Friday, January 14, 2011

MANA PERKASA, GAPS DLL BILA ISLAM DIHINA

Seorang ahli MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam dan menulis surat kepada Najib dan lain-lainnya seperti dilampikan di bawah.


Yang menghairankan ke mana perginya golongan celaka dan iblis dalam Perkasa, GAPS, Pewaris dan lain-lainnya. Sunyi sepi tiada ada bantahan dikeluarkan. Kebiasaannya golongan ini mendabik dada konon merekalah (sebenarnya mereka dajal dan syaitan yang bertopeng dan berwajahkan manusia) pembela bangsa dan agama.


Mungkin mereka kini bungkam, kelu seribu bahasa kerana yang kata itu keluar dari mulut seorang ahli MCA kerabat UMNO dalam BN, tambahan pula mereka tahu kawasan Pantai Dalam adalah kawasan Wilayah Persekutuan di bawah kekuasaan Najib.



Hari ini Presiden Parti MCA Chua Soi Lek ketika bertemu masyarakat Cina dan memberi amaran kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina di DUN Tenang agar jangan mengundi calon PAS kerana bimbang sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia nanti, maka PAS akan membangunkan negara Islam.


Dalam dalam Perhimpunan Agong MCA tahun lalu, beliau juga memberi amaran kepada kaum bukan Melayu bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Malaysia, maka PAS akan menjadi ketua Pakatan Rakyat (kapten) dan PAS akan menubuhkan negara Islam. Najib yang turut sama hadir di dalam perhimpunan itu juga bersetuju dengan pendapat Presiden MCA itu.



Najib dan pemimpin UMNO yang lain, bila berucap di hadapan hadirin yang beragama Islam, maka pemimpin-pemimpin UMNO akan mengatakan bahawa PAS tidak akan menubuhkan negara Islam. Mereka mendakwa bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP, tanah Melayu akan dikuasai oleh cina dan bukan Islam.



Celakalah hendaknya bagi golongan ini baik di dunia dan maupun di akhirat kelak. Amin.



"TOLAKLAH UMNO, DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT"

No comments:

Post a Comment