Sunday, May 8, 2011

ASPAN ALIAS : SUDAHLAH BERBALAH DI ANTARA KAUM - SEKARANG NAK BERBALAH DI ANTARA AGAMA PULA.

Berbagai usaha dilakukan oleh setengah pihak untuk menyatukan orang Melayu, malahan telah ada usaha untuk menyatukan Melayu dengan berpremiskan kepada agama Islam yang menjadi anutan 99 peratus dari orang Melayu. Tidak ada sesiapa yang menentang usaha menyatukan bangsa Melayu yang kini berpecah dan berpuak. Mana orang Melayu yang menentang perpaduan Melayu itu adalah mereka yang tidak berguna kepada bangsanya.

Perpaduan itu hendaknya wajar bermotifkan untuk bersatu bagi mengkayakan budaya kita, adat resam kita serta bidang-bidang penting yang lain seperti di dalam bidang ekonomi dan tidak terkecuali juga bidang politik. Jika kita gunakan isu perpaduan itu untuk menjadi medium untuk menambah rasa hormat pihak lain, itu adalah usaha yang murni.


Tetapi jika kita mengusahakan jalan perpaduan itu dengan menyakiti pihak lain ianya akan menjadi isu yang akan membunuh tujuan asal kita untuk berpadu itu. Pihak yang sedang menghangatkan isu kristian hendak menjadikan agama itu sebagai agama rasmi yang sedang diperkatakan dengan hebat oleh masyarakat sekarang ini mengundang masalah, bukan kepada pihak lain tetapi kepada pihak kita sendiri.


Entah siapa punya ‘splendid idea’ yang menzahirkan isu ini tidak siapa yang tahu, tetapi ianya di paparkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia. Semua orang tahu tujuan untuk menyiarkan ialah untuk menakutkan orang Melayu Islam dengan membuat tuduhan yang agama kristian akan menjadi agama rasmi negara jika orang Melayu tidak berpadu dan tentulah dikaitkan parti-parti politik lain untuk di jadikan kambing hitamnya, dan parti itu tentulah DAP.


DAP dijadikan sebagai kambing hitam adalah kerana parti itu sedang mendapat sambutan di kalangan bangsa Cina dan juga sebahagian kecil orang Melayu yang sudah celik dan mampu untuk berfikir. Untuk mengelakan orang Melayu terpikat dengan parti ini melalui gabungan PR maka isu kristian akan jadi agama rasmi negara ini di rasakan sebagai isu yang paling baik untuk digembar gemburkan.


Bagi saya ini adalah pemalsuan fakta dan tidak payah diulas dengan panjang lebar. Isu ini adalah ‘desperate political move’ dan ini merbahayakan negara. Orang Islam ada hak untuk mempertahankan agama Islam itu sebagai agama rasmi negara, tetapi untuk menuduh orang kristian berhasrat untuk menjadikan agama mereka sebagai agama rasmi negara adalah satu ‘tahyulan’ yang sangat gila dan tidak masuk akal.


Akhirnya perpaduan di antara kaum dan agama akan gagal untuk dicipta, perpaduan di antara sesama orang Melayu dan Islam pun akan gagal kerana mereka tahu yang cerita ini adalah cerita ciptaan pihak yang ingin memecah belahkan rakyat kerana sudah beransur kehilangan sokongan.


Bagi saya unsur yang membawa cerita dongeng merbahaya ini mesti kita abaikan kerana kita sedang mempunyai masalah yang sedia ada. Jangan pula ada pihak yang lain yang membelahkan kita lagi.


Tidak ada siapa yang cuba untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara. Isu ini hanya di ada-adakan untuk mengawal perasaan takut yang sedang di alami oleh satu pihak. Mereka takut tersungkur di depan mata rakyat.


Orang Islam dan kristian sekarang ini bukannya gulungan yang bodoh lagi. Mereka tahu maksud dan tujuan pihak yang menghangatkan isu ini.


It’s all politically motivated. That’s it.

Sumber : DISINI

KOMEN:

Kenapa Utusan Setan membuat tuduhan liar terhadap DAP dan disambut oleh pencacai-pencacai UMNO seperti PERKASA dan lain-lainnya. Utusan Setan mendakwa pemimpin Kristian sedang berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi Negara.

Laporan yang diperbesar-besarkan itu langsung tiada logic, tidak masuk akal dan tidak berasas. Utusan Setan pun tahu kedudukan perlembagaan dan status Raja-raja Melayu yang menjaga dan memelihara kesucian Islam. Tetapi dia teruskan juga agenda jahatnya itu. Sebab apa?

Sebabnya ialah ia bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu-Islam (ugut dan ancam itu) jangan menyokong Pakatan Rakyat, sebaliknya member undi kepada UMNO. Sokong Pakatan bermakna DAP akan lebih power kerana ia disokong oleh majority kaum Cina di Malaysia, MCA dan Gerakan dan lain-lain parti Cina akan ka

Dalam PRU ke-13 nanti, UMNO bergantung harap kepada undi Melayu luar bandar, kampung-kampung tradisi Melayu dan felda yang masih berada dalam kegelapan (buta makumat kerana mereka disogok dengan dakyah dan propaganda UMNO 24 jam-jadi otak jadi beku) untuk terus berkuasa. Melayu bandar, kaum muda dan yang berpendidikan dan kaum Cina pasti menolak UMNO/BN kerana politik yang dimainkan oleh UMNO politik tidak bertamadun.Politik lucah dan politik fitnah.

Selepas ini dan tambah-tambah lagi hampir dengan PRU, lebih banyak isu-isu berkaitan dengan agama dan kaum akan dimainkan oleh media-media setan milik UMNO ini. Ini saja isu yang ada untuk UMNO meraih undi khususnya undi orang Melayu disamping ia dibantu oleh polis, SPR dan lain-lain jentera kerajaan.

Walau pun begitu, hayat UMNO semakin hampir menemui ajalnya.

No comments:

Post a Comment