SUMBER: Nur Wani Ahmat
Memetik kenyataan terbaru Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang menyarankan agar Skuad Sayang yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 13 Oktober 2009 yang lalu dijadikan platform untuk menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang, menunjukkan bahawa BN khususnya Umno masih takut dengan bayang-bayang sendiri untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat.
Usaha murni Skuad Sayang untuk membantu golongan yang susah dan miskin ini nampaknya telah cuba dicemari dengan agenda politik melampau sehingga lari dari objektif penubuhannya yang sebenar.
Tujuan asal penubuhan Skuad Sayang adalah berkonsep kebajikan, kesukarelawan dan kemasyarakatan sebagai menepati hasrat Umno dan BN untuk memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi dan sebagai usaha untuk membantu orang yang miskin dan susah.
Malangnya apabila ia cuba dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat, objektif dan hasrat murni ini telah diganggu gugat sehingga objektifnya tidak selaras dengan namanya ”sayang”.
Berdasarkan saranan dan kenyataan isteri Perdana Menteri, seolah-olah misi barunya bertindak sebagai agen penerangan dan bukannya sebagai agen kebajikan atau agen kasih sayang BN. Dilihat BN khusnya Umno masih lagi tidak belajar dari kesilapan yang lalu.
Hakikatnya kita sedia maklum bahawa BN telah memegang segenap pelusuk media komunikasi untuk menerangkan dasar dan waktu yang sama menghentam Pakatan Rakyat. Masih tidak cukupkah media penerangan ini sehingga pentas kebajikan pun hendak dipolitikkan oleh BN?
Diharapkan penubuhan dan usaha murni Skuad Sayang yang lebih berbentuk program kebajikan jangan disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan politik BN.

Jika wanita BN benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat, maka tidak perlulah menggunakan pentas Skuad Sayang untuk menyangkal hujah Pakatan Rakyat dan waktu yang sama menanamkan rasa benci kepada pihak yang lain.
Rakyat Malaysia sekarang lebih bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk sekiranya seseorang pemimpin itu jelas ingin memperjuangan kebajikan dan keadilan untuk rakyat. Tidak perlulah lagi BN menukar objektif dan misi asal Skuad Sayang untuk menghentam Pakatan Rakyat sedangkan di pihak BN sendiri telah ada 1001 saluran media masa yang saban hari memaparkan agenda dan prinsip penjuangan BN.
Adalah lebih baik, jelajah ke seluruh pelusuk negara yang dijalankan oleh wanita BN digunakan untuk mengenalpasti dan membantu rakyat yang memerlukan pertolongan berbanding kepentingan politik semata-mata. Di akhir nanti rakyat Malaysia akan menjadi muak dengan cara BN yang terlalu taksub berpolitik sehingga mengabaikan agenda kebajikan rakyat yang lebih kritikal dan mendesak.
“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
No comments:
Post a Comment