Umum mengetahui bahawa pada malam 20hb.September 1998, apabila saudara Anwar ditangkap oleh gerombolanUnit Tindakan Khas (UTK) polis, beliau telah dibawa keluar dari rumahnya tanpa digari. Ini sebenarnya merupakan suatu helah untuk mengabui orang ramai yang berkumpul di depan rumah beliau, bagi menggambarkan betapa polis memberi layanan yang baik.
Tiba di tengah jalan, kereta yang membawa saudara Anwar menghilang dan berpisah dari kenderaan yang membawa isteri dan anak-anaknya.
Wan Azizah dan anak-anaknya tiba di Bukit Aman dengan penuh kehampaan.Mereka hanya dapat bertemu dengan saudara Anwar apabila beliau dibawa ke mahkamah buat pertama kalinya dengan keadaan matanya bengkak kesan tumbukan.
Mengikut maklumat yang kami perolehi, di pertengahan jalan Anwar sebenarnya telah dipindahkan ke kenderaan polis yang lain untuk dibawa ke Bukit Aman melalui laluan pintu yang berasingan.
Beliau tiba di Bukit Aman dengan bergari tidak seperti ketika mula dibawa keluar dari rumahnya, dan dibawa ke suatu tempat untuk direkodkan nama dan butiran peribadinya.
Anwar kemudiannya dihumbankan ke sebuah bilik kurungan di tingkat atas dengan tangan masih lagi bergari. Sejurus kemudian seorang kakitangan polis datang ke bilik kurungan Anwar.
Beliau membuka cermin mata saudara Anwar dan menutup kepalanya dengan sarung penutup kepala yang digunakan untuk pesalah yang akan dihukum gantung sampai mati.
Saudara Anwar diarahkan berdiri dan tiba-tiba datang tiga orang pegawai tinggi polis iaitu Tan Sri Abdul Rahim Noor (Ketua Polis Negara), Dato' Yusuf Said (Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) dan Dato' Yaakob Amin (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah).
Nama-nama mereka ini tercatat di dalam rekod pelawat yang datang melawat saudara Anwar pada tengah malam tersebut.
Bagi mengelakkan dari didengari oleh Anwar, Rahim Noor tanpa bersuara, terus menumbuk dengan kuat ke sudut mata kiri Anwar. Beliau sememangnya sudah lama berdendam dan marah dengan Anwar. Anwar jatuh tersungkur dan mengerang kesakitan.
Rintihan kesakitan Anwar turut didengari oleh pengawal yang berkawal di luar bilik kurungan tersebut.Yusuf Said kemudiannya menyusuli dengan menempeleng Anwar beberapa kali sebelum Yaakob Amin mengambil alih menendang dan menerajang Anwar yang sudah lemah longlai itu.
Anwar tidak bergerak lagi dan dipercayai pengsan hingga ke pagi.
Keesokan harinya, seorang pegawai polis telah melawat bilik kurungan tersebut untuk membuat pemeriksaan biasa tanpa mengetahui kejadian yang menimpa Anwar pada tengah malam tadi.
Beliau terkejut apabila mendapati Anwar terbaring dengan tangannya bergari dan kepala ditutup. Apabila diselidiki, beliau turut mendapati muka dan hidung Anwar berlumuran darah.
Anwar masih belum sedar sepenuhnya. Atas dasar perikemanusiaan, pegawai polis tersebut mengesat darah yang mengalir dari hidung dan muka Anwar.
Beliau seterusnya menghubungi Dato' Ramli Yusoff (Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah) untuk memaklumkan tentang kecederaan Anwar. Ramli mengarahkan siasatan dibuat.
Malangnya, apabila Rahim Noor mendapat tahu, beliau mengarahkan Dato' Ahmad Taib (Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan Jenayah) untuk mengambilalih tugas Dato' Ramli.
Alasan yang diberikan ialah kerana Dato' Ramli pernah bergambar dengan Anwar dan dibimbangi Ramli tidak akan berlaku adil. Beliau sebenarnya bimbang bahawa rahsianya akan terbongkar.
Walau bagaimanapun, cerita ini telah menjadi bualan umum khususnya bagi warga polis.
Adalah dipercayai bahawa jawatankuasa Penyiasat yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, juga telah mendapati cerita yang disebut di atas adalah benar belaka.
Justeru kerana laporan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut tidak begitu menyenangkan Mahathir, maka ianya sehingga sekarang tidak didedahkan. Bagi menyelamatkan institusi polis, Mahathir telah mengarahkan Rahim Noor agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung dengan kes Anwar.
Ada sumber yang mengatakan bahawa pada ketika kejadian Anwar diganasi pada tengah malam tersebut, ianya direstui sepenuhnya oleh Mahathir yang dikatakan ada sama di Bukit Aman pada ketika kejadian itu berlaku.
Mahathir dipercayai sebenarnya lebih suka jika pada malam itu Anwar dibunuh saja kerana beliau sudah bersedia dengan jawapannya iaitu "Anwar membunuh diri sendiri", seperti mana jawapannya iaitu Anwar menumbuk dirinya sendiri (self-inflicted) apabila diajukan berhubung dengan kesan lebam di mata Anwar.
Pakar-pakar perundangan ketika menempelak hujah Mahathir mengulas dengan mengatakan bahawa individu yang ditahan oleh polis, maka keselamatannya juga adalah tanggungjawab polis. Jika beliau didapati terbunuh semasa dalam tahanan polis, biarpun sebenarnya beliau membunuh diri, maka pihak polis boleh didakwa atas alasan "kecuaian".
Sumber : http://bantahan.tripod.com/report.htm
"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"
Sumber : http://bantahan.tripod.com/report.htm
"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"
cheap jordans
ReplyDeletegolden goose
balenciaga
yeezy boost 500
kyrie 7
canada goose outlet
off white
lebron james shoes
golden goose
hermes