Thursday, March 31, 2011

PERANGAI PEMIMPIN BN SARAWAK MACAM PENJAJAH – ANWAR

Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak ada maknanya jika pemerintah negeri berperangai seperti penjajah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah maknanya kemerdekaan jika kita membiarkan mereka yang tamak dan rakus berterusan menjarah harta di negeri ini?

“Seolah-olah tidak cukup segala balak, tanah dan minyak yang diambil. Sudahlah, cukuplah,” katanya pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

“Inilah yang peliknya. Sedangkan, negeri ini ditadbir orang Sarawak sendiri,” kata Anwar pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

Program itu dihadiri ratusan penduduk kebanyakannya terdiri daripada


Mana jambatan kami? Dah janji berbelas-belas tahun!!

nelayan dan petani dari suku kaum Bidayuh yang mengakui kerap tertipu dengan janji manis pimpinan Barisan Nasional (BN).

Sekalipun ditadbir anak negeri sendiri, Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan selagi maruah dan harga diri rakyat negeri ini diinjak-injak kelompok atasan yang tamak haloba.

“Negeri ini sudah rosak. Apakah kita akan terus diam dan sokong? Sekarang adalah waktunya kepada anak-anak muda untuk berani menyatakan pendirian demi mempertahan hak,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, program Sayang Sarawak yang heboh ditayang TV3, sebuah media kawalan BN hanya bersifat sementara dan tidak mengutamakan kebajikan rakyat tempatan.

“Mereka sebenarnya bukannya sayang sangat kepada rakyat Sarawak tapi kepada Taib Mahmud, George Chan dan Alfred Jabu.

“Habis pilihan raya ini, habislah program Sayang Sarawak. Habislah orang Sarawak, tak kiralah suku Iban, orang Ulu, Dayak, Melanau atau Melayu.

“Semua tinggal janji,” kata Anwar yang turut kesal kerana kerajaan Sarawak mengabai janji untuk membina jambatan di kampung berkenaan sejak berbelas-belas tahun lalu.

Sumber : Keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment