Sunday, October 25, 2009

SELEPAS PINDA PERLEMBAGAAN, MAMPUKAH UMNO BERUBAH?

Sumber : Abdul Aziz Ismail, Harakahdaily.net

Keputusan drastik dan radikal yang dibuat Umno dalam perhimpunan kali ini menyentuh pindaan perlembagaan bukanlah isu baharu. Ini kerana perlembagaan parti itu pernah dipinda dua kali dalam era pemerintahan perdana menteri keempat, Tun (dulunya Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad dan hasilnya sikap ahli Umno tidak berubah dan masih di takuk lama.


Pindaan kali ini juga menimbulkan kesangsian rakyat dan ramai pemerhati politik berpendapat adakah ia boleh dilaksanakan dan meningglkan kesan mendalam atau tinggal sebagai ikrar cantik di atas kertas seperti yang sudah berlaku sebelum ini.


Agenda pindaan kali ini dikatakan lebih besar dan bermakna jika dapat direalisasikan, dengan ahli mempunyai kuasa mutlak, lebih terbuka dan telus dalam memilih pemimpin dari semua peringkat melibatkan semua ahli perwakilan dari bahagaian dan cawangan.


Pindaan itu jika dilaksanakan sepenuhnya dijangka dapat mengurangkan (sepatutnya menghapuskan) politik wang yang selama ini menghantui Umno setiap kali pemilihan berlangsung. Soalnya, adakah semua ahli dapat menerima dan benar-benar boleh mengubah sikap mereka yang selama ini terkenal dengan suka menerima dan memberi habuan sebagai budaya politik mereka?


Adakah ahli Umno dalam waktu terdekat boleh menukar cara berfikir dan cara hidup mereka yang sudah sebati dengan kehendak keperluan material melangkaui keikhlasan ketika berkhidmat tanpa mengharap apa-apa balasan?


Mahathir bersikap skeptikal terhadap keikhlasan ahli Umno untuk berubah terutama bagi mereka yang sudah biasa dengan kegiatan politik wang. Katanya, sukar bagi mereka ini berubah jika tiada tindakan tegas dan keras dari parti serta keyakinan diri sendiri yang kuat dalam kalangan ahli untuk mengubah cara bertindak mereka selama ini.


Bacaan seterusnya di link ini:


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22960&Itemid=1


Pendapat Penulis:


Pendapat penulis pindaan perlembagaan UMNO untuk menghapuskan rasuah tidak akan berjaya disebabkan oleh beberapa factor :


1. Amalan rasuah dalam UMNO adalah halal dan sah dari segi undang-undang di Malaysia, hanya melibatkan parti UMNO sahaja.


2. UMNO mengangkat martabat perasuah sebagai pemimpin yang berakhlak dan berjaya. Mereka diberi jawatan dan kedudukan dan mereka sanjung dan dipuja. UMNO gagal mengambil tindakan terhadap para pemimpin dalam kelompok ini, kecuali beberapa pemimpin yang dihukum kerana peranan mereka dalam UMNO tidak dikehendaki lagi.


3. Rasuah dalam UMNO dianggap _ _ _it dan _ _it telah diangkat sebagai sunnahtul dalam mazhab yang dipegang oleh UMNO. Kedua-dua ayat yang berakhir dengan perkataan ‘it’ ini merupakan keperluan hidup manusia yang normal. Masakan UMNO hendak menolaknya.


4. Dasar UMNO adalah secular yang mementingkan material sebagai asas kejayaannya, nilai-nilai akhlak yang mulia tidak dipedulikan dan terus dipinggirkan dikalangan sebahagian besar para pemimpinnya.


5. UMNO sebagai tapak semaian bagi golongan yang masuk UMNO untuk mencari kekayaan. UMNO adalah sebuah industri untuk mengkayakan sebahagian kecil manusia yang rapat dengan elit yang berkuasa. UMNO adalah syarikat perniagaan.


6. UMNO tidak takut kepada Allah dan RasullahNya. Ertinya UMNO tidak beriman. Manusia yang beriman tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah ini. Hanya yang tidak beriman sahaja sanggup melakukannya apa sahaja bagi mencapai hajat masing-masing kerana mereka tidak tidak percaya ada pembalasan pada di padang masyar kelak.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

1 comment: