Friday, December 10, 2010

PAKATAN RAKYAT DALAM BAHAYA DALAM PRU KE-13?

Oleh: Tun Telanai


Seperti yang dijangkakan pemilihan PKR pada November lalu tetap memberi kesan positif dan negative dalam masyakat umum yang belum cerdik berpolitik. Pemerhati politik tempatan dan orang awam berpendapat pemilihan tersebut memberi kesan negative lebih besar daripada positif. PKR mengamalkan system pemilihan terus yang banyak menimbulkan kontroversi yang member ruang yang luas kepada media media milik UMNO untuk memanipulasikan peristewa-peristewa yang berlaku disepanjang pemilihan yang berlaku. Kita tidak boleh marah kepada media musuh yang mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memberi gambaran buruk PKR di kaca mata masyarakat.


Pemilihan melalui system secara langsung yang dilaksanakan oleh PKR mempunyai banyak kelemahannya. Pertama, rakyat Malaysia pada umumnya belum mempunyai standard fikiran yang boleh menerima system tersebut. Pemikiran politik masyarakat kita belum matang. PKR sendiri tidak mampu memiliki pemimpin yang berbawibawa, cerdik dan mempunyai keazaman perjuangan yang tulin. Oleh sebab itu media milik UMNO mengambil kesempatan menyerang.


Kita berterima kasih kepada
UMCEDEL mempunyai kajian. Hasil kajian tersebut membolehkan PKR memperkasa parti, memperkemaskan Pakatan dan melaksanakan aktiviti membaikpulih kedudukan PKR dan Pakatan Rakyat standing sebelum PRU ke-12 dulu.


Saya tertarik dengan kajian tersebut yang menunjukkan PKR khususnya Anwar Ibrahim masih berpengaruh dalam arus politik Negara, walaupun UMNO menyerang dari segenap penjuru.
Jawapan PKR boleh diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekarang bukan masa untuk kita beromomg-omong kosong. Kita memerlukan tindak yang lebih konkrik.


“UMNO TIADA, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment