Friday, October 29, 2010

SATU KES PERCUBAAN YANG BERANI

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.


Katanya : “Pada 29 Mei tahun lepas (2009), beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu. Permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan”


Beliau berkata lagi :”Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah,tetapi pihak terbabit memaklumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut."Jadi ke mana wang ini?

Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini" tanya beliau.

Seterus di sini


KOMEN :


Satu kes percubaan yang amat berani untuk menegur perbuatan kianat dan zalim UMNO selama ini. Kita tahu dan Dr. Jeyakumar Devaraj juga tahu bahawa beliau akan kalah dalam kes ini kerana suasana mahkamah Malaysia bukan berdiri di atas kebenaran dan keadilan. Rujuklah kes liwat II Anwar Ibrahim. Sepanjang kes itu dibicarakan, mulai di mahkamah seksyen sehingga kini, Anwar tetap gagal untuk mendapat apa yang beliau pohon. Mahkamah mengagalkan usahanya untuk mendapatkan satu pembelaan yang adil. Terbaru Anwar pohon mendapatkan laporan perubatan yang hakim menentukan keputusannya pada 22 November ini, yang pasti Anwar akan tetap menerima nasib yang malang seperti mana permohonan Anwar yang lalu. Semuanya gagal. Mahkamah untuk Anwar bukan tempat beliau mencari keadilan. Ia hanya merupakan satu formaliti untuk menghumban beliau ke penjara.

Selepas itu, kita akan tunggu pula kes liwat III yang melibatkan Anwar sekali lagi(walaupun ketika itu usia Anwar mencecah 100 tahun) sekiranya Allah membiarkan UMNO terus berkuasa dan Anwar masih berjuang menentang UMNO,hidup Anwar tidak akan selamat. Kes liwat akan berulang semula.Itu ramalan saya.

Kes liwat II tidak akan muncul semula sekiranya Anwar menyokong UMNO dan memberi taat setia kepada UMNO dan para pemimpinnya. Atau Anwar berdiam diri dan biarkan UMNO dan para pemimpinnya melakukan apa sahaja yang mereka mahu lakukan kerana negara ini adalah harta mak bapak mereka.Negara ini harta pusaka keluarga elit politik berpengaruh di zaman dulu dan kini.

Hakim mana yang berani untuk memenangkan Dr. Jayakumar dan hakim mana yang berani membekalkan maklumat seperti yang diminta oleh Anwar untuk satu perbicaraan yang adil dan saksama. Saya masih memegang prinsip: "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA KITA BERNIAT SEMBUNYI SESUATU BAGI TUJUAN JAHAT". PERSOALANNYA KENAPA TAKUT?

Rakyat sudah masak dengan perangai UMNO dan mahkamah di Malaysia dan juga agensi-agensi yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang. Apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO dan para pemimpinnya adalah sah, walaupun ia nampak bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan Negara.


Rasuah dan politik wang yang diamalkan UMNO selama ini pun dianggap sah dan mengikut undang-undang sehingga diberi tafsiran baru bahawa rasuah dan politik wang dalam parti ditafsirkan bukan rasuah. Itulah standar pemikiran sebahagian hakim-hakim di Malaysia kini. Di kalangan rakyat rasuah tetap rasuah, walau di mana ianya berlaku.


Macam bersetubuh dengan seorang wanita bukan isteri kita. Ia tetap dikira sebagai berzina sama ada ia dasar suka sama suka atau dipaksa. Ia tetap dalam Islam hukumnya berdosa besar. Begitu juga berjudi, hukumnya tetap berdosa sama ia dilesenkan atau tidak. Tidak perlu bermain dengan kata-kata untuk menghalalkannya.

UMNO beraja di mata dan bersultan di hati.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment