Tuesday, October 6, 2009

TINDAKAN UMNO CELAKA LAKNATULLAH


Cabut dan buang bendera: Pemuda PAS Selangor buat laporan polis
[Rujuk: 2 Keping Gambar di atas]


LUKUT, 6 Okt - Baru suku pertama kempen bermula, sudah dua laporan polis dibuat PAS dan PKR berhubung pemidang dan bendera yang dibuang pihak lawan.
Semalam, satu lagi laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lukut, Port Dickson, oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuatnya pada hari yang sama. Laporan polis yang dibuat DPPNS itu berikutan bendera PAS yang telah dipasang sehari sebelumnya oleh jentera Pemuda PAS di pintu masuk Ladang tersebut telah diturun dan dibuang di dalam parit berhampiran oleh pihak Barisan Nasional (BN).


Menurut petugas PAS yang membuat laporan, Muhamad Habib Bin Museri berkata, mereka memasang bendera PAS sekitar jam 2.00 petang – 5.00 ptang semalam (4 Oktober 2009).


Menurutnya, sewaktu memasang bendera tersebut di Simpang Tiga Ladang Bradwall dan jalan utama menuju ke dalam ladang, bendera BN belum banyak kelihatan di situ.


"Dan semasa kami hendak menaikkan bendera tersebut, pihak keselamatan yang bertugas di pondok pengawal Ladang Bardwall meminta kami menurunkan bendera tersebut dan meminta bendera tersebut dipasang rendah,


"Walaupun kami tidak berpuas hati dengan arahan itu, tetapi kami akur dengan arahan tersebut," jelasnya.


Kesal dengan kejadian itu, DPPNS turut mempersoalkan, kenapa pihak keselamatan tersebut tidak menegur dan membiarkan sahaja pihak BN menanggal dan membuang bendera PAS di situ serta menutup semua bendera PAS dengan bendera dan lambang BN.Jelasnya lagi, selepas selesai memasang bendera disitu, pada waktu malamnya sekitar jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam kami telah membuat program di dalam ladang tersebut dan kami dapati bendera yang dipasang masih berada didalam keadaan yang baik.

Namun pada keesokkan paginya pada jam 10.30 pagi semasa kami membuat rondaan di tempat tesebut kami dapati banyak bendera PAS telah tiada dan tempat tersebut dipenuhi dengan bendera BN, dan setelah disiasat kami menjumpai banyak bendera PAS dibuang di dalam parit berhampiran ladang tersebut, katanya lagi.Ekoran kejadian itu, laporan polis telah dibuat jam 12.00 tengahari di Balai Polis Lukut oleh, Muhd Habib Museri diiringi oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) DPPNS, Mohd Faizal Mohd Barja dan beberapa orang aktivis DPPNS.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments:

Post a Comment