan ia dilancarkan sempena PRN Serawak ke-10). Melihat sokongan terhadap Anwar Ibrahim tidak terjejas, maka Najib terpaksa akur dengan kehendak undang-undang dan 3 ekur setan-setan ini (akhlak dan moral mereka ini lebih teruk dari iblis) pun didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Abdul Ghani Pataail tidak menambah pendakwaan di bawah seksyen Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana menayang bahan lucah kepada awam serta Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan menakut-nakutkan Anwar Ibrahim dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail disamping akta yang terkandung dalam SPRM berhubung pengakuan Rahim yang menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan didakwa cuba menawar sejumlah wang untuk melompat parti. Kenapa setan-setan ini tidak turut didakwa sama di bawah Seksyen-seksyen yang disebutkan itu kerana kejahatan yang mereka lakukan sangat jahat dan kejam. Lebih kejam dari Yahudi.

Satu persoalan lagi kenapa 3 setan-setan ini mengaku bersalah sebaik sahaja kes mereka dibaca. Mudah dibaca strategi yang mereka akan gunakan. Mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mereka bakal menerima hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Jangan lupa, sebelum 3 setan-setan ini di dakwa, mereka telah berjumpa dengan Najib Pandi Kutty dan sebaik sahaja mahkamah selesai membaca kes, mereka pun tanpa banyak soal mengaku bersalah. Bagi menunjuk keadilan, mahkamah menangguhkan keputusan dan mengarah mereka berbincang dengan peguam masing-masing. Tujuan pengakuan bersalah ini dibuat adalah untuk merayu kepada mahkamah supaya meringinkan hukuman terhadap mereka bertiga. Itu sahaja dalih mereka (tentunya dinasihati oleh peguam dan Najib).

Perlu juga diingat di sini pada 10 Jun lalu, Seorang pemandu bas, P. Kanapathy, 38 dihukum penjara maksimum tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan cakera padat video (VCD) lucah kepada seorang penumpang wanita warga Indonesia (tetapi setan-setan 3 ekur ini menayangkan video lucah kepada berpuluh orang terpilih dan berjuta manusia tua-muda di seluruh dunia) di dalam bas yang dipandunya.

Kes ini berlaku pada pukul 8.15 malam, 6 Jun 2011 semasa dalam bas ekspres Melor Interline yang dipandu oleh P. Kanapathy antara Plaza Tol Sungai Besi dan Jalan Bemban, Jasin, Melaka. Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Kanapathy yang merupakan bapa kepada empat anak memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tanggungan keluarga, tetapi mahkamah menolaknya dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius (seorang pun serius, apatah lagi berjuta manusia telah menontonnya).

Rakyat Malaysia pada umumnya hendak melihat bagaimana mahkamah hendak bersilat (bagi memenuhi arahan regim Najib) untuk meringankan hukuman terhadap 3 setan-setan ini. Sekiranya mahkamah akur untuk meringan hukuman ke atas 3 ekur setan-setan ini, maka bermakna mahkamah di Malaysia telah gagal melaksanakan keadilan terhadap rakyat di Negara ini dan sahlah mahkamah di Malaysia adalah mahkamah kanggaro seperti persepsi rakyat selama ini. Hukuman berdasarkan pilih bulu (darjat dan keturunan), kuasa dan wang bukan berdasarkan konsep keadilan. Kita akan tenguk sejauh mana mahkamah ini bertindak untuk menegakkan keadilan. Saya merayu kepada pihak yang pakar dari segi undang-undang memerhati gelagat ini jangan sampai mahkamah meringan hukuman ke atas 3 ekur setan-setan ini. Apa bezanya Kanapathy dengan setan-setan ini. Kesalahan mereka adalah sama dan didakwa pun menggunakan Seksyen yang sama. Yang membezakan mereka hanyalah status dan kedudukan. Yang satu itu hidup susah, tetapi 3 ekur setan ini punya wang yang banyak dan berkuasa pula.

Sekiranya ia berlaku juga, ia bukan satu perkara yang pelik di Malaysia ini. Ianya telah pun berlaku. B
ekas Ketua Polis Negara (KPN), Abd Rahim Noor. Pada 22 April 1999, Rahim Noor telah dituduh di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. Timbalan Pendakwaraya ketika itu, Salehuddin Saidin telah memberitahu mahkamah bahawa kesalahan Rahim Noor sebagai seorang anggota polis tertinggi telah melakukan satu kesalahan yang amat serius dan tidak sepatutnya dipandang ringan. Salehuddin seterusnya berkata, sebagai seorang yang memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan polis,masyarakat umum dan seluruh negara menaruh kepercayaan tinggi kepada Rahim untuk menjamin keselamatan rakyat serta memastikan undang-undang dilaksanakan dengan adil.

Bagaimanapun katanya, Rahim telah menyalahgunaan kuasa melaksanakan undang-undang menurut kehendak hatinya sendiri dan mengambil kesempatan daripada kedudukannya sebagai pegawai tertinggi polis untuk melepaskan nafsu amarahnya terhadap seorang mangsa (Anwar Ibrahim) yang tidak boleh melakukan apa-apa elakan daripada serangan tertuduh. Berikutan itu, Abd Rahim Noor mengaku bersalah mencederakan Anwar di lokap Bukit Aman pada pukul 10.45 malam, 20 September 1998 seperti yang dilakukan oleh 3 ekur setan-setan ini pagi tadi.

Tetapi pada 14 Mac 2000, tuduhan terhadap Rahim dipinda dari Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda kepada Seksyen 323 yang lebih ringan iaitu sekadar membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. Pindaan pertuduhan ini dilakukan apabila peguam Rahim menghantar suatu representasi kepada Peguam Negara (Mokhtar Dogong) supaya mengurangkan pertuduhan dan mahkamah bersetuju untuk mengurangkan pertuduhan itu dengan mengambilkira sumbangan Rahim terhadap negara.

Shaik Daud yang mengetuai panel tiga orang hakim (Datuk Mohd Saari Yusoff dan Datuk K C Vohrah ) di Mahkamah Rayuan merasa hairan kenapa pihak pendakwaraya tidak merayu agar hukuman ke atas Rahim ditambah kerana kesalahan yang dilakukan oleh Rahim adalah serius. Akhirnya, Rahim dihukum dua bulan penjara dan denda RM2,000.00 sahaja. Dan bagaimana pula kes Lim Guan End V Abdul Rahim Tamby Chik yang berakhir Lim Guan Eng dihantar ke penjara dua tahun dan kini kembali penuh bergaya sebagai KM Pulau Pinang dan setan-setan ini mulai merangkak ke alam kubur dan marilah sama-sama berdoa kehadrat Allah saw semoga setan-setan ini dihumban ke dalam penjara seperti yang dialami oleh Kanapathy.

Marilah kita doakan juga semoga Allah swt laknatkan 3 ekur setan ini dari dunia sampailah ke akhirat kerana perbuatan mereka sangat kotor dan jahat mengaibkan seluruh keluarga Anwar. Dalam masa yang sama menyembunyikan keburukan moral dan akhlak Najib sebagai PM Malaysia yang sudah diketahui umum dan mendokong pemerintahan yang penuh dengan korupsi dan menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga, bukan untuk rakyat yang semakin susah hidupnya.

MARI RAMAI-RAMAI TURUN TUNJUK RASA DALAM BERSIH 2.0 PADA 9 JULAI NANTI. UBAH SEKARANG.

1 comment:

  1. indah dan penuh bercirikan muslim yg sbenar..tp ini teguran dr sy tnpa ada fanatik politik..sekiranya kita mengikut pada akal,sesungguhnya akal kita dimiliki oleh Allah,Kerna itu sbgai manusia yg mengucapkan kalimah syahadah,kita di suruh mengikut pada nas..kerna itu telah di gariskan oleh Allah s.w.t,dan nabi Muhammad adalah utusan yg di utuskan,maka sbg sedara muslim,apakah tuan meletakkan sesuatu yg ada pd diri tuan sbg muslim yg sejati??stiap ksilapan ada jalan benarnya..Apakah tuan pernah merasakan artikel tuan sbg sesuatu yg amat baik??sbg blogger yg indah dgn sabda dan mksud serta bacaan kalimah Allah,adalah amat tenang apabila membaca dan mendengar..TAPI amat malang sekali apabila membaca artikel yg tuan isikan didlm blog yg amat tenang ini dgn menyamakan seorg insan muslim dgn sesuatu yg sesungguhnya sbg insan muslim mengaku bahawa syaitan itu adalah laknatullah yg amat di benci oleh muslim.apakah tuan merasakan amat sesuai utk tuan menyamakan insan seagama tuan sebegitu rupa hanya kerna kesilapan mereka??sdgkan Allah menyatakan"seandainya kamu melakukan dosa,bertaubatlah kamu dgn taubat nasuha serta tdk melakukan kesilapan itu lg nescaya aku akan mengampunkan kamu.Kembali lah membaca majalah dan kitab2 berkaitan ciri2 sifat muslim sejati agar tuan tidak mudah membuat dosa2 yg sia2,serta mencari keberkatan Allah dlm mendapatkan kerdhaan Allah.Jgnlah terlalu taksub dan fanatik dgn politik dunia,ttp carilah laluan utk ke alam mashyar..

    ReplyDelete