Thursday, March 10, 2011

MAHATHIR : APA LAGI SELEPAS INI

Bekas Perdana Menteri ke-4, Dr.Mahathir Mohamad pada hari Isnin 7 Mac lalu telah melancarkan memoirnya bertajuk ‘ A Doctor In The Hosuse’ . Pelancaran buku tersebut bertujuan mempertahankan dirinya dari persepsi rakyat bahawa tindakan beliau menyingkir, menghina, memalu dan menghukum Anwar Ibrahim adalah tepat dan betul demi menyelamatkan agama, rakyat dan Negara ini dari kekuasaan Anwar Ibrahim.


Sebelum itu, khususnya setelah mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Jilid 1 pada tahun 2004, persepsi rakyat pada umumnya terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim ialah beliau dizalimi oleh Mahathir kerana kuasa, kedudukan dan kekayaan. Ini dapat dibuktikan dalam
‘isu mata lebam’ yang mana Mahathir telah menjelaskan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar Negara bahawa Anwar yang mencederakan dirinya sendiri bagi meraih simpati rakyat. Kenyataan Mahathir ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana sifat Mahathir keturunan India migrant adalah suka memutar-belitkan isu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini sehingga terbukti bahawa yang melakukannya ialah Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negera ketika itu.


Di penghujung hayatnya ini, sebelum malaikat maut meragut nyawanya, Mahathir akan muncul dengan berbagai hujah ‘dalih’ berbentuk tulisan dan akan dibuatkan dalam bentuk buku, majalah, journal dan sebagainya dan beliau akan bertindak melakukan pembohongan demi pembohongan serta akan memasukkan fakta-fakta falsu terhadap sejarah yang dilakarkannya dalam tempoh 22 tahun ia memerintah. Mahathir terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan kridibilitinya. Mahathir tahu, tidak ada sesiapa yang sudi termasuk anak-anaknya yang akan membelanya selepas beliau dimakan cacing tanah nanti.Oleh itu beliau sendiri terpaksa membela dirinya sendiri sebelum beliau mati.


Ekuran itu, tidak hairanlah apabila ia memulakan siri bercakap bohong dan memesongkan fakta sejarah sebenar mengenai Operasi Lalang pada tahun 1987 dulu dengan
menyalahkan pasukan polis bagi menutup kedurjanaannya itu. Begitu juga dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga pasukan polis disalahkannya juga kerana bertindak menghalang beliau untuk menghapuskan ISA, sebaliknya beliaulah yang banyak membuat kenyataan di merata tempat untuk mempertahankan akta ‘draconian’ ini bagi menyelamatkan kuasanya dan juga kuasa UMNO terus memerintah Malaysia.


Selepas ini, jangan terperanjat apabila Mahathir akan menulis semula dan memesongkan fakta sejarah penubuhan tribunal yang bagi memecat Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Kita dapat menjangkakan siapa pula yang akan menjadi kambing hitamnya. Sudah tentu Almarhum Sultan Johor yang akan menjadi mangsanya kerana kes itu berlaku, Almarhum menjadi Yang DiPertuan Agong. Mahathir akan katakan bahawa Agong yang mahukan Salleh dipecat kerana Salleh didapati melanggar beberapa disiplin kehakiman dan sebagainya. Isu sebenarnya ialah perpecahan maha hebat dalam UMNO angkara beliau yang gilakan kuasa dan tamakan harta dunia. Manakala Tengku Razaleingh Hamzah akan dipersalahkan mengakibatkan UMNO diharamkan dan beliaulah yang sebenarnya yang membela dan pejuang UMNO tulin.


Kemudian, beliau akan menulis lagi yang membicarakan tentang system keadilan dalam Negara ini. Masyarakat umum percaya bahawa system keadilan ini musnah ditangan beliau, di era beliaulah system keadilan menghadapi krisis keyakinan yang meluas seluruh dunia yang mana pihak eksekutif (beliaulah) yang mencampuri dan mempengaruhi system keadilan memihak kepada kerajaan. Skandal video tape Linggam menjadi saksinya. Suruhaniaya DiRaja yang dibentuk membuktikan yang beliau terlibat dalam memusnahkan system kehakiman di Malaysia. Hujah beliau sudah dapat dijangka. Beliau berhujah tenguk system keadilan cukup adil kerana ada kes yang kerajaan kalah.

