Sunday, October 4, 2009

RASUAH UMNO : DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA_SIRI 2

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Tidak ada sebab rakyat untuk memilih UMNO. Dengan kuasa yang diberikan itu [khususnya di Bagan Pinang sekarang untuk memilih Isa Samad] UMNO akan berterusan mengamalkan rasuah, diskriminasi antara Melayu-Islam sama Melayu-Islam yang berlainan ideology, tidak upaya menjadi kerajaan yang baik menjadi teladan kepada rakyat, salah urus kewangan negara dan banyak melakukan penyelewengan serta salahguna kuasa untuk kepentingan peribadi bukan untuk kemaslahan rakyat.


Saya ambil contoh, 52 tahun UMNO memerintah banyak skandal kewangan berlaku yang melibatkan berbillion ringgit duit rakyat hangus. Kesannya rakyat terpaksa menanggung derita dalam berbagai bentuk seperti kenaikan kos belanja hidup yang menyebabkan rakyat menjadi susah, sebaliknya pemimpin bertambah kaya-raya hasil penyelewengan tersebut.


Skandal terbesar yang direkodkan adalah seperti berikut :


i. Skandal kewangan Bank Bumiputra awal 80an dahulu yang melibat kos sebanyak RM3.2 billion yang akhirnya bank ini muflis.


ii. Skandal Maminco melibatkan kos RM1.6 billion


iii. Kerugian bank Negara kerana melibatkan diri dalam pasaran hadapan mata wang [berbentuk satu perjudian], kerugian sebanyak RM30 billion


iv. Skandal kewangan dalam urus-niaga Perwaja Steel berjumlah RM2.56 billion


v. Skandal bank Islam RM700 juta


vi. Menyelamat Valuecap Sdn Bhd dengan menggunakan tabung awam berjumlah RM10 billion


vii. Memberi komisyen kepada Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd membeli jet pejuang dan kapal selam sebanyak RM910 juta


viii. Kompleks CIQ RM1.3 billion


ix. Komisyen kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan jambatan bengkok sebanyak RM300 juta


x. Dua kali bailout MAS melibat kos sebanyak RM7.9 billion


xi. Bailout system Putra LRT RM4.5 billion


xii. Bailout Star LRT RM3.256 billion


xiii. Bailout Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam RM8.3 billion


xiv. Bayar komisyen kepada 20 syarikat yang membina lebuh raya pada tahun 2006 sebanyak RM38.5 billion.


Kesan kepada rakyat : Rakyat merempat di tanah air sendiri






Rumah rakya dimusnahkan untuk projek-projek
pembangunan

Jadi beginilah kehidupan rakyat :







Pemimpin kaya raya :







Untuk para pengundi di Bagan Pinang ambilah iktibar, jangan sekali-kali memberi ruang kepada UMNO untuk terus merompak kekayaan khazanah milik kita bersama. Mari bersama memberi jalan keluar kepada UMNO melalui peti undi.

Sambung siri 3/…Isu PKFZ


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments:

Post a Comment