Salam hormat dan selamat bertemu kembali. Maaf kerana kesibukan tugas rasmi selama 7 hari blog ini tidak sempat dikemaskini. Banyak isu-isu semasa tidak sempat diulas.
Isu yang saya kira paling menonjol ketika ini ialah perbicaraan Anwar Ibrahim, banyak kejutan yang dibuat dalam perbicaraan itu. Dalam tulisan ini saya mahu mengulas isu mengenai sikap Dr.Mahathir Mohamad berkaitan Operasi Lalang tahun 1987.
Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan dan paling berkuasa selama 22 tahun. Amalan beliau yang keji (seperti pembohong, rakus dengan kuasa, memutar-belitkan isu, menyalahkan orang lain, dirinya sahaja yang suci dsb) telah diwarisi oleh bekas penggantinya dan penggantinya sekarang. Penggantinya sekarang giat memperalatan seluruh system pentabiran Negara untuk memperkukuhkan kedudukan beliau dan menyelamatkan UMNO sepertimana yang beliau lakukan ketika beliau berkuasa dulu.
Mahathir tanpa segan silu mempergunakan institusi eksekutif (seperti pasukan polis, SPR, BPR (kini SPRM), media massa dan jentera-jentera kerajaan), mahkamah dan parlimen bagi melindungi segala perbuatan salahlaku para pemimpin UMNO, UMNO dan dirinya sendiri. Sebelum itu, PM-PM terdahulu tidak mencampuri urusan ketiga-tiga badan ini. Mereka bebas bergerak dan tidak mencampuri bidang tugas orang lain. Masing-masing ada peranan dan bidang kuasa masing-masing. Di era beliau, badan eksekutif paling berkuasa, ia masuk campur, mempengaruhi, menguasai dan memperalatan badan kehakiman dan parlimen bagi kepentingan beliau dan UMNO, bukan untuk kepentingan Negara dan rakyat.
Isu yang saya kira paling menonjol ketika ini ialah perbicaraan Anwar Ibrahim, banyak kejutan yang dibuat dalam perbicaraan itu. Dalam tulisan ini saya mahu mengulas isu mengenai sikap Dr.Mahathir Mohamad berkaitan Operasi Lalang tahun 1987.
Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan dan paling berkuasa selama 22 tahun. Amalan beliau yang keji (seperti pembohong, rakus dengan kuasa, memutar-belitkan isu, menyalahkan orang lain, dirinya sahaja yang suci dsb) telah diwarisi oleh bekas penggantinya dan penggantinya sekarang. Penggantinya sekarang giat memperalatan seluruh system pentabiran Negara untuk memperkukuhkan kedudukan beliau dan menyelamatkan UMNO sepertimana yang beliau lakukan ketika beliau berkuasa dulu.
Mahathir tanpa segan silu mempergunakan institusi eksekutif (seperti pasukan polis, SPR, BPR (kini SPRM), media massa dan jentera-jentera kerajaan), mahkamah dan parlimen bagi melindungi segala perbuatan salahlaku para pemimpin UMNO, UMNO dan dirinya sendiri. Sebelum itu, PM-PM terdahulu tidak mencampuri urusan ketiga-tiga badan ini. Mereka bebas bergerak dan tidak mencampuri bidang tugas orang lain. Masing-masing ada peranan dan bidang kuasa masing-masing. Di era beliau, badan eksekutif paling berkuasa, ia masuk campur, mempengaruhi, menguasai dan memperalatan badan kehakiman dan parlimen bagi kepentingan beliau dan UMNO, bukan untuk kepentingan Negara dan rakyat.
Salah satu sifat buruknya, beliau suka menyalah pihak lain. Perangai ini juga turut terbawa-bawa dan diperkukuhkan oleh pengganti-penggantinya terutama Najib Razak sekarang. Najib lebih berbisa dan mencengkam segenap bidang kehidupan rakyat jika dibandingkan dengan beliau, tetapi bezanya Najib bertindak melalui orang lain, melalui pintu belakang. Mahathir berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, berani untuk bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab. Tidak kepada Najib. Najib penakut dan dayus. Isterinya, Rosmah mengawal segala tanduknya mentadbir dari A sampai Z.
Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, beliau menyalahkan pasukan polis. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap. Terbaru, beliau mendakwa bahawa beliau bercadang menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi ditolak oleh pihak polis dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Jadi, siapa mengawal siapa? Ikut logic Mahathir tindakan pasukan polis dulu dan kini yang melakukan berbagai tindakan ganas terhadap pembangkang adalah atas rasa hati peringkat tertinggi dalam institusi kepolisan, kadang-kadang tindakan pasukan polis ini lebih melampau dan boleh dikira sebagai lebih ‘kuah dari sudu’ atau lebih UMNO dari UMNO demi menjaga kuasa UMNO supaya tidak terjatuh ke tangan pembangkang.
Persoalannya : Adakah Malaysia ini diperintah oleh pasukan polis (polis state)?
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘negara polis’? Secara mudahnya negara polis dapat diertikan sebagai sebuah negara yang terlalu menitikberatkan persoalan keselamatan dalam perjalanan pentadbirannya. Konsep keselamatan yang difahami oleh negara adalah terlalu menyeluruh dan inklusif. Ianya terlalu menyeluruh sehinggakan keselamatan negara tidak dapat dipisahkan dari kestabilan politik. Lebih teruk keselamatan dikaitkan secara langsung dengan kelangsungan politik parti yang memerintah dan dalam kes Malaysia kelangsungan atau survival politik UMNO.
Kelangsungan parti pemerintah dipastikan dengan terlantiknya pegawai Cawangan Khas (SB) yang begitu ramai dalam perkhidmatan polis. Mengikut Saudara Saari Sungip yang banyak menulis tentang SB menganggarkan terdapat sekitar 20,000 hingga 30,000 SB di Malaysia dan angka ini merupa 1/3 dari jawatan dalam perkhidmatan polis. SB-SB ini bergerak secara rahsia, terdiri dari pelbagai jantina dan kepakaran, memantau pergerakan individu dan kumpulan yang dianggap boleh membawa masalah keselamatan.
Pemantauan mereka begitu terperinci: tempat yang selalu dikunjungi oleh individu/kumpulan yang dimaksudkan, bahan bacaan yang dibaca, program televisyen yang diminati, laman web yang dilawati, surat-menyurat juga dipantau, perbualan telefon termasuk telefon bimbit dirakam, e-mail dan SMS dipantau. Malah secara umumnya tingkah-laku, cara hidup dan cara berfikir individu dipantau. Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dibuat oleh individu berkenaan dalam tandas pun dipantau.
Di Malaysia tiada Akta-akta yang boleh menghalang mana-mana individu, kumpulan, malah pihak kerajaan dari menceroboh 'privacy' atau kerahsiaan hidup individu lain. Kita tidak musykil sekiranya pemantauan yang dibuat adalah secara khususnya mengenai keselamatan negara. Perlu dibeza antara keselamatan negara dengan keselamatan parti politik yang memerintah. Kalau pun hendak sokong parti politik yang memerintah, pastikan kepimpinan yang terbaik yang memerintah negara, bukan golongan perasuah, penzalim, penindas kehidupan rakyat dan menyalahgunaan kuasa mengumpul kekayaan peribadi seperti yang berlaku di Mesir dan di Tunissia yang mana para pemimpinnya korup.
Di Malaysia sendiri banyak pemimpin jenis ini, tak kan SB-SB sebegitu ramai buta mata hati tidak dapat mengenal yang mana satu pemimpin yang kaki rasuah, kaki betina, kaki botol, kaki judi dan macam-macam kaki lagi. Takkanlah pula SB-SB ini mata buta kerana sebahagian besar para pemimpin UMNO hidup dalam keadaan serba mewah berbanding dengan pendapatan. Berkuasa baru setahun jagung, sudah berupaya memiliki harta bernilai jutaan malah ada yang mencapai angka billion ringgit. Takkanlah tidak tahu siapa Razak Baginda, Adnan Mansor, Ali Rustam, Musa Aman, Khir Toyo, Taib Mahmud, Mahadzir Khalid, Mohamad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Tamby Chek, Zakaria Md Deros dan, dan ramai lagi. Balik-balik selak kain dan melondeh pakaian para pemimpin dari parti pembangkang. Gila punya kerja.
Di Malaysia, betapa dominannya aspek keselamatan dalam negara diburukkan lagi dengan wujudnya pelbagai Akta yang mengikat kebebasan asasi warganegara. Hak untuk bersuara, hak untuk berpersatuan, hak untuk berdemonstrasi secara aman. Tidak puas dengan yang ada cadang hendak pinda pula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan supaya ia mencakupi tulisan-tulisan yang disiarkan di intenet. UMNO ingat semua rakyat bodoh macam Melayu kampung dan Melayu Felda yang masih tebal dengan fikiran JAHILLIAHnya.
Melayu jenis itu bolehlah UMNO kencing. Melayu lain dan rakyat Cina tidak mudah untuk UMNO kencing. Demi untuk mengawal kuasa, UMNO sanggup memperbodohkan rakyat dengan menyekat menyebaran maklumat supaya rakyat tidak boleh membuat pemilihan yang tepat. UMNO melihat jangka pendik yang mana kesannya nanti tidak wujud pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan masyarakat. Matlamat untuk membentuk rakyat berfikiran global ‘first clase’ bertaraf dunia akan gagal. Siapa yang rugi? Sudah tentu rakyat dan Negara yang menerima padahnya.
Adalah mustahil dasar-dasar yang digubal oleh manusia tidak mempunyai kelemahan-kelemahannya tersendiri kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Ini bermakna dalam konteks kebebasan bersuara, kerajaan UMNO masih tidak membenarkan pandangan yang berbeza dan hak untuk tidak bersetuju (Right of Dissent). Adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan manusia untuk berbeza pendapat tentang pelbagai perkara. Peribahasa Melayu mengatakan ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Rasullullah saw pernah bersabda ‘perbezaan yang wujud di kalangan ummatku adalah merupakan satu rahmat’. Bersetuju untuk tidak bersetuju perlu dilihat sebagai sesuatu yang natural.
Sekiranya kerajaan yakin bahawa ia berada di pihak yang benar maka pertahankanlah kebenaran ini dengan fakta dan hujah yang menyakinkan, secara terbuka dan secara berlapang dada. Bukankah budaya Melayu bersandarkan kepada prinsip ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’? Bukan dengan cara senang lagi mudah dengan menghantar beribu pasukan FRU menghalang dan mengepong ceramah umum, perhimpunan dan demontrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, permit yang dipohon tidak dikeluarkan, tetapi apabila pihak UMNO anjurkan, ia dibiarkan berlangsung tanpa sebarang gangguan.
Wujudnya prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ atau Right of Dissent adalah merupakan satu kayu pengukur terpenting matangnya sesebuah sistem demokrasi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Di Malaysia, system demokrasinya lebih teruk. Tidak bertamadun. Kembali ke zaman batu. Tidak terbuka, bebas dan adil. Rakyat dipaksa menerima ketidakadilan ini berlaku.
UMNO melakukan amalan rasuah setiap kali pilihan raya diadakan, tidak kira sama ada PRU atau atau pilihan raya kecil. Beli undi secara terang-terangan di Hulu Selangor dan Batu Sapi, tidak diambil sebarang tindakan bagi mengelak berlakunya budaya baru di kalangan generasi akan datang. Setiap kali pilihan raya kecil diadakan di sesuatu kawasan, duit dan projek-projek pembangunan turun mencurah-curah bagaikan daun-daun kering berguguran di musim kemarau. Takkan itu pun hendak kata ‘KEBETULAN’. 1 Malaysia idea Najib kebetulan dengan 1 Malaysia Israel bolehlah diterima kerana Najib merupakan orang tercerdik di dunia.
Akibat dari terlalu menekankan aspek keselamatan dalam sistem politik dan pentadbiran negara ia sekaligus terdedah kepada mempolitikkan pentadbiran (politicization of administration). Pengawai tadbir yang memegang jawatan penting dipastikan orang yang pro-UMNO atau pro-BN. Pegawai yang berkecuali (sekaligus ditafsir sebagai pro pembangkang) dinafikan pelbagai kemudahan seperti tidak dinaikkan pangkat sungguhpun ia layak. Begitu juga rakyat di bawah yang bukan UMNO, dinafikan hak untuk menikmati berbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan (bukan UMNO).
Mempolitikkan pentadbiran ini dijalankan bagi menjamin kelangsungan hayat UMNO. Kesan negatif dari pendekatan ini adalah kaburnya sempadan yang memisah ‘parti’ dan ‘kerajaan’ dalam erti kata pada pandangan parti yang memerintah adalah sinonim dengan kerajaan yang memerintah. Ianya boleh diterima dari sudut ilmu sains politik sekiranya dikatakan parti yang memerintah adalah sinonim dengan kabinet yang memerintah.
Kabinet yang mentadbir negara terdiri dari parti-parti komponen BN tetapi kerajaan yang memerintah atau dalam bahasa yang berbeza tetapi maknanya sama-parlimen, terdiri dari bukan sahaja parti-parti BN tetapi juga pembangkang. Ini adalah ilmu sains politik yang paling asas yang diajar kepada pelajar-pelajar tahun pertama di universiti yang mengambil kursus pengantar sains politik. Nampaknya wakil-wakil rakyat UMNO dan BN lebih teruk dari pelajar tahun pertama universiti.
Kekeliruan yang timbul menyebabkan projek-projek pembangunan dilabel sebagai ‘Ini satu lagi projek Barisan Nasional’ Seolah-olah cukai negara dipungut dari penyokong-penyokong UMNO dan BN sahaja dan penyokong-penyokong pembangkang terlepas dari membayarnya. Disebabkan UMNO begitu lama memerintah negara dan sistem politik dan pentadbiran negara telah dilenturkan mengikut acuan dan selera UMNO dengan memanipulasi sistem yang ada (dalam kes pilihan raya melalui SPR), maka sistem parti politik dan seterusnya sistem politik Malaysia dikenali dengan sistem parti dominan (dominant party system) yang melahirkan sistem politik yang juga dominan.
Secara bandingannya sistem parti dominan adalah berada satu tangga lebih baik dari sistem Komunis yang bersifat satu parti (one-party sistem) dan dari segi ukuran demokrasi sistem satu parti adalah yang paling tercorot. Sebagaimana yang dimaklumi, di negara Komunis, parti adalah sinonim dengan kerajaan. Di sini terdapat persamaan dengan apa yang berlaku di Malaysia iaitu adanya kecenderungan untuk melihat parti adalah sinonim dengan kerajaan.
Kecenderungan ini adalah sesuatu yang amat merbahaya kepada sistem demokrasi kerana sekiranya tidak dihalang ia akan menggelongsor ke arah sistem politik yang bersifat totalitarianisme yang dicirikan oleh penguasaan yang total, memesong pemikiran rakyat (brainwashing) dan pemujaan terhadap negara dan pemimpin secara berlebihan. Sekarang sudah nampak trend itu berlaku secara berluasa di bawah Najib. Najib mengepong semua kebebasan rakyat, menidakkan kebebasan akhbar, maklumat dikawal, menutup semua saluran maklumat kecuali saluran dari UMNO (kerajaan) dan pada PRU ke-13 nanti kita akan menyaksi ramai bloger-bloger akan didakwa di mahkamah kerana menulis perkara-perkara yang bertentangan dengan kerajaan pimpinan Najib yang mahukan puji-pujian, puja-memuja dan bodek-membodek kepimpinannya seperti apa yang terjadi kepada bloger-bloger yang menulis tentang istana telah ditangkap dan sedang didakwa di mahkamah kerana UMNO menyanjung tinggi institusi istana. Jadi, bolehlah dihujahkan bahawa sistem politik yang bersifat totalitarianisme sebagaimana yang terdapat di negara Komunis yang dikuasai oleh seorang diktator, boleh dilabelkan sebagai sebuah negara polis yang total.
Secara rumusannya dan berdasarkan perbincangan ringkas di atas, dapatlah dikatakan bahawa Malaysia layak dikategorikan sebagai sebuah negara polis dimana pertimbangan keselamatan begitu dominan sehingga ia melanggar asas-asas yang rasional.
Pemerintah Malaysia berkecenderungan untuk tidak membezakan antara parti dan kerajaan sebagaimana yang berlaku di negara Komunis. Sekiranya kecenderungan ini berterusan dan tidak dihalang oleh satu gerakan masyarakat sivil yang berkesan, maka dibimbangi ia akan bergerak ke arah mewujudkan satu sistem politik totalitarianisme yang pada waktu ini wujudlah satu negara polis yang juga total.
“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”
MAMAK KAKI KELENTONG MALAYSIA DARI KERALA YANG DISANJUNG MELAYU KEPALA LEMBU DAN SONGKOK TINGGI !
ReplyDelete