Tuesday, March 30, 2010

ONE MALASIA : SAH MALAYSIA GUNAPAKAI DASAR ISRAEL

Sumber : MalaysiaKini.Com


Anwar Ibrahim telah membongkarkan kisah dibelakang tabir 1Malaysia Najib. Sah Najib Tun Razak aplikasikan dasar Israel ke dalam dasar pentadbiran dalam Negara ini. Pendedahan tersebut membuka ruang seluas-luasnya kepada Israel untuk mengembangkan pengaruhannya dalam pentadbiran Negara. Syabas Najib.
Malaysia bakal menjadi negara ala Negara-negara Arab yang tidak ada kestabilan dalam politik dan mengancam keselamatan Negara dan rakyat seperti mana yang berlaku di Timur Tengah.


Anwar mendedahkan: “Kerajaan telah melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa. Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco? "Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. "Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.


Baca Seterusnya pendedahan ini amat menakutkan terhadap keselamatan negara disebabkan para pemimpinnya mabuk kuasa dan sanggup perjudikan survival rakyat.


KOMEN :


Seperti yang dijangkakan tidak ada sebarang laporan butir-butir pendedahan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di parlimen pada hari Selasa lalu tidak disiarkan oleh mana-mana media massa yang menjadi tali barut UMNO, baik media bercetak atau media elektronik yang selama ini menjadi agen dan propaganda UMNO melenyapkan berita tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Tidak ada kedengaran komen-komen daripada para pemimpin UMNO/BN. Teristimewa golongan celaka yang membuat usul untuk membawa Anwar ke Jawatankuasa Parlimen bagi memboleh Anwar dihukum gantung dalam tempoh yang panjang bagi menghalang beliau bercakap di parlimen kerana Anwar memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Pendedahkan oleh Anwar itu adalah sahih dan benar. Najib dan Muhyddin sendiri menyepi dan enggan menubuhkan suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat campur tangan Israel dalam pentadbiran Negara seperti yang disarankan oleh Anwar. Di Malaysia, apabila kerajaan dilanda penyakit sindrom membisu seribu bahasa bermakna pendedahan yang dibuat oleh Anwar di dewan rakyat kelmarin itu adalah benar, kerajaan Malaysia terlibat berkerjasama dengan Israel.


Cuma ahli parlimen Rembau,
Khairy Jamaluddin yang menjawab pendedahan Anwar itu sekadar melepas batuk di tangga. Dia juga menyalahkan Anwar juga mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh yang berada dalam Apco.


Ikut logic fikiran Khairy, kalau orang lain buang najis di tepi jalan, kenapa dipersoalkan kita juga boleh najis di tepi jalan. Sama macam Dr.Mahathit befikir.Kalau orang lain [Negara barat] membenarkan polis memukul orang awam [tunjuk perasaan atau demontrasi] kenapa kita tidak boleh?


Dasar iblis macam itulah suka ambil yang buruk untuk dilaksanakan dan dijadikan teladan.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

No comments:

Post a Comment