Friday, January 29, 2010

BERJIHAD MENENTANG UMNO SATU KEWAJIBAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 1

Oleh: Tun Telanai

Dalam blog ini saya telah tulis menyanggah pendapat YB M Kula Segaran, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat dengan mengatakan bahawa ' DAP Tersalah Fakta'. YB berkenaan menyebut kaum Cina dan India terpinggir dan saya katakan bukan kaum Cina dan India sahaja yang dipinggirkan, tetapi kaum Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini lebih malang daripada kaum Cina dan India. Sekurang-kurangnya kaum Cina dan India mendapat sedikit pembelaan daripada UMNO [baca : kerajaan] bagi menarik undi daripada kedua-dua kaum ini.


Teramat malang bagi kaum/umat Melayu dalam negara ini, kaum Melayu bukan kelompok UMNO dianaktirikan, didiskriminasikan, dikelastigakan sertakan dipariahkan di tanah air sendiri oleh bangsanya sendiri. Sekali fikir kaum bukan Melayu di negara ini lebih baik kedudukannya daripada kaum Melayu sendiri.


Melayu bukan UMNO dipinggirkan di semua sektor, baik sektor ekonomi, pendidikan, sosial, politik, kemudahan utiliti di kampung-kampung, berbagai bantuan dan pinjaman yang disediakan diharamkan dinikmati oleh golongan ini, kecuali mereka sanggup sujud dan menyembah UMNO.

Adalah berdosa sekiranya setiap umat Islam di negara ini masih tetap memberi undi kepada UMNO untuk mengekalkan kuasa. Dengan kuasa itu, UMNO akan terus melakukan kezaliman, ketidakadilan dan diskriminasi ke atas kaum-kaum di negara ini [kecuali kelompok UMNO yang mendapat berbagai keistemewaan rakyat kelas pertama]. Kejatuhan dan kemusnahan UMNO bererti kezaliman dan ketidakadilan di negara ini akan terhapus.

Mari kita merenung dan berfikir dua kisah benar menceritakan tentang kezaliman dan ketidakadilan UMNO itu.

KISAH PERTAMA



Diatas adalah sepucuk surat dari Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Surat tersebut menyuruh pihak JKR Batu Pahat menyenarai hitamkan beberapa kontraktor Melayu Islam yang didapati menyokong pembangkang.Ini bererti peluang ekonomi dalam bentuk kontrak dan projek hanya diberikan mengikutfahaman politik dan bukannya mengikut kelayakan serta kemampuan seseorang. Ini bererti diskriminasi berlaku bukan sahaja kepada orang Cina dan India, tetapi juga pada orang Islam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

SOALNYA SEKARANG

Soal sekarang adalah adakah wang JKR itu hak UMNO atau hak rakyat? Mengapa Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berlagak seperti wang tersebut milik bapak dia?Soal lain adalah bukankah penyokong pembangkang juga rakyat Malaysia yang membayar cukai, tol dsbnya? Kenapa mereka tidak layak menerima kontrak dari kerajaan hanya kerana mereka menyokong pembangkang?


Soal lain, bukankah ”pembangkang” di dalam Perlembagaan Malaysia sebuah entiti yang sah mengikut undang-undang? Malahan bukankah pembangkang sebuah entiti yang bernaung di bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung?


Buktinya, sewaktu Yang Di Pertuan Agung memberi titah Baginda setiap kali bermulanya sessi parlimen, ketua pembangkang and semua ahli pembangkang berada di dalam dewan yang sama dengan anggota Kerajaan?


Soal sekarang, mengapa pembangkang di diskriminasi dengan sebegitu teruk sekali oleh UMNO. Mengapa apabila di dalam bab”membayar” seperti cukai, tol, dsbnya, penyokong pembangkang terpaksa membayar seperti orang lain, sedangkan dalam bab ”menerima” seperti kontrak, bantuan dsbnya, pembangkang di diskriminasi?


Bacaan seterusnya di link ini:


[http://www.malaysiawaves.com/2010/01/melayu-bukan-umno-bertaraf-lebih-rendah.html]


KISAH KEDUA:

PENGALAMAN SAYA MEMINTA PINJAMAN TEKUN NASIONAL


Saya didedahkan dengan skim TEKUN NASIONAL apabila saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Malaysia. Dalam program tersebut, ada satu sessi dimana para peserta dapat menemui wakil-wakil dari beberapa badan Kerajaan yang dikatakan mampu memberi bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan Bumiputra untuk memulakan perniagaan.Salah satu dari wakil yang datang adalah wakil dari TEKUN NASIONAL.


Setelah berjumpa maka boring TEKUN diberikan kepada saya. Wakil TEKUN memberitahu bahawa borang tersebut mesti disahkan oleh Wakil Rakyat kawasan yang kita tinggal.Kemudian saya beritahu, wakil rakyat saya adalah Sivarasa Rasiah dan Dr Nasir.


Wakil TEKUN lantas menjawab, saya mesti cari wakil rakyat dari BN bukan pembangkang. Saya balas, di Selangor, pembangkang adalah UMNO dan BN. Kerajaan adalah PAS, PKR dan DAP. Wakil TEKUN tu berubah muka sebab tersilap cakap. Beliau lantas berkata, kena juga cari pengesahan dari wakil-wakil rakyat UMNO atau BN.


Bacaan seterusnya di link ini:


http://www.malaysiawaves.com/2010/01/pengalaman-saya-meminta-pinjaman-tekun.html


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Nota Kaki :


Berjihad-bermaksud melawan atau menentang UMNO melalui kaedah yang dihalalkan oleh Perlembagaan Negara. Setiap umat Islam wajib menentang kemungkaran yang berlaku dihadapan matanya sekadar ia mampu. Selemah-lemah iman seseorang itu perlu menyatakan yang ia tidak redha apa yang UMNO lakukan didalam hati.

1 comment:

  1. salam ziarah boleh linkkan blog saya di sini supaya artikel2 dakwah saya dapat disebarkan dengan luas lagi, semoga allah merahmati anda

    http://ustaznoramin.blogspot.com

    ReplyDelete