Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan Muhyiddin Yassin, TPM dan Timbalan Presiden UMNO merupakan seorang pemimpin yang ‘bodoh’ dan sombong dan angkuh pula tu. Kata Lim, Muhyiddin tidak berwibawa langsung, tidak ada standard dan tidak ada class kerana mempertikaikan langkah DAP memberi kepercayaan orang Melayu untuk bertanding dalam pilihan raya atas tiket DAP yang katanya DAP parti cauvinis.
Dengan kebodohannya itu bersama-sama dengan menteri kaki samseng Zahid Hamidi mengingatkan orang Melayu menjauhi DAP supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.Tindakan DAP itu kata Muhyiddin dan Zahid hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.
Komen Muhyiddin memberi gambaran bahawa Menteri Pelajaran itu bodoh, malah buta sejarah. Sebenarnya DAP pernah meletakkan calon Melayu sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969. DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang. DAP bukan parti perkauman seperti UMNO haprak, MCA dan MIC. UMNO, parti haram jadah ini melalui gagasan Ketuanan Melayu serta penggunaan media arus perdana, Utuseks setan menakut-nakutkan rakyat dengan memainkan isu agama dan kaum. Rakyat boleh dinilai siapa yang “cauvinis” dalam erti kata sebenarnya. DAP serupa dengan parti Gerakan dan PKR merupakan parti pelbagai kaum. PAS juga merupakan parti tidak berasaskan kaum, asalkan ianya seorang Islam.
Dalam pada itu, TPM yang bodoh lagi bangang ini perlu ingat balik sejarah (jangan mudah lupa) pengorbanan anak Lim Kit Siang, yang kini KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sejak 25 Ogos 1998, Lim Guan Eng menjalani hukuman penjara selama 18 bulan (dikurangkan menjadi 12 bulan) kerana memperjuangkan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh bapa setan haram jadah babi celaka laknatullah Abdul Rahim Tamby Chik yang dibebaskan dari segala tuduhan rasuah dan rogol budak bawah umur bernama. Noryati bt Mohamad Yusop, cucu kepada seorang nenek bernama Pendek bt Ahmad.
Noryati kemudian (dengan kuasa dan duit yang banyak) memusingkan cerita sebenar telah membuat satu kenyataan pada 2 November 1999 menafikan keterangan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit Abdul Rahim Tamby Chik celaka laknatullah ini pada tahun 1994. Lim Guan Eng hilang semuanya, tetapi dengan takdir Allah swt, manusia yang dizalimi oleh bab-babi dan setan-setan dalam UMNO dan barua-baruanya mengangkat darjatnya sebagai KM menjadi orang pertama dalam sejarah DAP menjadi ketua kerajaan dalam sebuah negeri dalam Malaysia, Pulau Pinang. Orang yang menzaliminya ditimpa kehinaan dan pudar dalam politik arus perdana.
Menteri Pelajaran yang buta sejarah, bodoh dan banggang tidak tahu sejarah sebenar DAP lalu membuat kenyataan-kenyataan seperti berikut :
Muhyddin: DAP tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum ini
Jelas Muhyiddin menganggap rakyat, khususnya orang Melayu buta sejarah dan akan percaya bulat-bulat fitnah itu, kerana DAP sejak penubuhannya pada 1966 bukan sahaja telah meletakkan calon-calon Melayu dan kaum-kaum lain tetapi juga para perwakilan telah banyak kali memilih pemimpin Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Pusat parti.
Sebagai contoh, Haji Ibrahim Singgeh pernah menjadi wakil rakyat DAP bagi kawasan DUN Tapah Road (sekarang Air Kuning) di Perak pada pilihan raya 1969. Allahyarham juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP. Calon wanita Melayu DAP Zaharah Ibrahim juga pernah bertanding melawan Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi bagi Dun Kenering walau pun tewas.
Antara nama-nama besar pemimpin Melayu DAP adalah Mohd Nor Jettey sebagai antara mereka yang terawal bersama parti, Daing Ibrahim Othman, Salleh Nakhoda, Fadzlan Yahya, Mohd Asri Othman, Ahmad Nor, Ahmad Ton, Tunku Abdul Aziz dan ramai lagi.
Muhyiddin: DAP tak pernah memperjuangkan (hak) Melayu, malah hanya mempertikaikan (dasar membantu orang Melayu)
Tanpa perlu menghurai panjang tuduhan-tuduhan seperti itu yang dimulakan sejak 1966 lagi, pendirian DAP ialah memperjuangkan hak semua kaum termasuk Melayu dan DAP hanya mempertikaikan dasar-dasar yang membantu pemimpin dan kroni-kroni UMNO. DAP tidak rela melihat Melayu (dan kaum-kaum lain) diperdaya oleh para pemimpin mereka yang sendiri yang meniupkan semboyan kaum tetapi membolot hak dan kekayaan untuk diri dan keluarga mereka sahaja.
Secebis kenangan, Lim Guan Eng terpaksa merengkok di penjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu yang didakwa dianiaya oleh seorang pemimpin UMNO. Adakah itu caranya UMNO memperjuangkan Melayu atau apa ertinya pengorbanan Guan Eng yang memilih landasan politik keadilan untuk semua kaum?
Muhyiddin: DAP adalah sebuah parti perkauman berbanding parti-parti lain, “ada rekod dan sejarahnya, memang begitulah”
DAP tidak memperjuangkan ketuanan kaum, DAP tidak berat sebelah pada mana-mana kaum dan DAP tidak mendiskriminasikan mana-mana kaum atau individu berasaskan warna kulit atau kepercayaan agama. Semuanya jelas dalam Perlembagaan DAP yang menjadi amalan politik setiap anggota parti.
Dalam soal “sejarah”, penguasaan UMNO dan BN menyebabkan “sejarah” di negara ini ditulis mengikut kehendak kerajaan pusat, dan tiada ruang media bebas dibuka untuk perbincangan serius yang berasaskan fakta dan maklumat benar. Jika DAP adalah “parti perkauman”, bagaimana status dan amalan UMNO, MCA dan MIC yang jelas hanya mementingkan satu kaum sahaja, malah mengharamkan penyertaan ahli dari kaum-kaum lain.
Muhyiddin: “…sejarah telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan nasib semua kaum berbanding Barisan Nasional yang telah lama memperjuangkannya
Setiap rakyat prihatin ingin tahu di mana bukti-bukti sejarah dari semua pihak dan semua peringkat untuk membuktikan dakwaan yang dibuat secara sembarangan itu. Jika “sejarah” ditulis mengikut propaganda sendiri untuk memburukkan orang lain, maka itu tidak layak dijadikan bahan bukti.
Dengan adanya negeri-negeri Pakatan sekarang, rakyat boleh menilai sendiri prestasi amalan cekap, telus dan akauntabel DAP bersama PAS dan PKR dalam pentadbiran bersih di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang menjaga kebajikan semua kaum.
Rakyat mampu menilai sama ada pentadbiran dan penjagaan kebajikan rakyat di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang itu adalah lebih baik, atau lebih buruk atau setara dengan Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang berada di bawah pemerintahan BN.
Walaupun apa orang katapun,saya memang menganggap DAP parti rasis dan melayu yg masuk DAP adalah melayu bodoh atau murtad
ReplyDeletepemimpin DAP vs keadilan bodoh macam kerbau pendek
ReplyDelete