Thursday, January 6, 2011

SEJARAH UMNO YANG TELAH DIGELAPKAN

UMNO sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor sebagaimana yang difahami ramai, tetapi ia di tubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu yang ketika itu berada di bawah Selangor.

Tarikh kongres Melayu itu diadakan adalah dari 1 hingga 4 Mac 1946.Persatuan Melayu Selangor yang ketika itu dipimpin Yunus Hamidi, bekas Pengarang akhbar Majlis turut serta dalam kongres yang melahirkan UMNO itu. Tetapi antara 41 buah pertubuhan dan persatuan Melayu yang hadir, yang paling besar perwakilannya adalah dari satu-satunya parti politik Melayu terawal iaitu PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang pada ketika itu Yang Dipertuanya adalah Dr Burhanuddin al Helmy yang kemudiannya menyertai PAS dan menjadi Yang Dipertua Agungnya.Ketika itu UMNO tidak lahir di dunia lagi.


Sejarah UMNO ini banyak cuba disorok-sorok dari umum kerana sesungguhnya pembentukannya itu dahulu bukan atas daya usaha seorang dua tetapi seluruh kekuatan bangsa Melayu seluruh Malaya. Pokok penyatuan sehingga terbentuknya UMNO adalah hasil dari penentangan orang-orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union.

Bermakna UMNO adalah sebuah komponan parti-parti dan persatuan Melayu ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran ketika itu, termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya. (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10 mengakui mula bergerak dan mengikuti UMNO sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM).

Hakikat ini mahu dihapuskan dari kamus sejarah UMNO seolah-olah mahu mengambarkan cuma kelompok di kalangan yang ada dalam UMNO (dulu dan kini) sahaja yang menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma Melayu ketika itu. Pihak lain tidak terlibat. Celakanya perangai UMNO ini. Dialah selalunya betul, orang lainnya semua salah. Dialah pejuang, orang lain semuanya pengkianat.


Malah kalau kita membaca tulisan Ahmad Boestamam, bendera UMNO, yang berasal dari bendera atau sang saka merah putih itu asalnya merupakan cadangan dari PKMM dalam sidang pertama UMNO Setelah ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh (sila lihat Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API (UKM)). Sang Saka Merah Putih untuk pengetahuan barua-barua dalam UMNO, adalah bendera PKMM. Bermakna bendera UMNO kini berasal dari cadangan bendera PKMM (parti Melayu yang Inggeris cop sebagai kiri) Yang bulatan kuning dan keris hijau telanjang dimasukkan kemudian.

UMNO hari ini menidakkan sumbangan semua yang pernah menyertai komponan UMNO 1946 itu. Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein) yang kebetulan adalah Presidennya yang pertama. Kiranya Dato Onn tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang UMNO melalui IMP dan Parti Negara.


Kalau generasi hari ini mahu mengesan dan menjejak sejarah sebenar penubuhan UMNO, maka mereka perlulah membongkar dan menyelongkar buku-buku tulisan tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain.

Perlu diberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah telah menyumbang RM15,000 ketika itu untuk menjayakan kongres penubuhan UMNO di Kampung Baru itu. (Kongres tersebut menurut rekod diresmikan oleh Almarhum Tuanku sendiri).

Percayalah Almarhum Tuanku berbuat demikian kerana yakin yang bangsa Melayu perlu bersatu dan berpadu tenaga. Baginda pernah beritah bahawa persatuan itu akan kekal lama jika mengambil kira dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu iaitu:

PERTAMA: Perjuangan agama Islam yang akan mengikat hati nurani bangsa

KEDUA: Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Rupanya UMNO 1946 itu tidak kekal lama. Beberapa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan Umno. PKMM ini yang merupakan parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka, telah diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara.

UMNO di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.Begitu juga kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar sehingga lahirnya PAS pada tahun 1951. Harus diingati bahawa antara jawatankuasa penajanya adalah:

Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota (ayahanda Dollah Badawi)
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
Tuan Haji Mansor J.P - AnggotaDua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.


(Shamsiah Fakeh menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tidak ada ahli UMNO yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali gantung)

Berbalik kepada titah Almarhum Tuanku Sultan Selangor ketika itu, ternyata kesatuan UMNO yang ditubuhkan pada Mac 1946 dengan persepakatan semua golongan Melayu tidak mampu bertahan. Dan solanya hari ini adalah Umno masih berpegang kepada dua perkara yang dititahkan Almarhum itu? (Untuk makluman Almarhum Tuanku Sultan Hishamuddin ini adalah merupakan antara Sultan Selangor yang paling warak dan sering membaca khutbah solat Jumaat)

"TOLAK UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment