Monday, December 6, 2010

MB-MB Selangor Dari UMNO Kerap Dipalit Skandal?

Sikit pun saya tidak terkejut di atas pendakwaan Khir Toyo.

Semenjak Merdeka, negeri Selangor hanya mempunyai MB dari UMNO sahaja (sehinggalah tahun 2008). Tiada parti lain yang dapat menghantar wakil mereka ke kerusi MB melainkan UMNO.Sejarah menunjukkan kepada kita, MB-MB Selangor dari UMNO ini amat mudah dijangkiti skandal dan rasuah. Sehingga ada seorang MB tu telah terpecat dan terpenjara gara-gara korupsi yang beliau lakukan.

Mana ada negeri dalam Malaysia, MB mereka pernah dipenjarakan angkara rasuah dan skandal. Hanya negeri Selangor sahaja yang menikmati seorang MB mereka tersabit kesalahan rasuah dan dipenjarakan. Mari kita senaraikan MB-MB tersebut. Namun, saya tak nak bagitau apa skandal yang pernah terpalit kepada mereka. Tapi, para pembaca sendiri sudah tahu:

Harun Idris
Muhammad bin Muhammad Taib
Abu Hassan Haji Omar
Mohamed Khir Toyo

Ertinya, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak mengambil MB dari parti lain dari UMNO. Sekiranya tidak, sampai bilalah rakyat Selangor akan terpaksa mengharungi kesah sedih MB mereka terpalit rasuah dan skandal.

Skandal Dato Harun Idris boleh dibaca di bawah ini:
Tunggu jagohan Hamidzun dengan gengnya berdemontrasi menuntut balik wang jutaan ringgit yang dikebas oleh mantan MB-MB yang disebutkan itu. Wang yang dikebas itu adalah hak rakyat Selangor.

Ayoh....Hamidzun kumpulkan rakyat Selangor untuk berdemontrasi lagi.

"UMNO TIADA, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment