Dibawa oleh : Tun Telanai
Tidak sesiapa pun boleh mempertikaikan yang UMNO sebuah parti politik yang zalim dan ganas terhadap rakyat yang tidak menyokongnya. Sejak ia merintah 52 tahun lalu, rakyat dibawah kekuasaan UMNO sangat terseksa dari segi mental dan fizikal. Berbagai masalah dihadapi oleh rakyat jelata yang tidak dipedulikan oleh UMNO. Dasar memperkayakan keluarga dan kroni berluasa dikalangan elit politik UMNO.
Tidak sesiapa pun boleh mempertikaikan yang UMNO sebuah parti politik yang zalim dan ganas terhadap rakyat yang tidak menyokongnya. Sejak ia merintah 52 tahun lalu, rakyat dibawah kekuasaan UMNO sangat terseksa dari segi mental dan fizikal. Berbagai masalah dihadapi oleh rakyat jelata yang tidak dipedulikan oleh UMNO. Dasar memperkayakan keluarga dan kroni berluasa dikalangan elit politik UMNO.
Pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh media yang dikawalnya. UMNO mensendiwarakan seolah-olah UMNO itu baik, jujur, ikhlas dan berjuang dengan penuh amanah untuk kepentingan rakyat, tetapi sebaliknya UMNO merupakan sebuah parti politik amat huduh wajahnya. Penuh dengan berbagai skandal, rasuah dan penyelewengan amanah yang diberikan rakyat.
Rasuah, menyelewengan dan menyalahgunaan kuasa dilakukan secara terbuka tanpa segan-silu untuk kepentingan peribadi telah dibudayakan dalam masyarakat Malaysia kini. Penggunaan dan memperalatkan institusi-institusi kerajaan disalahgunakan bagi kepentingan pengekalan kuasa dan untuk survival UMNO.
UMNO memutarbelitkan fakta dan memunipulasikan berita sehingga rakyat terpedaya dengan dogengan UMNO itu. Rakyat terperangkap dengan propaganda UMNO dan menganggap rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan, menyelewengan dan pecah amanah rakyat dianggap rakyat sebagai halal sah dari segi Islam dan undang-undang Negara.
Dalam konteks PRK Bagan Pinang, Dzulfikar Mashoor yang menulis dalam Harakahdaily.net memperingatan pengundi-pengundi di Bagan Pinang jangan memilih Isa Samad sebagai ADUN. Isa Samad terbukti mengamalkan rasuah. Beliau menyarankan para pengundi “Nilai Untung Rudi Memilih Isa Samad”. Baca tulisan beliau seterusnya :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22722&Itemid=1
Manakala seorang lagi penulis yang menulis dalam web yang sama, Mohd Rashidi Hassan telah menulis dengan nada yang sama menyeru pengundi-pengundi “Menolak UMNO Parti Korup Yang Penuh Dengan Kurap”. Bacaan tulisan beliau seterusnya :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022698&Itemid=109
Lebih menarik lagi, Dzulfikar Mashoor menulis mengenai DUN Linggi dibawah pentadbiran Isa Samad selama 22 tahun terabai dan ketinggalan, berbanding dengan kawasan-kawasan lain yang lebih maju. Jadi, maksud penulis ini mengajak para pengundi di kawasan ini menolak Isa Samad dan memilih Zulkefly Mohamad Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai ADUN Bagan Pinang yang lebih bersih, berpendidikan, muda dan berketrampilan, berbanding Isa yang merupakan calon ‘kitar semula’ kerana UMNO ketandusan calon yang bersih. Baca tulisan Dzulfikar seterusnya :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22675&Itemid=50
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
No comments:
Post a Comment