Friday, December 3, 2010

KUMPULAN GAPS TELAH MULA BERDEMO

Kumpulan Celaka yang mengelar diri mereka sebagai “Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)” telah memulakan langkah pertama mereka dengan mengadakan demontrasi dan berjaya menghantar memorandum kepada Sultan Selangor. Tahniah diucapkan.


Mereka sudah berdemontrasi selepas sembahyang jumaat.Mereka sudah berarak di jalanan secara beramai-ramai.Mereka sudah selamat menyampaikan memorandum kepada pihak istana.Tiada ada sekatan pihak polis dan tiada adegan kejar mengejar serta tiada ada aksi tembakan water conan dan gas pemedih mata. Syoknya tiada yang ditangkap dan diISAkan.


Dulu bukan main marah kepada golongan Reformasi. Macam-macam kata nista dihemburkan. Demontasi bukan budaya kitalah, meruntuhkan ekonomilah, gangguan kepada kedamaian masyaraklah dan bermacam-macam lagi tuduhan dilemparkan.

Kini, sudah terbalik. Mereka pula yang beria-ia benar untuk melakukan demontrasi bagai satu unsur hiburan. Kumpuluan celakan ini pernah mengatakan demontrasi itu 'haram', sekarang mereka 'halal' pula. Lidah bercabang lebih dari biawak hidup. Muka dilitupi oleh tembok tebal. Tidak tahu malu.

Perangai dan perwatakan mereka solah-olah macam haiwan yang suka menyondol dan menyala tidak tentu hala dan tujuan. Mereka berjuang semata-mata hendak isikan tembolok masing-masing. Bukan untuk kepentingan rakyat. Kumpulan ini yang rela menjadi ‘kuda dan lembu’ pawahan kepada UMNO.



Harga minyak dan 3 barangan lain telah dinaikan oleh kerajaan Najib. Kita tengok pula reaksi Kumpulan ini, sama ada mereka akan bertindak mengadakan demontrasi bagi menentang kenaikan harga barangan tersebut, demi kepentingan rakyat seperti yang mereka tunjukan sebelum in atau mereke berdiam diri dan menyokong kenaikan tersebut.


Sekiranya mereka berdiam diri, benarlah mereka adalah di kalangan golongan pengkianat atau seperti haiwan yang tahu menyondol dan menyalak sahaja, ikut perintah tuannya yang kaki perompak harta rakyat dulu, kini dan selama-lamanya.


Ya, mereka sudah 'halal'kan demontrasi jalanan.Tiada lagi makian, herdikan dan kutukan terhadap budaya demontrasi, malah golongan yang berada dalam UMNO dan golongan yang tukang ampu turut mengiktiraf dan berbangga dengan demontrasi seperti ini. Seba itulah kita sering dipaparkan siri demontrasi oleh kumpulan-kumpulan celaka ini.


MAKA,wahai para pejuang rakyat, pastikan Ahad ini kita 'MERAH'kan Kuala Lumpur secara aman, berdisiplin, ikutlah arahan dan yang penting tanpa senjata. Berdemolah secara aman kerana negara ini negara demokrasi. Jikalau mereka berjaya himpunan 200 orang termasuk penyokong UMNO dan PERKASA, pastikan kita berjaya mengumpulkan lebih 20,000 orang, pencinta keadilan dan kebenaran. Kita berhimpun untuk kepentingan rakyat, kita tidak menjadi perkakas sesiapa. Kita hamba rakyat, bukan tuan kepada rakyat.


Ingatlah, apabila kebenaran telah datang, kebathilan yang diterajui oleh UMNO akan hilang lenyap dengan sendirinya.


"UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment