Saturday, September 11, 2010

ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM): SEORANG OPORTUNIST DAN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamualaikum wm wbt


Zainuddin Maidin atau Zam selepas kalah yang amat memalukan dalam PRU ke-12 lalu terus hilang lenyap dari arus politik perdana negara. Beliau telah dikalahkan di Parlimen Sungai Petani di tangan Johari Abdul dengan majoriti 11,381 undi. Beliau mendapat 24,441 undi, manakala Johari memperolehi 33,822 undi. Kekalahan Zam itu menunjuk bahawa rakyat khususnya di Parlimen Sungai Petani sangat benci dan meluat tenguk muka beliau seolah-olah penyangak besar di Malaysia.


Sejak dari itu Zainuddin Maidin menyepi diri dalam arus politik negara. Beliau membiarkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dijatuhkan secara terhormat tanpa memberi sebarang komen. Begitu juga kenaikan Najib Tun Razak mengambilalih tampok kuasa dari tangan Abdullah beliau masih lagi berdiam diri, tetapi dengan tiba-tiba pada pada 29 Ogos lalu, dua hari sebelum kita menyambut hari kemerdekaan negara kali ke 53, beliau muncul dalam satu wawancara dengan UMNO-Online menuduh PAS hendak merampas harta-harta orang Cina ketika berlakunya peristewa 13 Mei 1969 dan PAS menyebelahi Indonesia ketika berlakunya Konfrontasi Malaysia-Indonesia supaya Indonesia bertindak mengambilalih Malaysia.


Apa tujuan beliau bua
t kenyataan seumpama itu. Tujuan beliau pertama adalah untuk menonjolkan diri kerana sudah lama menyepi diri dan hampir dengan PRU ke-13. Mudah-mudahan kebangkitan yang mengejutnya itu membeliak mata Najib untuk memilihnya sebagai calon pada pilihan raya akan datang memandangkan situasi UMNO di Kedah sekarang ini menghadapi krisis dalaman yang parah. Tambahan pula rakyat telah bernasur-ansur mulai melupakannya (Melayu Mudah Lupa- kata Mahathir), sedangan beliau yang kononnya banyak memperjuangkan hak Melayu selari dengan anugerah yang diterimanya sebagai Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010.


Tujuan kedua beliau ialah beliau ingin melihat masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina menaruh pra sangka buruk terhadap PAS. Beliau sendiri melihat PAS semakin diterima oleh masyarakat bukan Melayu. Masyarakat bukan Melayu sudah tidak takut lagi dengan dakyah yang dimainkan oleh UMNO selama ini sesuai dengan slogan baru PAS iaitu PAS Untuk Semua. Malah dalam muktamar PAS baru-baru ini ada usul mencadangkan supaya bukan Melayu diletakkan sebagai calon bagi mewakili PAS dalam PRU ke-13 nanti. Semua ini sangat membimbangkan hati beliau kerana sejak dari azali lagi beliau adalah anti PAS dan anti Islam yang dibawa oleh PAS (bahagian ke 2, saya akan bincangkan). Sekiranya, agenda ini berjaya dilaksanakan oleh PAS dan diterima baik oleh seluruh lapisan rakyat di negara ini, maka alamat buruk menanti UMNO.


Tujuan beliau ketiga ialah untuk melaksanakan dasar strategi ‘pecah dan perintah”. Memecah dan mencelarukan kesatuan politik dalam Pakatan Rakyat yang wujud pada masa kini. Matlamat Zainuddin Maidin membolehkan UMNO menguasai dan memelihara kuasa UMNO yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang yang dimilik oleh Pakatan Rakyat berpecah dan terburai ikatan kerjasama yang wujud dan akan kembali kepada perjuangan asal parti-parti PAS, PKR dan DAP. Bertengkar di antara satu sama lain disebabkan perbezaan ideologi parti masing-masing. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan (Pakatan Rakyat) yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan dan mengelak Pakatan bergabung menentang UMNO. Manaka UMNO yang melaksanakan strategi itu akan terus kuat dan berupaya menguasai pemerintahan dan menentukan hala tuju Pakatan Rakyat seperti yang dikehendaki. Jika strategi pecah dan perintah ini akan berjuang berasingan bagi mencapai matlamat politik masing-masing.


Sebagai pengetahuan pembaca, salah satu faktor Kekalahan UMNO/BN dalam PRU ke-12 lalu adalah disebabkan faktor Zainuddin Maidin. Beliau ketika itu adalah Menteri Penerangan yang menguasai seluruh rangkaian berita dan maklumat dalam negara ini, baik surat khabar, radio, tv dan organisasi penerangan milik kerajaan. Beliau dikecam hebat apabila beliau mempertahankan kerajaan (UMNO) yang memperalatan pasukan polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Beliau telah dihubungi oleh agensi berita Timur Tengah Al-Jazeera yang membuat liputan mengenai peristiwa tersebut dan beliau menafikan laporan itu. Beliau mengutuk Al Jazeera kerana membesar-besarkan cerita itu untuk mengelirukan orang dari luar. Seluruh saluran media di Malaysia tidak melaporkan peristewa tersebut secara benar kerana media telah diarah berbuat demikian, tetapi sebaliknya media yang dikawal itu melaporkan dalam tajuk kecil berita kaki yang meghentam, mengkeji, menghina dan memperlekehkan penganjur perhimpunan tersebut.


Pada 5 November 2007, ketika sesi penggulungan perbahasan bajet 2008 di parlimen, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Malaysia jatuh merudum sebanyak 32 anak tangga dari kedudukan 92 hingga 124 dalam indeks kebebasan media kerana faktor Zainuddin Maidin. Zainuddin Maidin bertindak menyekat kebebasan media. Beliau telah mengarahkan akhbar-akhbar utama dan media elektronik supaya menyembunyikan sesetengah berita benar yang menampakkan imej buruk kerajaan. Begitu juga ketika timbulnya isu Perhimpunan Hindraf besar-besaran yang menuntut supaya kerajaan berusaha memperbaiki taraf hidup kaum India di negara ini juga disembunyikan dari pengetahuan rakyat jelata.

Tindakan tersebut mengakibatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Krisis keyakinan ini membawa kaum Cina (tidak puas hati kerana terhadnya peluang-peluang perniagaan kerana dibolot oleh elit politik yang berkuasa dan kroni-kroninya) dan India berpaling tadah menyokong pembangkang. Akhirnya, beliau ditewaskan di Parlimen Sungai Petani dan buat pertama kalinya dalam sejarah UMNO tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Sila lihat klip video yang disiar di sebelah kiri blog ini bagi menunjukan kebodohan Zainuddin Maidin.


UMNO tidak pernah serik. Di bawah pentadbiran Najib Tun Razak, media massa yang memberi pandangan kedua dinafikan haqnya untuk menyalurkan berita dan maklumat kepada rakyat. Najib mengulangi apa yang bekas PM ke-4 lakukan. Dr.Mahathir Mohamad cukup anti pada kebebasan maklumat. Mahathir pernah bertindak mengharamkan semua perhimpunan dan ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang mulai 1 Julai 2001. Beliau juga bertindak mengharam dan menghadkan sebarang penerbitan yang tidak sehaluan dengan kerajaan pimpinannya.


Tindakan itu diambil ekuran kekalahan teruk UMNO pada PRU ke-10 tahun 1999 di tangan pengundi Melayu. Banyak kawasan yang dimenangi oleh UMNO jatuh ke tangan PAS. Undi Melayu ketika itu beralih kepada PAS, parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO. UMNO dapat diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. PAS telah berjaya menjadi parti terkuat ketika itu dan mengetuai pembangkang di parlimen. PAS yang berada dalam gabungan Barisan Alternatif (PAS, Keadilan dan DAP) telah berjaya menerajui perkembangan politik negara dan UMNO menghadapi krisis dalaman yang amat teruk.


Pola pengundi Melayu berubah pada ketika itu kerana mereka memperolehi banyak maklumat tentang keburukan UMNO dan kerajaan daripada berbagai sumber terutama kaedah UMNO gunakan untuk menyelesaikan kes Anwar Ibrahim yang dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 2 September 1998. Mahathir melihat kebebasan menuntut ilmu agama diberbagai di institusi yang dibenarkan di kalangan umat Islam, kebebasan berceramah, berkarya, berhimpun dan mengeluarkan pendapat sebelum itu telah membawa natijah yang buruk pada UMNO, maka beliau terpaksa mengambil pendekatan yang drastik dengan mengharamkan semua bentuk aktiviti tersebut. Pasukan polis digunakan sepenuhnya bagi mengekang dan memalapkan perkembangan politik pembangkang dalam negara ini bagi menjamin kelangsungan politik murahan UMNO.


Kini, Najib terpaksa menuruti nasihat Mahathir bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan dengan bertindak menutup semua saluran maklumat yang ada dengan alasan pembangkang (Pakatan Rakyat) membawa unsur-unsur hasutan, fitnah dan menghentam kerajaan yang kononnya kerajaan pimpinannya bersih, adil dan tulus. Sebenarnya Najib takut Pakatan membongkar lebih banyak lagi kes-kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan berbagai kejahatan serta kezaliman yang dilakukan oleh UMNO terhadap rakyat dan negara ini. Najib mahukan semuanya itu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.


Kaedah pengurusan berita dan maklumat yang dilaksanakan oleh UMNO sekarang ini adalah meniru kaedah yang digunapakai oleh Joseph Goebbels, iaitu Menteri Propaganda Nazi, di zaman Adoft Hitler berkuasa di German dahulu sudah lapok dan tidak sesuai digunapakai lagi. Zainuddin Maidin adalah salah seorang Menteri Penerangan yang menggunakan kaedah tersebut secara paling agresif. Beliau sejak dari azali lagi adalah pendukung kuat kewujudan UMNO. Beliau begitu taksub pada UMNO. Begitu juga dengan Goebbels adalah pendukung utama Hitler juga merupakan pendukung gerakan anti-Semit yang aktif. Goebbels bergabung secara resmi dengan Nazi pada tahun 1924.


Berlatarbelakang itulah Adoft Hitler melantik beliau sebagai Menteri Propaganda Nazi. Sebagai seorang propagandis, beliau dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda moden. Teknik yang beliau gunakan diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik “Big Lie” atau teknik “pembohongan besar”.


Prinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa di bawah kawalan Nazi sebanyak mungkin dan memanipulasikan sesuatu berita atau maklumat supaya ia senantiasa berpihak kepada kepentingan Nazi dan ia sering diulang-ulang menerjah ke kotak fikir rakyat. Sumber berita lain diharamkan dan dinafikan beredar di tengah-tengah masyarakat German ketika itu. Digubal berbagai undang-undang dan peraturan mengawal berita atau maklumat daripada sumber lain (pandangan ke dua) sehingga berita atau maklumat yang palsu atau pembohongan yang disiarkan oleh kerajaan Nazi ketika itu dianggap sebagai suatu kebenaran.


Berita atau maklumat yang disiarkan atau diterbitkan secara sederhana (bukan secara over kill) yang boleh menarik perhatian umum dan yang peliknya ia dapat mematikan pandangan kedua yang diterbitan secara haram dan secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan kerajaan Adoft Hitler oleh golongan penentang Nazi. Malah berita bohong dan palsu ini dengan kebijaksanaan Goebbels berjaya menjadikannya suatu persepsi awam yang benar. Beliau juga mempelopori penggunaan siaran radio sebagai media propaganda. Dengan menggunakan radio gelombang pendek yang mampu menjangkau berbagai belahan bumi, maka doktrin Nazi dapat disebarluaskan ke seluruh peringkat atau berbagai kelas rakyat German ketika itu. Goebbels menjadi orang ketiga yang paling berkuasa dan popular di German selepas Adoft Hitler dan Martin Bormann (penasihat dan mastermind untuk Adoft Hitler).


Kaedah inilah yang paling popular yang digunakan oleh kebanyakan negara yang dahulunya diperintah secara diktator bagi menentang musuh-musuh politiknya seperti di Indonesia di bawah pemerintahan Suharto, di Filipina ketika Ferdinand Marcos berkuasa, di Iran di zaman pemerintahan Shah Iran dan di Iraq di bawah pemerintahan Saddam Hussein.


Kini, kerajaan-kerajaan yang disebut itu sudah tiada ada lagi kerana rakyat di negara-negara terlibat telah berjaya mengulingkan pemerintah diktator dan menggantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi. Memberi ruang kebebasan yang lebih luas kepada rakyat untuk meluahkan pandangan dan kritikan membina kepada kerajaan yang memerintah. Memerdekakan saluran penyampai maklumat kepada rakyat bagi membolehkan minda rakyat terbuka dan berupaya berfikir secara rasional dan matang bagi membolehkan setiap rakyat tidak tersilap memilih pemimpin. Melalui sistem demokrasi yang betul, mereka bebas membuat pilihan tanpa ragu-ragu dan takut-takut. Rakyat tidak dipaksa, tidak ancam atau diugut untuk memilih mana-mana pemimpin atau parti yang dipercayainya yang berkemampuan menentukan hala tuju negara masa depan demi kepentingan rakyat yang memilihnya.


Yang masih tinggal terkontang-kanteng seorang diri mempertahankan dasar lapok itu hanyalah Malaysia. Malaysia di bawah pemerintahan UMNO masih lagi mengamalkan dasar zaman batu (siapa kuat, dialah raja) dan rakyat masih dibelenggu dengan sistem yang tidak bertamadun itu dan sikap kerajaan pimpinan UMNO menindas rakyat dan juga kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak sehaluan dengannya dalam berbagai sektor amat memalukan di era globalisasi ini dan di zaman ICT. Malaysia lebih baik sedikit dari segi pembangunannya berbanding dengan negara Cuba yang diperintah oleh Fidel Castro melalui sistem Komunisnya yang mengamalkan dasar tutup pintu, tetapi kerajaan pimpinan UMNO baik sedikit kerana ia banyak menjalinkan hubungan dengan negara luar.


Bersambung pada siri ke-2 : SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN?


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

1 comment:

  1. Memanglah Mamat yang bukan Melayu jati ni sangat anti Islam walaupun pernah belajar di sebuah sekolah ugama Alor Setar.

    ReplyDelete