Dalam sejarah moden abad ke-21 ini, semua parti yang seangkatan dengan UMNO telah menemui ajal masing-masing, tidak kira sekuat mana pun kuasa yang dimiliki ketika mereka berkuasa. Golkar di bawah Suharto di Indonesia menyembah bumi dan hilang kuasa, Parti Nasionalis Filipina pimpinan Marcos turut ditumbang, Parti Baath dipimpin Sadaam Hussein di Iraq juga dimusnahkan, Liberal Demokratik Party (LDP) yang memerintah Jepun berdekad lamanya juga mengalami nasib yang sama dan begitu juga kuasa monarki yang dimiliki oleh Shah Iran di Iran turut dimusnah dan dihancurkan oleh Allah swt. Kini, pergolakan yang berlaku di Timur Tengah berjaya menumbangkan Parti Demokratik Nasional yang dipimpin oleh Husni Mubarak di Mesir dan parti yang dikuasai Zine El Abidin Ben Ali di Tunissia turut dimusnahkan oleh Allah swt.
Untuk masa terdekat ini kita akan perhatikan penuh minat perkembangan yang akan berlaku terhadap kepimpinan Muammar Ghadafi di Libya, Baharin dan lain-lain di Negara di Timur Tengah yang rakyatnya mulai sedar dan bangkit menentang kezaliman dan kerakusan pemimpin yang berkuasa. Semuanya mahukan perubahan dan mahukan proses penghijauan semula dalam struktur pentadbiran Negara masing-masing yang sekian lama tertindas dalam berbagai sector kehidupan yang mereka lalui.
Yang tinggal kini, hanyalah UMNO yang meneruskan sikap zalim dan penindasan terhadap rakyat yang tidak menyokongnya. UMNO mempergiatkan usaha membawa ‘budaya babi’ pula ke tengah masyarakat, setelah UMNO berjaya membudayakan masyarakat dengan budaya pembohong dan penipu, budaya membazirnya, budaya putar alamnya, budaya rasuahnya, budaya komisyennya, budaya samsengnya, budaya memperlembupawahkan rakyatnya, budaya lempar batu sembunyi tangannya, budaya tidak menghargai jasa orang lain, budaya penafiannya dengan budaya menyalahkan orang lain, budaya menyalahgunaan kuasa dan amanah untuk kepentingan diri, membudayakan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO, membudayakan duit kerajaan duit UMNO, serta membudayakan dan memperalatkan pemilikkan seluruh institusi kerajaan kepada hak UMNO telah diterima pakai oleh sebahagian besar rakyat dalam Negara ini terutama Melayu yang masih pemikirannya dijajah dan berfikiran Jahilliah tanpa ada sebarang bantahan dan bangkangan, malah diterima baik oleh system bernegara di Malaysia.
Sekiranya ‘budaya babi’ ini yang cuba diperkenalkan oleh UMNO dalam kempen-kempen pilihan raya kecil mutakhir ini dan berjaya pula dikembangsuburkan dalam kehidupan bermasyakat, maka lengkaplah satu pusingan kezaliman dan penindasan UMNO terhadap rakyat dan Negara ini. Maka, dengan izin dari Allah swt riwayat UMNO dapat ditamatkan. Untuk ke arah itu, kita mengharapkan sangat UMNO bersungguh-sungguh menglaksanakan budaya songsang itu kedalam system pentadbiran dalam Negara ini.
Budaya babi yang dibawa oleh UMNO sangat merbahaya kepada kehidupan rakyat dalam Negara ini kerana sifat babi ialah suka menyondol (takrif menyondol saya tidak akan jelaskan, saya harap pembaca faham-fahamlah sendiri) , makan berbagai jenis makanan (tidak seperti hidupan lain) sebab itulah Allah mengharamkan memakan daging babi sehingga tidak boleh menyentuh babi kerana ia bernajis besar.Begitu juga dengan UMNO. Ia akan melakukan apa sahaja yang ada di alam ini tanpa mengambilkira hukum-hakam beragama, undang-undang (dia mengusasai institusi kerajaan), adat dan budaya dan membelakangkan moral serta akhlak, asalknya ia kekal berkuasa.