Hujah ini merupakan hujah popular yang selalu dimainkan oleh beliau dan hujah ini juga sering dimainkan oleh para pemimpin UMNO haram jadah, babi laknatullah dalam mempertahankan system pilihan raya di Negara ini menyatakan bahawa pilihan raya di Negara ini dijalankan secara adil, tulus, tidak ada penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa kerana pembangkang juga menang dalam pilihan raya dan UMNO juga kalah dalam pilihan raya. Pembangkang boleh menubuhkan beberapa bujah kerajaan negeri dan UMNO hilang kuasa 2/3 di parlimen. Dalih pak pandir. Melayu otak lembu pawah bolehlah UMNO perbodohkan.


Sejarah Memali juga dijangka Mahathir akan menuliskannya semula. Mahathir akan menyalahkan Musa Hitam yang terlibat dalam peristewa Memali. Beliau tidak terlibat kerana beliau bercuti keluar Negara, Musa diberi tanggungjawab memangku jawatan PM ketika beliau ke luar Negara menjalankan tugas rasmi. Pendik kata apa sahaja isu yang boleh menjejaskan nama baiknya akan dipadamkan. Mahathir akan tulis semula sejarah bagi mengambarkan yang beliau adalah negarawan ulung. Mahathir takut generasi akan datang akan menghina dan mengkeji segala perbuatanya ketika ia berkuasa. Yang paling beliau takut apabila ada manusia yang akan kencing dan buang najis di atas kuburnya kelak. Mahathir faham benar dengan sejarah para pemimpin seperti dia. Selepas mati, pemimpin itu dihina dan dikeji. Menjadi tanggungjawabnya sendiri membersih namanya supaya generasi akan datang terus menghormatinya buat selama-lamanya.


Walau bagaimana bijak sekali pun, Mahathir tetap tidak berupaya membersih namanya dengan sepenuhnya. Barry Wain,bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal menulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific). Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri negara ini, Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, di samping kerugian langsung dalam berbagai skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.


Mahathir dengan dasar gejala penyelewengan, pecah amanah, rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi ‘trademark’ pemerintahan Mahathir adalah punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 yang menghanguskan wang rakyat bernilai berbillion ringgit. Hutang-hutang syarikat-syarikat kroni seperti Renong, Berjaya Group, Land & General, YTL, Maxis dan lain-lain yang berbillion ringgit dan tidak mungkin terbayar tanpa bailout oleh beliau. Hutang Renong bernilai RM13 billion di’bailout’kannya kerana Renong ada hubungkait yang rapat dengan UMNO malah dikatakan sebagai 'flag ship' UMNO dalam dunia perniagaan.


Mahathir membangunkan ‘bubble economy’ dan rakyat dilalaikan dengan kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang secara sewenang-wenangnya dari luar negeri (yang menurut sesetengah pihak berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion ringgit). Kerajaan dan syarikat kroni-kroni telah memboroskan duit pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang diinginkan sangat oleh Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan ekonomi, malah membebankan negara dengan hutang yang terlalu banyak.


Duit rakyat yang digunakan dari sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji (dan juga dari budget kerajaan sendiri) untuk membailout syarikat-syarikat kroni tersebut tidak dimenafaatkan dengan betul tetapi dilarikan juga sebahagiannya ke akaun-akaun bank persendirian di negara-negara Barat. Ekonomi Malaysia di bawah Mahathir menghidupkan budaya pecah amanah, rasuah, salah urus wang, dasar membolot kekayaan, nepotisma dan kronisma menjadi warisan kini.


Mahathir membeli sepenuhnya United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang hampir bankrupt itu dengan harga RM3.67 billion. UEM adalah anak syarikat kepada Renong Bhd, dan keputusan kerajaan untuk menguasai sepenuhnya UEM diakui sebagai langkah permulaan untuk seterusnya mengambil alih Renong Bhd yang juga hampir bankrupt dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion. Bailout UEM oleh Mahathir sebenarnya adalah satu lagi pengkhianatan wang rakyat oleh regim Mahathir ketika itu.


Ini hanya secebis kisah pengurusan ekonomi gaya Mahathir yang menimbulkan banyak skandal seperti skandal BMF, Daya Bumi, Melayu hilang banknya yang dicetus oleh Kongkres Bumiputra dan berbagai lagi skandal yang wujud dalam tempoh 22 tahun beliau memerintah.


Adalah agak sukar bagi Mahathir untuk memadamkan semuanya. Ia pasti menerima kutukan di hari kemudian. InsyaAllah.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment