Monday, January 31, 2011

TAHNIAH CINA, MELAYU KEPARAT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau bangga bahawa undi kaum Cina pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang telah beralih semula kepada Barisan Nasional (BN).Katanya kejayaan BN itu juga telah menafikan dakwaan parti PKR-DAP-PAS bahawa Pakatan Rakyat telah menembusi kubu kuat BN di Johor selain penolakan jelas idea PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam.


Tetapi Penasihat DAP juga AP Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyangkal dakwaan Chua. Beliau berkata “Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.


Analisis yang dibuat oleh Lim Hong Siang dari
MerdekaReviews cukup hebat. Beliau mendakwa MCA semestinya tidak merasai kemanisan di sebalik kemenangan Barisan Nasional dalam PRK Tenang, semalam. Meskipun Timbalan Pengerusi, Muhyiddin Yassin mendakwa BN "menang dua daripada tiga peti undi majoriti Cina", namun ia gagal menutup realiti bahawa Chua Soi Lek gagal mengembalikan sokongan pengundi Cina di kubunya sendiri.


Dalam PRU ke-12 memberi gambaran sebenarnya. PAS berjaya menewaskan UMNO-BN di tiga peti undi majoriti Cina, iaitu Labis (421vs411 undi), Labis Timur (740vs669 undi) dan Labis Tengah (1013vs504 undi) pada tahun 2008. Dalam PRK semalam, BN menang tipis di peti undi Labis (majoriti 64 undi) dan Labis Timur (37 undi), tetapi tewas dengan majoriti 486 undi di Labis Tengah. Perlu diingatkan bahawa nisbah pengundi Cina di Labis dan Labis Timur adalah sekitar 60%, namun Labis Tengah mencatat 95.7% pengundi Cina. Justeru itu, DAP mengambil keputusan di Labis Tengah sebagai kayu ukur untuk menyukat sokongan pengundi.


Kecenderungan ini telahpun diperlihatkan dalam beberapa PRK yang lalu. Dalam PRK Hulu Selangor, janji peruntukan RM3 juta untuk SRJK (c) Rasa gagal merasuah pengundi Cina; malah, ungkapan "You help me, I help you" yang terkenal dari bibir seorang Perdana Menteri bersama tawaran RM5 juta (untuk menyelesaikan masalah banjir) gagal memancing undi Cina di Rejang Park, PRK Sibu yang lalu.


Tambah penulis ini, pengundi hanya takut apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak diketahuinya, atau sesuatu yang tidak menentu. Chua Soi Lek mungkin tidak sedar, Pakatan Rakyat mempunyai lebih masa dan ruang untuk menyebarkan maklumat dalam PRK kerana lebih tertumpu. Lebih-lebih lagi, senario selepas tsunami 8 Mac 2008 menyediakan model negeri PR yang nyata untuk pengundi - bagaimana PR akan mentadbir jikalau mengambil-alih kuasa.
Apabila fakta digunakan sebagai senjata, maka ketakutan akan hilang sendirinya.


Chua Soi Lek tersasar apabila hanya menumpukan kepada isu Negara Islam sepanjang tempoh kempen. Persoalan dasar tidak dibangkitkan, kepincangan kerajaan BN sendiri tidak terjawab, tetapi asyik dengan tangan Normala Sudirman yang bersarung. Laporan Malaysiakini yang membuat tinjauan di situ selepas hari penamaan calon telah menunjukkan bahawa pengundi tidak ambil peduli isu salam, namun jelas Chua Soi Lek juga tidak ambil peduli laporan media.


Apabila rakyat semakin celik untuk membezakan antara "gula" dengan "dasar", apabila "ketakutan" diyakini dengan "fakta", apabila "politik baru yang mahukan harmoni" menggantikan "politik untuk mencetus permusuhan", maka MCA gagal melakukan apa-apa untuk mengembalikan sokongan komuniti Cina.


Model BN yang mempertanggungjawabkan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India semakin ditolak. Ramai orang yang agak tidak senang, termasuk komuniti Cina apabila MCA cuba menakutkan pengundi Cina dengan nilai Islam. Malah, apa yang terharu buat semua adalah apabila perbidaan baju merah "TUKAR" dalam majlis PR menyaksikan seorang Cina yang mendapat baju itu dengan RM1000 menghadiahkannya kepada seorang Melayu yang gagal membida kerana menawarkan harga RM400.


Tidak lupa juga pengundi Melayu di Tenang. Tahniah kerana Harga petrol RON97 telah dinaikkan 10 sen. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter.






Harap-harap banjir yang mula menyerang Johor ini akan membasuh-mencucikan segala dosa-dosa yang diperbuat sepanjang tempoh kempen di Tenang.Mereka mencerca, memperlekehkan dan menghina Islam. Inilah bala Allah untuk orang-orang yang lawan Islam.


Taniah Melayu keparat, karat dengan pemikiran JAHILLIAH terimalah balanya sekarang.


“HANCUR MELAYU JAHILLIAH, RAKYAT SELAMAT”

No comments:

Post a Comment