Cuba kita tenguk dan perhatikan budaya babi ini dipraktikan oleh UMNO dalam kempen PRK Merlimau dan Kerdau. Rasuah politik bermaharalela tanpa kawalan kerana seluruh institusi penguatkuasa di bawah kangkangnya. Tindakan penyokong kebanyakkannya terdiri daripada pemuda-pemudi yang tidak ditarbiyah dengan pendidikan yang sempurna dan para pemimpin macam kaki samseng tidak berakhlak dan bermoral rendah, gaya ala penjenayah, penyamun dan perompak serta tidak mahu dan bertindak ganas terhadap pandangan kedua. Semua budaya babi yang dipraktikkan olehnya disalahkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, seolah-olah seluruh penyokong dan para pemimpin UMNO itu adalah Nabi dan malaikat tidak melakukan sebarang kesalahan, dosa-pahala.
Semua budaya yang saya sebutkan di atas tidak boleh disembunyikan oleh UMNO untuk selama-lamanya dengan menyalah pihak lain. Pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak akan lama kekal mengenggam kuasa dan menongkat dunia. Genarasi belia yang samseng dan tidak berpelajaran ini akan musnah dalam keadaan dua keadaan. Pertama, mereka akan masuk ke alam realiti kehidupan manusia sebenar (bukan alam kehidupan binatang) yang akan berkeadaan musafir, merana dan mampus ditelan bumi. Kedua, generasi baru yang lebih berpendidikaan, berakhlak, bermoral akan mengambilalih tempat mereka dan akan muncul InsyaAllah satu masyarakat yang lebih bertamadun (masyarakat sekarang berada di antara zaman jakun dengan zaman sedikit celik huruf) yang menghargai jasa dan sumbangan orang lain.
Perkara ini pasti berubah. Perubahan akan tetap berlaku. Ia adalah sunnahtul. Saya pernah berbual-bual dengan seorang pensyarah university. Beliau menyatakan kebanyakan pelajar-pelajar sekarang lebih bermaklumat, lebih bijak dan lebih progresif berkehendakkan satu system kehidupan dan system tadbir-urus Negara yang bersih, bertangungjawab dan amanah, tidak seperti system bangkrap yang diamalkan oleh UMNO sekarang. Dalilnya ialah pilihan raya kampus yang diada-adakan baru-baru ini menunjukkan kebangkitan generasi yang saya sebutkan itu menentang golongan yang didalangi oleh UMNO untuk menegakkan kemungkaran dan kemunafikan. Golongan ini berjaya dalam menyampaikan mesej, walaupun menerima tentangan hebat dari golongan membudayakan budaya babi di IPTA seluruh Negara. Perlu ingat, sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi memerhatikan keadaan ini. Pergelutan di antara dua golongan. Satu golongan berjuang untuk menghapuskan budaya babi dan budaya-budaya songsang lain dan satu golongan lagi berjuang untuk mempertahan budaya babi yang boleh merosakkan rakyat dan negera.
Saya percaya dan yakin dengan intisari ucapan Presiden PAS dalam ceramah memperkenalkan calon PAS di Merlimau. Beliau berkata: “Bila umur panjang (maksudnya UMNO), ia nyanyuk, akan jatuh."
Sambung beliau lagi : "Laut ada pasang surut, kalau tidak, pasir tidak bersih. BN (baca: UMNO) perlu ingat, tak ada kerajaan yang selama-lamanya. Libya, Tunisia dan Egypt adalah seruan Allah yang minta bangsanya berubah. Malam pun jadi siang. Jika bangsanya tidak berubah, alam sekitarnya akan berubah."
Haji Hadi telah berjaya menyuntik Revolusi Jasmin ke dalam jiwa masyakat khususnya golongan muda yang lebih berpendidikan berbanding masa lampau yang muda-mudinya tertutup minda kerana system pendidikan kita itu mundur berbanding sekarang. Revolusi Jasmin inilah yang membawa kejatuhan dictator Zine El Abidin Ben Ali di Tunissia. Malah, Hadi Awang memetik penyair terkenal di Tunisia pada awal kurun ke-20, Abou-Al-kacem El-chebbi dengan puisinya, To the Tyrants of the World. Mereka yang menanam duri akan ditusuk durinya.
Tidak sesiapa pun yang menjangka yang PAS akan memenangi kerusi DUN Merlimau dan DUN Kerdau. Hanya orang bodoh dan buta mata hati sahaja beria-ia menyebut PAS dan Pakatan Rakyat kalah dan sudah tidak diterima rakyat lagi dan hanya orang-orang gila, berfikiran lembu pawah dan berfikiran jahilliah sahaja yang boleh menerima cacian, hinaan dan memiliki otak udang yang tidak mampu berfikir sahaja sanggup mengiakan apa sahaja laporan media-media milik UMNO, tetapi pada realitinya PAS dan Pakatan Rakyat memenangi kedau-dua pilihan raya kecil itu.
Kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat bukan diukur dari segi bilangan undi yang diperolehi, tetapi diukur dari dua sedut. Pertama dari dari sudut kejayaan PAS dan Pakatan menelanjangkan para pemimpin UMNO dan penyokongnya dihadapan jutaan rakyat dan dunia bahawa dalam UMNO terdiri ramai manusia yang berperangai binatang. Di dalamnya terdiri daripada anjing, babi, iblis, syaitan dan dajal, apatah lagi penyangak, perompak dan pencuri memenuhinya kerana UMNO parti yang boleh memberi kebahagian dunia.
Kedua, ia memberi advantage dan persiapan PRU ke-13 kepada Pakatan menilai baik-buruknya perjalanan system pilihan raya yang diamalkan di Malaysia dan mencari jalan penyelesaikannya melalui kaedah di peringkat dalaman dan ke peringkat antarabangsa. Disamping itu, Pakatan khususnya PAS dapat mencari, menganalisis dan memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul hasil pilihan raya kecil bermula di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Adalah perlu diingatkan bermula pilihan raya kecil Bagan Pinang, UMNO telah mengubah strategi kempennya. Ia mula memasukkan unsur baru dalam strategi kempennya, UMNO mempopularkan ‘budaya babi’ iaitu lebih menumpukan kempen berbentuk pesta-pestaan, nyanyian, tarian dan jamuan besar-besaran bukan lagi berkempen berhujah membina minda rakyat untuk memilih pemimpin yang baik. UMNO melakukan berbagai ugutan, ancaman, kegiatan samseng seperti memukul, membuang bendera parti lawan, membakar, menganggu ceramah dan berbagai lagi perbuatan kianat dengan tujuan menakut-nakutkan dan membodohkan pengundi supaya pengundi terus memilih UMNO kerana pengundi dibutakan dengan maklumat ke dua mendedahkan tembelang UMNO sebenar.
Mereka bersorak sakan meraikan kemenangan, tetapi mereka terlupa kemenangan mereka bukan kemenangan hakiki. Suharto bersorak sakan merai kemenangan pada Mac 1998. Dua bulan kemudian, bulan Mei 1998, Suharto jatuh tersungkur menyembah bumi dan berbagai penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, penipuan dan kejayaan Suharto mengumpul kekayaan dalam tempoh 32 tahun berkuasa didedahkan. Begitu juga yang terjadi terhadap Ferdinant Marcos. Marcos mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya selepas musuh utamanya Benigno Aquino dibunuh oleh tentera upahnya pada Januari 1986. Dua bulan kemudian, tercetus revolusi EDSA (Kuasa Rakyat), pada 25 Februari 1986 Marcos dan keluarganya diusir keluar dari Filipina sehingga sekarang bumi Filipina tidak menerimanya dan segala penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasanya mengumpul kekayaan terbongkar dan didedahkan.
Jadi UMNO jangan berbangga sangat. Jangan terlalu ego dan sombong sangat dengan kuasa yang ada. Kuasa ditangan tidak akan kekal selama-lamanya. Apa kurangnya para pemimpin UMNO jika dibandingkan dengan Suharto dan Marcos. Kita akan tunggu dan melihat kejatuhan UMNO, walaupun terpaksa menunggu 1,000 tahun lagi.
Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah swt memakbulkan doa kita supaya UMNO dengan kehendak Allah swt menuruti jejak para sahabatnya yang zalim terhadap rakyat dihapuskan secara paling hina. Amin Ya Rabullalamin.
“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”
SELAGI ADA PENYOKONG YANG SOKONG MENGKHINZIRBUTA PARTI SEKUTU APCO TERIMALAH AKIBAT KEROSAKAN ,KEPUNAHAN DAN LINGKUPNYA SEGALA INSTITUSI KERUKUNAN,KETELUSAN DAN KEIKHLASAN.
ReplyDeleteHANYA DEMI PANGKAT,KUASA DAN TEMBOLOK PARA PEMIMPIN DAN KRONI .
MASA SUNTUK UNTUK TUKAR DARI PARTI ARUS JAHILIAH KEPADA KELUHURAN ISLAM ,ALLAHU AKHBAR !