Sunday, June 5, 2011

HANIPA MAIDIN: SYAITAN PUN RESPECT PADA UMNO LAKNATULLAH NI

Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.

AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul "Mengutuk Fitnah Menggunakan Video" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba "solehkan, hiaskan video dengan sumpah", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.

Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, "Takkanlah tak betul?"

"Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka." Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.

Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk "Ulama Tersingkir" di muka surat depan. Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, "Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!"

Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina. "Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain? Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk."

Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu "liwat" kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia.

Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi:

  • Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.
  • Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.
  • Menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

  • Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.
  • Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

Sumber : MerdekaReview

No comments:

Post a Comment