Sunday, May 22, 2011

NAKHAIE AHMAD : PERSOAL KESETIAAN BUKAN MUSLIM, MAHU HAK DIKAJI SEMULA

Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam.

“Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil.

“Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam.

Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak sosial mesti dibuang negara.

Justeru beliau meminta kerajaan mengambil pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini.

"Jika mereka melanggar perjanjian kita, maka mereka adalah musuh kita dan mesti dibuang dari negara ini," katanya.

"Kita tidak harus kompromi dengan mereka. Kita mesti tegas dengan mereka apabila menyentuh kontrak sosial yang dipersetujui," katanya lagi.

Malah kata beliau, adalah penting jawatan tinggi kerajaan tidak diberikan kepada bukan Muslim demi kepentingan negara.

“Kita tidak boleh beri jawatan penting kerajaan kepada bukan Muslim memandangkan bukan Islam tidak boleh menjadi menteri di negara Islam. Ketua tentera juga tidak boleh diberikan kepada bukan Muslim.

"Tanpa memikirkan mengenai masa depan negara kita, kita memberikan mereka semua," katanya sambil menambah tindakan memberikan hak sivil mesti diseimbangkan dengan amalan Islam agar faham keadilan dalam Islam dan sistem Islam.

Dalam pada itu, timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Zamri Hashim pula berkata Muslim sewajarnya melihat menjangkaui afiliasi politik demi matlamat perjuangan yang lebih besar.

“Kita mesti melihat di luar (ruang) politik. Agenda Melayu sangat penting untuk (kita) tidak boleh tidak ambil peduli dan majoriti Melayu adalah Muslim. Bukan lagi tentang PAS dan Umno,” kata timbalan mufti Perak ini.

Timbalan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali juga menekankan bahawa Malaysia tidak harus menjadi negara sekular.

“Ini kerana ramai ahli politik bukan Muslim mahu mengisytiharkan negara ini sebagai negara sekular, maka kerajaan tidak perlu membiayai program agama.

“Mereka bimbang bahawa jika kita terima Malaysia sebagai negara Islam maka ada banyak implikasi, bermakna hanya Muslim yang ada hak untuk menerajui negara ini,” katanya.

Mohd Rumaizuddin menambah orang Melayu diinjak-injak manakala bukan Muslim pula mengambil kesempatan ke atas mereka.

“Disebabkan politik, kita masih belum bebas selepas lebih 50 tahun negara merdeka,” katanya.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim Othman menambah perlembagaan negara mesti digantikan kerana ia digunal oleh penjajah British.

Sumber : Di SINI

KOMEN :

Seorang lagi mangkok hanyun UMNO Nakhaie Ahmad yang kena buang dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengesa kerajaan menilai semula kesetiaan bukan Islam (bukan Melayu- maksudnya kaum Cina dan India) di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam dan jika mereka didapati melanggar kontrak sosial (yang telah dipersetujui ketika hendak merdeka dulu) mesti dibuang Negara.

Yang menariknya beliau menyalahkan kerajaan iaitu UMNOlah yang terlalu bermurah hati member hak-hak sivil yang membolehkan mereka mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya.

Sayangnya, golongan UMNO kini baru sedar dari ulit mimpi yang indah. Sebenarnya masalah ini sudah lama disedari oleh ramai pejuang-pejuang bangsa terdahulu seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Pak Sako, Ahmad Bustamam, malah Dato’ Onn sendiri (bukan semacam kebanyakan golongan UMNO haprak yang berjuang untuk perut sendiri) memandang ke jauh depan survival agama dan bangsa. Ternyata apa yang dibimbingi mereka itu sudah menjelma di hadapan mata sekarang.

Persoalannya kenapa sekarang baru hendak bangkitkan soal ketaatan dan kesetiaan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina terhadap Negara ini yang berkaitan dengan agama, bangsa dan sebagainya.

Jawapannya hanya satu bahawa kaum bukan Melayu mulai menolak kepimpinan UMNO dikelilingi amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang menjijikkan untuk mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaang untuk diri sendiri bukan untuk rakyat. Kepimpinan UMNO mengamalkan politik haiwan yang tidak bertamadun.

Keadaan politik UMNO kini sudah sampai ke penghujung hayat kerana kelalaian dan kegelojohan berpolitik tanpa roh yang berraja di mata dan bersultan di hati. Terimalah akibatnya dari hasil kerja-kerja durjananya selama ini.

Bala Allah swt pasti sampai kepada orang-orang atau parti UMNO yang lupakan Allah dan RasulNya.

UMNO tidak boleh diselamatkan.

No comments:

Post a Comment