Wednesday, February 17, 2010

BUDAYA UMN0_5

Oleh : Herman Samsudeen
Sumber : Harakahdaily

Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”.


Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.

Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil.

Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar.

Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur.


KOMEN :


Dasar UMNO ialah dia boleh buat apa sahaja yang terlintas di hati tanpa gangguan dan disokong oleh pihak berkuasa kerana dia berkuasa. UMNO ada imuniti. Raja-raja Melayu telah hilang imuniti kerana dicabut oleh UMNO pada tahun 1993 dulu DI zaman Dr.Mahathir Mohamad memerintah, mereka menghina Raja. Boleh. Kononnya mereka cintakan institusi raja. UMNO boleh, orang lain tidak boleh. Dalam kes Perak tidak boleh menderhaka konon.


Semua orang bersalah, kecuali UMNO tidak bersalah. Buatlah apa pun, UMNO tetap bersih. Rompak duit rakyat berbillion tidak seorang pun yang kena dakwa. Rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana-sini, tetap bersih. SPRM tidak ambil tau pun, tapi kalau kena orang lain, buat salah sikit, salah urus kewangan hilang RM0.01 disiasat oleh polis dan SPRM sampai mati. Tapi pemimpin UMNO korup berbillion ringgit pun dibiarkan tidak ganggu pun, tidak menceroboh dan geledah pejabat sesuka hati dan rumah tidak pijak langsung hendak mencari bukti. Satu laporan pun sudah cukup, orang lain buat laporan berpuluh malah ratusan lori tidak disiasat, tiba-tiba umumkan kekurangan bukti dan isytiharkan bersih


Dasar lebih celaka lagi yang diamalkan oleh UMNO ialah “lempar batu, sembunyi tangan”.Semua tuduh orang lain lakukan, dia juga selamat.


Hai, bila lagi Allah nak nyawa UMNO haprak ini


Moga-moga “UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
”SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO”

No comments:

Post a Comment